widgets

DAN AKU DARI QURAISY..

DAN AKU DARI QURAISY..
RAMPAS PALESTINE "2013 .. says: INSYAALLAH.. TUHANKU PASTI AKAN MENOLONGKU..

MQTK

mqtk PERTUBUHAN PELAJAR-PELAJAR ALQURAN
DATUK SYED KADOK KELANTAN (MQTK)
widgeo.net

CONTENT:

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM

Image Hosted by PicturePush - Photo SharingImage Hosted by PicturePush - Photo Sharing

Sunday, January 30, 2011

IMAM MAHDI DALAM AGAMA LAIN

LAILAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR
~Yang berada di hadapan al- Mahdi adalah Jibril dan Mikail~


‘Imam Mahdi’ Di Dalam Agama-Agama Lain'

Kalau kita beranggapan bahawa hanya di dalam agama Islam sahaja yang ada Imam Mahdi, maka eloklah kita berfikir sekali lagi. Andaian tersebut tidak tepat sama sekali, dan lebih bersifat andaian melulu. Seharusnya kita mengkaji semula persoalan ini dengan lebih teliti dan saksama. Yang berbeza adalah dari segi nama, sikap, cara hidup, tujuan turunnya, masa turun dan tempat turunnya.
Jika dilihat dalam agama lain pula, terdapat juga konsep Imam Mahdi ini.

Kebanyakan agama di dunia ini sangat menantikan kedatangan seorang sang penyelamat yang akan membebaskan mereka daripada kezaliman, kesengsaraan dan penindasan. Selain daripada Islam, agama-agama lain seperti Yahudi, Kristian, Majusi dan Hindu juga sangat menantikan kedatangan seseorang yang bakal muncul membawa keamanan dan keadilan kepada dunia.

Orang-orangYahudi mazhab ortodoks percaya bahawa akan lahir Imam Mahdi dari kalangan
mereka. Mereka percaya Imam Mahdi ini akan lahir dengan segala macam keramat dan kelebihan, akan mengembalikan mereka ke tanah tumpah asal mereka, Baitulmaqdis, Bukit Tursina dan Palestin. Mereka ini dipanggil golonganMe ssianic iaitu golongan yang percaya akan tibanya sang juruselamat. PerkataanM essian ic itu sendiri datang dari kata M essiah, iaitu orang yang digelar ‘Imam Mahdi’ (menurut ajaran agama mereka).

Kenyataan mengenai Imam Mahdi ada disebutkan dengan jelas sekali di dalam Kitab Taurat yang asli dan kerana itulah hal ini sangat diyakini oleh orang-orang Yahudi, sebelum akhirnya puak Zionis melarang umatnya mempercayai hal-hal keramat sedemikian. Hal yang demikian turut juga dicatatkan di dalam sejarah orang-orang Yahudi zaman pertengahan dahulu.

Kepercayaan akan tibanyaMessiah yang dinanti-nanti, yang membawa mereka kembali semula ke Palestin, memenangkan bangsa Yahudi atas semua bangsa di dunia, menghapuskan semua agama lain, penuh dengan kekeramatan yang sangat luar biasa dan sangat dikultuskan oleh mereka, akhirnya berjaya dihapuskan setelah ajaran sekular Zionis dipaksakan ke atas semua umat Yahudi mulai tahun 1890 Masihi.

Sejak itu, semua anggapan terhadap kehebatan Messiah yang dinanti-nantikan itu lenyap dan orang-orang Yahudi kembali semula ke ‘alam nyata’ dan berusaha sendiri membina bangsa dan negara mereka tanpa perlu menunggu-nunggu dan mengharapkan kedatanganMessiah itu lagi. Orang-orang Yahudi selepas itu mulai meninggalkan khayalan keramat Imam Mahdi mereka dan hidup dalam dunia nyata mereka sehinggalah ke hari ini.


DalamKitab Perjanjian Lama, Kitab Kejadian (Genesis) 18:20
“Dan bagi Ismail, Aku mendengar doanya; Sungguh, Aku akan memberkatinya dan menjadikannya mewah dan Aku akan kembang biakkan keturunannya, Dua Belas Raja akan dilahirkannya dan Aku akan jadikannya bangsa yang besar”
Manakala di dalam Kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud AS, ada dituliskan satu
ayat yang bunyinya (terjemahannya) kira-kira begini:

“ …dan Allah akan memunculkan para wali yang akan menjadi pemilik dunia
ini dan menyelesaikannya selama-lamanya” (Mazmur 37, 10-37).

Selain daripada kepercayaan yang demikian, bagi orang-orang Yahudi, disebabkan mereka telah kehilangan tanah suci dan tanah asal mereka, lalu dijadikan hamba abdi oleh bangsa Kaldea dan Suryani pada zaman dahulu, mereka menjadikan salah seorang nabi mereka sebagaiMahdi yang akan muncul, yang bakal menyusun kembali bangsa Yahudi dan akan mengembalikan mereka ke tanah suci yang dijanjikan itu, pada masa depan.

