SALAM'MA'...
God says: "Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Dia mengutus ke IBU NEGERI itu seorang Rasul (PEMBERI PERINGATAN & AMARAN) yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami dan tidaklah menjadi KEBIASAAN KAMI membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.
Dan engkau tidak ada di sebelah barat ketika Kami sempurnakan penyerahan Kitab kepada Nabi Musa dan engkau juga tidak termasuk dalam golongan yang menyaksikan peristiwa itu Kemudian Kami ciptakan, sesudah mereka, umat-umat yang lain. Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan dan mereka pula tidak dapat melambatkannya.
Kemudian Kami mengutus Rasul-rasul Kami silih berganti. Tiap-tiap kali sesuatu umat didatangi Rasulnya, mereka mendustakannya; lalu Kami binasakan umat-umat yang demikian, lepas satu-satu dan Kami jadikan perihal mereka sebagai bahan cerita; maka kebinasaanlah kesudahannya bagi orang-orang yang tidak beriman.
Kemudian Kami mengutus Nabi Musa dan saudaranya: Nabi Harun, dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami dan bukti mukjizat yang nyata. Kepada Firaun dan kaumnya; lalu mereka menentang dengan sombong takbur, serta menjadi kaum yang membesarkan diri. Sehingga mereka berkata dengan angkuhnya: Patutkah kita beriman kepada dua manusia seperti kita, sedang kaum mereka menjadi orang-orang suruhan kita? Oleh itu, merekapun mendustakan keduanya, lalu menjadilah mereka sebahagian dari orang-orang yang dibinasakan. Dan sesungguhnya, Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat, supaya mereka beroleh hidayat petunjuk.
Kemudian umat Rasul-Rasul itu berpecah-belah dalam urusan agama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka. Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa. Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan kepada mereka dari harta benda dan anak-pinak itu. bermakna bahawa dengan yang demikian Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan? Tidak! Bahkan mereka tidak menyedari hakikatnya yang sebenar.
maka adakah orang yang Kami janjikan kepadanya SYURGA lalu dia mendapatnya, sama seperti orang yang kami kurniakan menikmati kesenangan hidup di dunia kemudian dia pada hari kiamat termasuk dalam golongan yang dibawa ke Neraka?
Dan pada hari Allah menyeru mereka lalu bertanya: Apa jawab kamu kepada Rasul-rasul yang diutus kepada kamu dahulu? Maka gelaplah kepada mereka, pada hari itu, segala khabar berita dan peristiwa, serta menjadilah mereka tidak dapat hendak bertanya-tanyaan sesama sendiri.
Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya dan Dialah juga yang memilih; tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih selain dari pilihan Allah. Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan denganNya. Dan Tuhanmu mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka zahirkan. Dan Dialah Allah tiada Tuhan melainkan Dia. Segala puji tertentu bagiNya, di dunia dan di akhirat dan hanyalah Dia yang berkuasa menghukum, serta kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
Dan engkau tidak pernah berharap supaya Kitab Al-Quran ini diturunkan kepadamu, hanyalah sebagai rahmat dari Tuhanmu, oleh itu janganlah engkau menjadi penyokong bagi orang-orang kafir. Dan janganlah mereka yang ingkar dapat menghalangmu daripada menyampaikan ayat-ayat Allah sesudah ia diturunkan kepadamu dan serulah manusia kepada Tuhanmu dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang menyertai orang-orang musyrik. Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan
Dan demi sesungguhnya, Kami berikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat sesudah Kami binasakan kaum-kaum yang telah lalu, untuk membuka hati manusia dan menjadi hidayat petunjuk serta membawa rahmat, semoga mereka beringat</span>
Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Sesudah dibinasakan di dunia maka akibat orang-orang yang melakukan kejahatan itu ialah seburuk-buruk azab di akhirat kelak, disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan sentiasa mempersendakannya.
Panggilan kepada seseorang yang hatinya sentiasa musyahadah dengan Allah SWT pada setiap waktu dan saat. Sentiasa dalam pemerhatian Allah SWT setiap saat dan zaman. Dianugerahi Ilmu Ladunni. Dapat meresap ke seluruh penjuru alam seperti ruh dapat menyelusupi seluruh tubuh. Ada kala secara zahir dan ada kalanya secara batin. Merupakan ketua wali seperti Uwais Al-Qarni. Qutub ini bukan seorang malahan banyak, mengikut banyaknya jenis wali dan mengikut penggantian zaman.
dan inilah yang diperintahkan Allah: "Pergilah menemui ahli zikir jika kamu tidak mengetahui"
kerana itulah Rasulullah SAW menemui Wuraqah bin Naufal utk MERUJUK walaupun Wauraqah itu seorang PENDITA NASRANI.. dan moyang kami jika dari titihan alKubra iaitu Bapa Sepupu kepada nenek kami Siti Khadijah alWalid, isteri rasulullah SAW. Wuraqah adalah seorng yang menguasai ilmu kitab injil, Taurat dan Zabur.. itulah kronologi sejarah.. dan sejarah sekarang wajib.. kalau tak.. tak pas SPM.. aslmkum.. :) ;)
BANGSA MELAYU:
photo: (kiri) Tamliqo Raqim, Kakail MQTK, Arif Azali MQTK & YM Nik SaidinalUmar s/u Agong MQTK. DI belakang, Raden Gugusan
Raden Gugusan
Berita hari ini..mereka bersangka-sangka dan tidak percaya akan kedatangan KHALIFAH akhir zaman pada bumi Hijjaz/tanah arab mekkah/tanah haram @ serambi mekah,opp...insyaAllah kami menungu sepertimana mereka menunggu dan tidaklah imam mahdi itu hanya berbicara dengan JESSUS...
Seorang professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka. MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR, LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN. Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.
**(petikan dari alter rahsia bangsa melayu)
asalamualaikum... maaf zahir batin :)
maka BENARLAH Allah dan FIRMAN-Nya..
A1031399zappP__zZ@unitednation2011M
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.