WASIATKU SEBELUM AKU MENINGGALKAN KAMU; DENGARKANLAH DAN BERTAQWALAH
AKU IKUT AGAMA BAPAKU IBARAHIM DAN DIA BUKAN ORANG2 YANG MUSYRIK; DAN AKU BUKAN DARI ORANG-ORANG YANG MUSYRIK
Wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran kerana menyampaikan ajaran Al-Quran ini dan bukanlah aku dari orang-orang yang mengada-ngada. Al-Quran tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk seluruh alam. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kebenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama lagi.
Dan sesungguhnya Al-Quran adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. Ke dalam hatimu, supaya engkau menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran. Dan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab, Kemudian dia dikurniakan Tuhan dapat membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan. Demikianlah Kami masukkan perasaan munafik itu ke dalam hati orang-orang yang melakukan dosa tidak percayakan Al-Quran. Tiap-tiap sesuatu, Kami telah menerangkannya satu persatu dalam Al-Quran dengan sejelas-jelasnya.
Dan apabila engkau membaca Al-Quran, Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu. Dan Kami jadikan perasaan itu sebagai tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al-Quran dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri.
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar. Firman Allah: Ketika KAMI MENGUTUS HUD KEPADA KAUMNYA DENGAN BERKATA,' SEMBAHLAH KAMU AKAN ALLAH,', mereka menjadi DUA PUAK YANG BERBALAH.. tapi apapun Allah tidak akan menyesatkan sesuatu kaum itu sehingga diutus seorang UtusanNya yang aka...n menjelaskan akan apa yang mereka sepatut menjaga dan memeliharanya.
Apabila telah jelas bagi kami bahawa kamu mahu menolak ajakan kami.. maka kami pun berlepas diri.. dan kerana itu kami tubuhkan Pertubuhan MQTK_QSI sebagai KAPAL kami.. dan memang kami menunggu orang2 mengejek2 kami supaya kami juag boleh berkata dengan Firman Allah ini,, lalu Nabi Nuh berkata:
tapi kami akan TETAP TERSENYUM walaupun pahit dihina semata-mata membawakan KALAM ALLAH..
Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami, mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengarnya. Kalau kami mahu, nescaya kami dapat mengatakan kata-kata seperti Al-Quran ini. ini tidak lain hanyalah cerita cerita orang-orang dahulu kala.
Dan ketika mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Jika betul itu ialah yang benar dari sisiMu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit atau datangkanlah kepada kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
'Tiada sesuatupun bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu bergembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi menyombongkan diri.''
(Al-Hadid:22-23)
Tidak Kami tinggalkan walau sekecil atau sebesar-besarnya melainkan telah tertulis dalam kitab sebelum peristiwa itu berlaku; supaya kamu tidak bergembira dengan apa yang Kami kurniakan pada kamu dan kamu tidak bersedih hati akan apa yang luput pada kamu.
Wahai Kaumku!!,..
Wahai kaumku! Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain Dia; KepadaNya aku bertawakkal dan kepadaNya aku kembali. Salam untukmu! Bagiku amalku dan bagi kamu pula amal kamu. Kamu tidak bertanggungjawab akan apa yang aku kerjakan dan aku juga tidak bertanggungjawab akan apa yang kamu kerjakan.
Sabda Rasulullah SAW:
Dan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab, Kemudian dia dikurniakan Tuhan dapaT membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan. Demikianlah Kami masukkan perasaan (MUNAFIK) itu ke dalam hati orang-orang yang melakukan dosa tidak percayakan Al-Quran.
Jika demikian, adakah sama mereka itu dengan orang-orang yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang terdapat dari Tuhannya, dan diikuti oleh Kitab Suci Al-Quran memberi kenyataan sebagai saksi dari pihak Tuhan meneguhkan bukti yang tersebut dan sebelum itu, kenyataan yang serupa diberi oleh Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat?
'Tiada sesuatupun bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu bergembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi menyombongkan diri.'' (Al-Hadid:22-23)
Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah, Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi salah seorang dari golongan yang ragu-ragu.padahal Dialah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu tentang yang benar dan yang salah?
Didiklah anak-anak kalian atas tiga hal. Mencintai Nabi kalian. Mencintai Ahli bait- ku. Membaca al-Qur’an.(Diriwayatkan oleh Ibnu Mundzir, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Mardaweih, dan at-Thabrani dalam kitab tafsir-nya)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.