Menurut kepercayaan itu, orang-orang Yahudi menganggap bahawa Nabi Elijah (Nabi Ilyas AS) telah diangkat ke langit oleh Tuhan, belum mati, dan akan diturunkan semula ke dunia ini pada akhir zaman untuk menyelamatkan anak-anak Israel daripada kesusahan dan kezaliman. ItulahMahdi mereka.

Menurut Islam, memang pun Nabi Ilyas AS belum mati, dan akan muncul kembali pada zaman Imam Mahdi tetapi bukan beliau yang menjadi Imam Mahdi. Beliau hanyalah salah seorang pengikut Imam Mahdi, sebagai pembantu kanan Imam Mahdi.

OrangKr istia n juga sangat yakin dengan konsep Imam Mahdi ini, yang kononnya akan lahir dari kalangan penganut agama mereka pula. Dan konsep kepercayaan ini lebih bersifat literal (dari mulut ke mulut) dan bukan merupakan satu kepercayaan yang diwajibkan mempercayainya. Apa yang jelas,Imam Mahdi yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah Nabi Isa As sendiri. Hasilnya, sebahagian besar sahaja yang percaya, manakala sebahagian yang lain tidak menyatakan kepercayaan mereka atau langsung tidak percaya.

Mereka juga, sebahagian besarnya, percaya bahawa Nabi Isa AS pun akan turun ke dunia ini
sekali lagi untuk mengamankan seluruh bumi ini. Maka tidak hairanlah (sebagai hasilnya) jika di negeri China, terdapat orang Cina beragama Kristian yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi dan sekaligus jelmaan suci Nabi Isa AS. Beliau ialah Hung Hsiu-chuan, pemimpin Gerakan T’aipingpad a
tahun 1890 yang amat terkenal itu.

Nietzsche, seorang tokoh sastera terkenal di Jerman, juga mengaku dirinya Jesus, sekali gus
sebagai sang penyelamat. Dia menghantar surat kepada raja-raja dan pembesar-pembesar yang
mengandungi dakwaan bahawa dirinya sebagai Jesus. Keadaan yang sama turut dilaporkan berlaku di
Eropah Timur dan Amerika Utara. Malah di Amerika Latin juga, ada dilaporkan orang-orang yang
mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi, sekali gus sebagai Jesus Christ.

Benua Afrika sendiri tidak terkecuali kerana baru-baru ini seorang paderi bernamaMaitreya turut mendakwa dirinya sebagai jelmaan semula Jesus, dan sekali gus menjadi Imam Mahdi bagi umat Kristian. AgamaHindu juga sangat yakin dengan kedatangan seorang Mahdi yang akan mengembangkan ajaran agama Hindunya ke seluruh dunia, pada akhir zaman kelak. Disebutkan gelarannyaMansur atau Maha Shiva atau nama sebenarnyaMahmat atauAh mad. Selain itu ada beberapa nama lagi yang diberikan kepadanya, sebagai menunjukkan ketinggian kemuliaannya dan besar kedudukannya.

Dalam kitab“ Veda ” iaitu salah sebuah kitab suci dalam agama Hindu, tertulis suatu ayat yang
terjemahannya kira-kira begini:

“Pada penghujung (umur) dunia, setelah berlaku penyelewengan di muka bumi, (muncul) seorang pemimpin yang dipanggil Mansur. Dia akan menguasai seluruh dunia, dia amat dikenali oleh setiap orang sama ada yang beriman atau yang kafir, dan apa sahaja yang dipintanya, Tuhan akan tunaikan dia”.

Selain itu, para penganut Hindu juga percaya, berdasarkan keterangan kitab mereka bahawa
Dewa Krisyna adalah seorang dewa jejaka yang bujang, tidak pernah berkahwin. Beliau digambarkan
sebagai seorang pemuda yang sedang disalib dengan ditebuk kedua-dua belah tangan dan kedua-dua belah kakinya. Pada tengah dadanya tergambar ulu hati manusia, manakala kepalanya pula memakai mahkota.

Menurut kepercayaan mereka lagi, Dewa Krisyna itu akan turun semula ke dunia ini pada akhir zaman untuk menyelamatkan manusia dan dunia ini daripada segala mala petaka. Maknanya, selainImam Mahdi, Dewa Krisyna juga akan turun membantu mengamankan dunia ini.
Penganut agama Buddha juga yakin dengan kedatanganMahdi yang akan membersihkan dunia ini dari kekejaman, danMahdi itu dibekalkan dengan segala macam kuasa hebat dan ilmu sakti (keramat menurut Islam).

Mahdi yang dimaksudkan itu disebut sebagai Shammaraja (Raja yang Sangat Adil). Nama sebenar dan tempat lahirMahdi itu tidak dinyatakan dengan jelas. Tetapi mereka percaya, atas perkhabaran para sami mereka, zaman sekarang ini adalah zaman untukShammaraja itu memunculkan dirinya dan menyelamatkan dunia ini.

