MQTK PERLU BERSENDIRI TANPA QUTUB & ABDAL DARI PKLGK.
Assalamualaikum wbt,
Kami telah memohon ditunjukkan siapakah sebenarnya pengganti arwah Tok Ayah Awang Paloh 3, Penasihat KDYMM Raja Perempuan yang boleh sembuhkan semua jenis sihir bukan Islam, boleh nampak jumlah bayaran Dam dengan tepat, boleh tahu punca penyakit seseorang dan jenis daun atau akar kayu untuk ubatnya atau yang ada 40 tanda Abdal atau Qutub.
Dalam mesyuarat Agung 2007 tersebut, YAM YDP, TYDP dan Setiausaha mengakui mereka tidak mengetahui. Dengan itu jelas matlamat kami menyempurnakan 40 wasiat nenek moyang kami dalam mencari golongan Abdal, Qutub, Quraba, Nujaba dan Nuqaba jika masih dalam PKLGK tidak akan dapat dicapai jika terus terbelit dengan kesibukan mana-mana oragnisasi atau individu yang tidak meminpin kami ke arah matlamat tersebut(organisasi baru PKLGK).
Atas permintaan minoriti para Bani Hasyim tertua itu, pihak Baitul Makmur telah berkenan memberi bantuan langsung dari sisi Allah dan para Malaikatnya dan mengizinkan mufarraqah dengan mana-mana organisasi atau individu yang tidak menyeru kepada matlamat tersebut.
Maka 2009, seluruh orang tua memaksa kami mewujudkan satu pertubuhan khas untuk tujuan yang jelas itu dan meninggalkan mana-mana yang enggan mengikuti. Pejabat Pendaftar POeretubuhan akhirnya menetapkan satu nama pertubuhan baru iaitu "Pertubuhan Pelajar Al-Quran Tok Kadok" atau ringkasnya "MQTK".
Hanya melalui pertubuhan Bani Hasyim yang sah berdaftar di Malaysia inilah hubungan dengan kerabat kita Bani Hasyim Makkah di Misfalah, Kg. Awali dan juga Madinah serta kerabat yang menetap atau sedang belajar di 24 buah negara semasa boleh dihubungi(tidak merbahaya) kerana pihak kedutaan dan juga keselamatan Arab Saudi, Pentagon(FBI/CIA) dan juga Interpol telah dimaklumkan dan notis bebas dari sebarang aktiviti pengganas kepada semua pihak berkuasa serta bebas hak semakan akaun dan aktiviti kewangan kepada semua pihak pada bila-bila masa telah digazetkan.
Unit Baka PDRM dan pihak ISTAC/IIUM diketuai oleh Prof. Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady bersetuju membantu mengesahkan semua 22 kitab musonneh(kuning) rujukan MQTK dalam proses mencari Abdal atau pengganti arwah Qutub terdahulu atau sekurang-kurangnya membantu menyebarkan isi kitab mereka.
Namun kami tetap membantu pihak PKLGK dan semua anak cucu-cicit mereka, walaupun ada sedikit kontroversi disebabkan unsur perbalahan suami-siteri terpalit dalam sejarah pengurusan kerabat tertua Kelantan ini, kami tetap menganggap ianya darah daging kami dan tiada perisytiharan "Perang", "Musuh" atau "Bunuh" dikeluarkan oleh pihak Baitul-Makmur/Penjaga Kaabah yang sampai kepada kami setakat ini.
Kami diarahkan, sehingga ke tarikh Imam sekalian Bani Hasyim dunia diumum di hadapan Kaabah untuk zaman ini, kami memohon berkecuali dari sudut matlamat tauhid, fekah dan tasuaf dengan sesiapa sahaja yang tidak diluluskan oleh 40 orang tua-tua kami yang masih hidup sama ada di Malaysia, Pattani dan Makkah yang tidak boleh dibohongi.
MQTK tidak memerlukan sokongan manusia atau makhluk, tetapi hanya peluang diberi kepada semua pihak jika ada yang dengan insaf dan jujur ingin berbakti kepada usaha dan wasiat agama nenek moyang kami sebagai penebus segala dosa, untuk satu jangka waktu tertentu, sebelum pintu tersebut ditutup dengan tiba-tiba oleh Imam kami kelak di hadapan Kaabah dan hukuman pancung berjalan.
Ramai yang beranggapan ini semua dogeng, sebahagian mengatakan itu lambat lagi dan mungkin sejuta tahun lagi. Namun ahli falak dan ahli tasauf, hadis, tafsir, astronomi mengetahui sesuatu yang amat mereka khuatir untuk didedahkan kepada umum semasa.
Terima kasih yang membaca, memahami dan meyakini semua 22 isi kitab wasiat arwah nenek moyang MQTK. Moga dengan itu anda mampu mengubah kejahilan dengan keilmuan hingga cucu cicit dan kita akan bersama ke Telaga Haud, Insyaallah.
Yusnaidi Yusoff Semua Urusan Keselamatan Tanah Jajahan British dan juga 188 buah negara dunia berada di dalam Interpol.
Thanks a lot to Interpol management to follow our request to take Malaysia as an Interpol HQ in Asean on 2009. Sekian Wassalam.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.