Mereka juga percaya bahawa Siddharta Gautama, pengasas agama Buddha itu, yang dikatakan datang dari kalangan bangsawan Sakra di negeri Kapilawastu (di Nepal sekarang) adalah dari kelahiran tunggal, dan akan turun semula ke dunia ini pada akhir zaman kelak untuk membersihkan dunia daripada kesengsaraan dan kekejaman. Tapi, konsep ini sebenarnya sama dengan kepercayaan penurunan semula Nabi Isa AS ke dunia ini seperti yang terdapat di dalam agama Kristian dan agama Islam.

Orang-orangMajusi aliran Mazda, yang menganut ajaran ciptaanZarathustra (Zoroaster) iaitu golongan penyembah api suci, yang jumlahnya hari ini kira-kira setengah juta orang di Iran dan beberapa ribu lagi di India, juga yakin dengan konsep Imam Mahdi. Ajaran mereka menyatakan bahawa tiga orang penyelamat besar akan muncul, dimulai olehAushedar dan diikuti pula oleh
Aushedar-mah.

Yang terakhir keluar ialah seorang lelaki perkasa bernama Saoshyant /
Shayoshant, yang berasal dari anak cucu Zoroaster, yang akan muncul dan memusnahkanAhr iman,
kuasa jahat, sekali gus membersihkan dunia ini daripada kegelapan dan kesengsaraan. Dia memerintah dunia dengan adil dan saksama selama seribu tahun, mendirikan kerajaan Ahura Mazda yang sepenuhnya. Mereka tidak menyebutnya dengan sebutan Mahdi tetapi maksudnya sama dengan Mahdi bagi umat Islam. Dan daripada ajaran Mazda inilah orang-orang Syiah menyerapkan konsep Imam Mahdi mereka, kerana meyakini Imam Mahdi Syiah itu akan memerintah dunia ini selama seribu tahun.

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, kitab ‘Yanaseb / Yasna’ yang ditulis oleh salah seorang murid kanan Zoroaster yang mengasaskan agama Majusi itu membuat penyataan yang terjemahannya berbunyi kira-kira:
“Dari jazirah tanah Arab , dari anak cucu Hasyim, seorang lelaki yang kepalanya besar, badannya besar dan berkaki besar akan muncul, lalu meneruskan agama datuknya dengan pasukan tentera yang besar, datang ke Iran lalu memerintah dunia dan memenuhkan bumi ini dengan keadilan”.
Demikianlah sekelumit pandangan dan penyataan mengenai turunnya sang penyelamat bagi beberapa buah agama besar dunia, seperti yang kita dapati daripada kitab-kitab suci agama masing- masing.

Semoga ilmu dan kefahaman kita akan bertambah setelah membaca keterangan ini. Cuma kita tidaklah harus mempedulikan sangat tentang keperibadian sang penyelamat mereka itu, kerana yang demikian tidaklah perlu diambil perhatian. Tidak perlu diulas benar atau tidaknya kepercayaan mereka ini, sebab kalau pangkalnya yakni akidahnya sahaja pun sudah sesat, maka hujung-hujungnya pastilah sesat juga. Mustahil pangkal yang sesat dapat menghasilkan hujung yang betul. Maka apa-apa jua keterangan daripada mereka tidaklah dapat menambahkan apa-apa kepada kita dan tidak pula mampu mendatangkan apa-apa kesan buruk kepada kita.

Yang perlu ditekankan di sini adalah, begitulah terkenalnya sekali tokoh istimewa ini, hingga setiap bangsa, dari setiap agama, pada setiap tempat dan pada setiap zaman, ada sahaja dilaporkan orang yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi, atau orang lain mendakwakan bahawa si anu itu adalah Imam Mahdi. Malah, orang yang telah benar-benar mati pun tidak terlepas daripada didakwa sebagai bakal Imam Mahdi! Yang peliknya, ramai pula yang terus percaya bulat-bulat, walaupun tiada sebarang persamaan antara individu yang didakwa itu dengan sifat-sifat Imam Mahdi seperti yang telah digariskan oleh hadis-hadis.

Ramalan Peramal-Peramal Terkemuka
Selain keterangan daripada setiap agama besar di dunia ini, terdapat pula sekumpulan peramal yang terkenal di dunia yang turut meramalkan kedatangan Imam Mahdi atau seorang pemimpin yang bertaraf dunia, yang akan turun untuk menjalankan pemerintahan yang sangat adil, pada zaman ini, pada abad ini, kurun ini dan alaf ini. Memang meramal sesuatu ramalan adalah suatu perbuatan yang buruk, boleh mendatangkan impak besar kepada akidah kita. Namun ramalan yang bertepatan maksudnya dengan perkhabaran hadis-hadis, berita-berita daripada asar para sahabat RA, kasyaf para wali dan firasat para mukmin tidak salah jika disebutkan, kerana keterangan mereka ini sebenarnya membantu menjelaskan lagi maksud hadis-hadis, asar-asar, kasyaf-kasyaf dan firasat- firasat itu. Hal ini sebenarnya tidak menjejaskan iman kita jika betul cara dan tempatnya.
Sebahagian mereka ini adalah peramal semata-mata, manakala sebahagian lagi adalah orang- orang besar bagi agama masing-masing, yang telah mencapai taraf kasyaf pula, iaitu menurut pandangan agama mereka.

Antara peramal bertaraf antarabangsa yang amat terkenal pada hari ini adalah Michel de
Nostredame atauNostradamus, suatu nama yang hampir sudah tidak perlu diperkenalkan lagi, kerana
sudah begitu terkenalnya. Ramalan-ramalannya sudah umum tersebar dan bukan sedikit pula yang sudah menjadi kenyataan.

Antara ramalannya yang amat menggoncangkan dunia Barat ialah bahawa seorang pemimpin baru bertaraf dunia akan muncul, Islam akan kembali menguasai dunia pada alaf baru ini, dan seterusnya memerangi Kristian-Eropah.

Ramalannya bahawa seorang pemimpin baru beragama Islam akan muncul dan seterusnya
menguasai seluruh dunia adalah berdasarkan ramalan beliau seperti berikut:

In the year 1999 and seven months
from the sky will come the great King of Terror.
He will bring back to life the King of the Mongols;
Before and after, war reigns.

Tempat muncul pemimpin tersebut adalah di sebuah negara di sebelahT im ur, bukan di
negara Arab atau di sebelah Barat, berdasarkan ramalan berikut:

From the three water signs (seas) will be born a man
who will celebrate Thursday as his feast day.
His renown, praise, reign, and power will grow
on land and sea, bringing trouble to the East.

Pemimpin berkenaan akan memimpin pasukan tenteranya yang besar jumlahnya untuk
menyerang dan menakluki Eropah, dan dibantu oleh seluruh umat Islam.

One who the infernal gods of Hannibal
will cause to be reborn, terror of all mankind
Never more horror nor the newspapers tell of worse in the past,
then will come to the Romans through Babel (Iraq).

Pemimpin berkenaan memerangi, mengalahkan dan memasuki Eropah dengan memakai serban biru, membawa undang-undang Islam untuk diamalkan oleh seluruh penduduk Eropah, dan peristiwa besar inilah yang amat menakutkan setiap hati pemimpin Kristian dan Yahudi.

This king will enter Europe wearing a blue turban,
he is one that shall cause the infernal gods of Hannibal to live again.
He will be the terror of mankind.
Never more horror.


Pengakuan Orang-orang Barat Terhadap Imam Mahdi

Agenda Yahudi yang Kesembilan (untuk memusnahkan umat Islam):

Menjauhkan umat Islam dari memegang tampuk pemerintahan di negara-negara Islam dan
jangan beri kesempatan bergerak.

1. Sehubungan itu, seorang orientalis Inggeris, Montgomery Watt, menulis dalam ‘London Time’
pada tahun 1968:

“Kalau sudah ditemui seorang pemimpin Islam yang (benar-benar)
berkelayakan dan bercakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan besar agama itu akan (bangkit semula dan) merupakan sebuah kekuatan politik yang besar di dunia ini sekali lagi.”
Yang dimaksudkan oleh Montgomery itu adalah pemimpin yang bertarafkhalifah, kerana hanya seorang pemimpin yang bertaraf khalifah sahaja yang akan mampu menyatukan kembali seluruh umat Islam yang sedang kronik berpecah-belah pada hari ini. Pemimpin yang bertaraf Presiden atau Perdana Menteri tidak termasuk dalam senarai pemimpin yang dimaksudkan oleh beliau.
Taraf Presiden atau Perdana Menteri yang demikian itu hanya layak untuk memimpin di dalam wilayah yang terhad atau dihadkan, tidak layak untuk memimpin dunia yang tanpa sempadan, atau sekurang-kurangnya di seluruh dunia Islam. Hanya seorang pemimpin yang bertarafKhal ifa h sahaja yang akan diberi kemampuan dan berkelayakan penuh untuk berbuat demikian.

2. Bekas Perdana Menteri Israel, Ben Gurion pernah dilaporkan berkata,
“Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah, kalau dalam dunia
Islam, sudah lahir seorang Muhammad Baru.


Muhammad Baru yang dimaksudkan oleh Ben Gurion itu tidak lain dan tidak bukan adalah
Imam Mahdi, kerana nama Imam Mahdi itu adalah Muhammad, sama dengan nama datuknya, Nabi Muhammad SAW. Jelaslah bahawa pihak Barat amat takutkan peribadi yang bernama Muhammad ini, yang digelar sebagai Imam Mahdi, dan ketakutan mereka itu tidak dapat disembunyikan lagi.
Jelaslah bahawa orang-orang Kristian adalah jauh lebih peka daripada kita, umat Islam sendiri dalam hal mempercayai dan meyakini kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini. Mereka sentiasa berjaga- jaga menanti tibanya seorang pemimpin Islam bernama Muhammad, tahu pula tempat keluarnya dan bila keluarnya. Pada masa yang sama kita umat Islam masih lagi sibuk bercakaran mengenai sahih atau dhaifnya hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu. Yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi sibuk mengutuk golongan yang tidak percaya, manakala yang tidak percaya, sibuk pula mengutuk golongan yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi. Titik pertemuan tidak juga diperoleh. Siapa lagi yang harus dipersalahkan dalam soal ini?

3.A. J. Quinnell, seorang novelis Barat telah menulis sebuah novel bertajuk The Mahdi.
Di dalam novel itu disebutkan andaian beliau bahawa isu Imam Mahdi ini akan dieksploitasi oleh kuasa-kuasa besar Barat. Kuasa-kuasa besar ini akan bergabung tenaga, fikiran dan matlamat untuk menonjolkan seorang yang mereka pilih sebagai Mahdi untuk diikuti oleh seluruh umat Islam. Tujuannya adalah untuk mencapai tujuan jahat mereka terhadap umat dan negara-negara Islam. Mahdi boneka ini dirancang oleh perisik-perisik CIA, MI5 dan KGB untuk muncul di Tanah Suci Makkah. Setelah itu, beliau akan mengarahkan seluruh umat Islam mengikut beliau tunduk kepada kuasa-kuasa besar Barat itu.

Pandangan Ensiklopedia Barat Tentang Imam Mahdi

1. http://www.encyclopedia.com/articles/07885.html
Mahdi [Arab., = (he who is devinely guided)], in Sunni ISLAM, the restorer of faith. It is believed that he will appear at the end of time to restore justice on earth and establish universal Islam. Among SHIITES the concept of the Mahdi centers on the IMAM. Throughout Islamic history, many reformers claiming to be the Mahdi have arisen. One such was Muhammad Ahmad, 1844-85, a Muslim religious leader in the Anglo- Egyptian Sudan. In 1881 he declared himself to be the Mahdi, but he died soon after capturing KHARTOUM. Lord KITCHENER defeated his followers at Omdurman in 1898.

2. The Columbia Encyclopedia: Sixth Edition, 2000.
Mahdi (mä´d) (KEY) [Arab.,=he who is divinely guided], in Sunni Islam, the restorer of the faith. He will appear at the end of time to restore justice on earth and establish universal Islam. The Mahdi will be preceded by al-Dajjal, a Muslim antichrist, who will be slain by Jesus. This belief is not rooted in the Qur’an but has its origins in Jewish ideas about the Messiah and in the Christian belief of the second coming of Christ. Among the Shiites the concept of the Mahdi takes a different form (see imam). In the history of Islam, many men have arisen who claimed to be the Mahdi. They usually appeared as reformers antagonistic to established authority. One such man, who became famous in Western history, was Muhammad Ahmad, 1844-85, a Muslim religious leader in the Anglo-Egyptian Sudan. He declared himself in 1881 to be the Mahdi and led a war of liberation from the oppressive Egyptian military occupation. He died soon after capturing Khartoum. In his reform of Islam the Mahdi forbade the pilgrimage to Mecca and substituted the obligation to serve in the holy war against unbelievers. His followers, known as Mahdists, for a time made pilgrimages to his tomb at Omdurman. The final defeat of the Mahdists in 1898 at Omdurman by an Anglo-Egyptian army under Lord Kitchener gave Great Britain control of Sudan.1 See P. M. Holt, The Mahdist State in the Sudan (2nd ed. 1970


KESIMPULAN: Sesetengah ahli hadis hari ini menyatakan bahawa hadis-hadis yang menyebutkan mengenai datangnya Imam Mahdi adalah hadis mutawatir dan banyak jumlahnya. Para ulama hadis yang mahir- mahir dan mendalam kajiannya serta sudah bertarafHu ffaz, sepakat mengatakan bahawa hadis-hadis mengenai Imam Mahdi adalah muktamad, dan mempunyai taraf mutawatir maknawi. Ini disebabkan banyak sumbernya, ramai rawinya dan perkaitan yang amat rapat antara sebuah hadis dengan hadis yang lain.

Fatwa yang lebih meyakinkan mengenai isu ini telah dikeluarkan di Makkah oleh Rabitah al-
‘Alam al-Islami (Muslim World League) pada 11 Oktober, 1976 (bersamaan 23 Syawal, 1396).

"The memorises (Hafiz) and scholars of Hadith have verified that there are authentic (sahih) and acceptable (hasan) reports among the traditions related to al-Mahdi. The majority of these traditions are related through numerous authorities (Mutawatir). There is no doubt that the status of those reports are Sahih and Mutawatir. (They have also verified) that the belief in Mahdi is obligatory, and that it is one of the beliefs of Ahl al-Sunnah wal Jama'a. Only those ignorant of the Sunnah and innovators in doctrine deny it."

Terjemahannya:
“Para hafiz dan ulama-ulama hadis telah mengesahkan riwayat daripada
hadis-hadis berkenaan al-Mahdi adalah sahih dan hasan. Kebanyakan hadis ini adalah berbentuk mutawatir. Tidak ada keraguan lagi bahawa taraf riwayat ini adalah sahih lagi mutawatir. (Mereka juga menyatakan) bahawa kepercayaan kepada al-Mahdi adalah sah dan mempercayainya adalah salah satu kepercayaan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Hanya orang yang jahil tentang hadis-hadis dan pencipta bidaah sahaja yang akan menafikannya.”






Ringkasan Perbezaan Imam Mahdi Sunni - Syiah

Berdasarkan sumber-sumber sahih daripada kedua-dua belah pihak, Sunnah dan Syiah, memang diakui terlalu besar perbezaan antara Syiah dengan Ahlus Sunnah. Berikut adalah antara perbezaan yang amat ketara itu. Syiah yang dijadikan perbandingan ini adalah firkah Syiah Imamiah Isna Asyariyah.

Syiah Imamiah Ahlus Sunnah wal Jamaah

• Jawatan: Imam Kedua Belas & terakhir bagi Syiah Wali Qutub & tidak ditentukan
• Nama : Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari. Muhammad bin Abdullah.
• Keturunan : Ahlulbait, generasi kedua belas. Ahlulbait, generasi ke-33.
• Nama Bapa: Al-Hasan Al-Askari bin Ali Al-Hadi. Abdullah bin (tidak ditetapkan).
• Nama Ibu: Narjis Khatun. Aminah binti (tidak ditetapkan).
• Keturunan Ibu: Rom / Eropah. Ajam.
• Tempat Lahir: Kota Samarra, Iraq. Wilayah Ajam / Timur.
• Kuniyat: Abu Qasim. Abu Abdillah.
• Bangsa: Arab Quraisy, Alawiyin. Arab Quraisy + Ajam.
• Makam: Kota Karbala, Iraq. Baitulmaqdis, Palestin.
• Perkahwinan: Belum berkahwin. Sudah berkahwin.
• Pemerintahan: Kira-kira seribu tahun. Kira-kira empat puluh tahun.
• Pembantu: 4 orang Naib / Bab. Ikhwan / Abdal / Nujabak / Asoib.
• Ghaib: Ghaib as-Sughra (ghaib kecil) & Masuk ke alam wali & kini adalah Ketua Rijalul Ghaib Ghaib al-Kubra (ghaib besar).
• Umur: 6 atau 9 tahun. 40 tahun +
• Taraf: Maksum, Imam Suci. Wali Qutub / Sayidul Mujaddidin
• Pelantika: Ditunjuk secara khusus. Ditunjuk secara umum.
• Aurad / Tarekat: Tiada. Ada / Wirid Tarekat.
• Konsep: Ada Raj’ah. Tiada Raj’ah.
• Kepercayaan: Rukum iman. Furuk-furuk kepada rukun iman.
• Bilangan hadis: Lebih kurang seribu buah. Tidak sampai seratus


Golongan Ikhwan ini, jumlahnya adalah 313 orang. Mereka merupakan golongan pemimpin umat manusia semasa pemerintahan Imam Mahdi. Peranan mereka adalah sama dan setara dengan peranan Sahabat dahulu. Gelaran Ikhwan dan Sahabat itu hanyalah untuk memudahkan kita membezakan zaman mereka berada sahaja. Jika para sahabat muncul pada awal Islam, maka Ikhwan muncul pada zaman akhirnya. Sifat-sifat mereka ini ada dinyatakan di dalam hadis-hadis di atas, amat mudah difahami (walaupun amat sukar melaksanakannya) dan rasa-rasanya penulis tidak perlu memperpanjangkannya lagi di sini.

Sabda Nabi SAW,
“Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk.” Maksudnya ialah al-Mahdi.
(Ibnu Majah, Abu Nuaim & al-Hakim)


Abdullah bin Syuraikh berkata,
“Bersama-sama munculnya Al-Mahdi adalah panji-panji Rasulullah SAW, lengkap dengan cap-capnya sekali”.


Dari Abdullah bin al-Haris bin Jaz-uz Zabidi RA katanya, sabda Nabi SAW,

“Akan keluar orang-orang dari Timur, lalu mereka mempersiapkan untuk Imam Mahdi, yakni tapak pemerintahannya.”
(Ibnu Majah)




 
Disebutkan oleh Imam Syamsuddin Abu Abdillah al-Ansarial-Qurtubi di dalam kitabnya
At-Tazkirah, (yang terjemahannya) kira-kira begini:
Diriwayatkan adalah orang-orang yang memerintah dunia ini ada empat orang: Dua orang mukmin dan dua orang kafir. Yang mukminnya ialah Sulaiman bin Daud dan Iskandar. Manakala yang kafirnya ialah Namrud dan Bukhtu Nasar. Dan pemerintah yang kelimanya adalah dari umat ini iaitu Al- Mahdi.

Sabda Nabi SAW,
“Sesungguhnya Allah membangkitkan bagi umat ini, seorang mujaddid yang akan membaharui agamanya pada setiap awal seratus tahun.”
(Al-Hakim, al-Baihaqi, Ibnu Hajar, Abu Daud & al-Iraqi)

Imam Ahmad bin Hanbal RH dalam kitab musnadnya meriwayatkan hadis berikut, yang
secara langsung menyebutkan kepentingan kaum Quraisy dijadikan pemimpin umat Islam.

“Para pemimpin itu adalah daripada suku Quraisy. Sesungguhnya mereka mempunyai hak ke atas kamu dan kamu juga mempunyai hak yang sama ke atas mereka. Selagi mereka mengasihani kamu, maka kasihanilah mereka. Jika kamu berjanji dengan mereka, tepatilah (janji itu) dan jika menghukum, berlaku adillah. Maka jika mereka tidak berbuat hal yang demikian dari kamu, maka laknat Allahlah ke atasnya, para malaikat dan manusia sekaliannya.”
(Imam Ahmad)

Selain itu, Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“Manusia itu (hendaklah) mengikut orang-orang Quraisy dalam urusan pemerintahan. Setiap orang Islam hendaklah mengikut (pemimpin) yang Islam di kalangan mereka dan orang-orang kafirnya mengikut (pemimpin) yang kafir juga di kalangan mereka.”
(Al-Bukhari)

“Aku membawakan berita gembira untuk kamu mengenai Al-Mahdi. Dia akan diutuskan ketika manusia sedang sangat menderita dan banyak berlaku gempa bumi.

“Al-Mahdi tidak akan muncul sebelum berlakunya suatu masa di mana semua perkara yang haram dianggap halal. Kemudian dia diserahi jawatan Khalifah, sedangkan ketika itu dia sedang berada di rumah. Dan dia adalah sebaik-baik penduduk bumi (pada ketika itu).”


Dari Sauban RA katanya, bersabda Rasulullah SAW,
“Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Kaabah kamu tiga beradik. Semuanya adalah anak-anak kepada seorang (bekas) khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang dapat (harta itu atau menjadi khalifah). Kemudian muncullah Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, lalu mereka akan membunuh kamu semua dengan satu pembunuhan (yang paling dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum pun.” Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang saya tidak berapa ingat. Kemudian baginda bersabda, “Maka apabila kamu semua melihatnya, hendaklah kamu segera berbaiat kepadanya (Pemuda Bani Tamim itu) walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana di sisinya adalah Khalifah Allah, iaitu Imam Mahdi.”
(Ibnu Majah)

Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi akan datang setelah munculnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun.”
(Ibnu Majah)


Sabda Nabi SAW,
“Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk.”
(Ibnu Majah, Abu Nuaim & al-Hakim)

Kata tabiin RH,
“Sebelum al-Mahdi, raja Syam akan terbunuh, (diikuti oleh) terbunuhnya raja Mesir. Bangsa Syam akan menawan kabilah daripada Mesir. Seorang lelaki dari Timur berangkat mengibarkan Panji-panji Hitam, yang dikatakan dia itu adalah (berasal dari) bangsa Syam dan dialah yang akan menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.

Sabda Nabi SAW, “Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah ( mati syahid atau tibanya hari kiamat).”

Dari Anas RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Aku amat rindu untuk bertemu dengan Ikhwanku.” Lantas para sahabat bertanya, “Tidakkah kami ini ikhwanmu?” Sabdanya, “Bukan, malah kamu adalah sahabatku dan Ikhwanku adalah mereka yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku.”

Dari Abdullah bin Al-Haris RA katanya Nabi SAW bersabda,
“Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakni pemerintahannya.”

Kata Sayidina Ali KWJ. “Apabila Panji-panji Hitam menghala ke arah As-Sufyani, dan para pengikut Syuaib bin Saleh mencari-cari Al-Mahdi, dia akan muncul dari Makkah dan bersama-sama dengannya adalah Panji-panji Rasulullah SAW. Dia akan membahagi dua pasukannya mengerjakan sembahyang, setelah orang ramai meletakkan harapan kepadanya selain berpanjangan bala yang menimpa mereka. Setelah selesai sembahyang, dia mendapatkan mereka dan berkhutbah, “Wahai manusia, ujian-ujian yang berterusan menimpa umat Muhammad SAW, terutamanya kepada Ahlulbait, adalah kerana kamu dikuasai dan dipersalahkan.”

Muhammad bin Ali al-Hanafiah RH berkata,
“Kami sedang bersama-sama dengan Sayidina Ali KWJ apabila seorang lelaki bertanya tentang Al-Mahdi. Imam Ali KWJ berkata, “Begini.” Lalu ditemukannya jari-jarinya sambil dikira sampai tujuh dan berkata, “Dia akan muncul pada akhir zaman ketika orang-orang (munafik) berkata bahawa Allah telah mati. Kemudian melaluinya (Al-Mahdi) Allah mendatangkan untuk mereka awan mendung yang menutup langit lalu Allah mempertautkan antara hati mereka sehingga mereka tidak berasa keseorangan lagi malah akan lebih gembira jika ada orang lain yang menyertainya. Bilangan mereka adalah seperti pasukan Badar. Sama ada mereka itu pada permulaannya yang mendapatinya atau yang kemudian lalu menyertainya. Bilangan mereka tetap (sama) seperti bilangan tentera Talmut yang berjaya menyeberangi sungai dengannya (Talut).”

Kata tabiin RH,
“Sebelum (munculnya) al-Mahdi, as-Sufyani mengerahkan pasukan tenteranya sampai ke kawasan timur Khurasan dan Parsi. Mereka akan dilawan oleh penduduk Timur dan ramai (tentera as-Sufyani) yang terbunuh. Kaum dari Timur itu kemudian (bergabung dan) membaiat al- Hasyimi yang mana tangan kanannya memegang bendera. Allah memudahkan urusan dan jalannya. Kemudian dia keluar bersama-sama 5,000 orang penduduk Khurasan yang di bawah pimpinan Syuaib bin Saleh at-Tamimi, seorang bekas hamba berkulit kuning, berjanggut nipis dan tidak berjambang. Seandainya mereka ini menghadapi gunung, nescaya dihancurkannya. Mereka lantas berhadapan dengan pasukan as-Sufyani, terus menggempur mereka dan (berjaya) membunuh mereka dalam jumlah yang besar. Akhirnya pasukan as-Sufyani melarikan diri dan al-Hasyimi pula menghilangkan diri. Kemudian secara diam-diam at-Tamimi menuju ke Baitulmaqdis. Ketika perjalanannya sampai di Syam, dia menyerahkan pasukan (tenteranya) kepada al-Hasyimi.”

Kata tabiin RH,
“As-Sufyani mengirimkan askarnya ke Madinah dan menyuruh agar membunuh setiap keturunan Bani Hasyim, kemudian mereka menyerangnya. Bani Hasyim akhirnya bercerai-berai di merata-rata padang pasir dan di gunung-gunung. Apabila al-Mahdi muncul, mereka ini akan dikumpulkan semula.”

“Sebelum al-Mahdi muncul, akan terjadi gerhana bulan sebanyak dua kali dalam bulan
Ramadan.”

“Al-Mahdi dibaiat di antara Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim yang mana pelaksanaannya berlaku penuh aman dan singkat tidak sampai membangkitkan orang yang sedang tidur dan tidak pula sampai menumpahkan walaupun setitik darah.”

Sabda Nabi SAW,
“Keadilan al-Mahdi meratai seluruh alam. Kemudian dia diangkat sebagai Amir di al-Qahtani. Demi Zat yang mengutusku dengan benar, bahawa dia (sungguh-sungguh) tidak (akan) ada yang (dapat) mengalahkannya.”
(Abu Nuaim & at-Tabrani)

Sabda Nabi SAW,
“Keadilan al-Mahdi meratai seluruh alam. Kemudian dia diangkat sebagai Amir di al-Qahtani. Demi Zat yang mengutusku dengan benar, bahawa dia (sungguh-sungguh) tidak (akan) ada yang (dapat) mengalahkannya.”
(Abu Nuaim & at-Tabrani)

Jumhur ulama' semasa telah hampir 800 tahun berkeyakinan Al-Qahtani yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah PATTANI @ PANAN @ Nusantara pada hari ini (SS AlFadhil Abu Aziz Jumaah @ Baba Zik Ulama Kerisik, Pattani-2007M). Ada beberapa hadis yang turut menyebutkan nama Al-Qahtani, dan setiap satunya mempunyai tafsiran yang berbeza-beza pula. Hal ini tambah diyakini kerana sehingga kini, tidak terdapat lagi mana-mana tempat pun yang benar-benar dapat ditunjuk sebagai Al-Qahtani, iaitu kawasan Timur seperti yang dikehendaki oleh hadis-hadis. Dan Amir itu adalah sebagaimana diisyarat sebagai seorang ANAK RAJA YANG ZUHUD.

Kata Kaab al-Akhbar RH,
“Setelah al-Mahdi mendapatkan kuasa, ada wakil khalifah yang bernama al-Qahtani. Dia memerintah sepertimana yang diperbuat oleh al-Mahdi. Dialah yang akan menundukkan bandar- bandar Romawi dan akan merampas ghanimah-ghanimahnya.”


Rasullullah SAW bersabda:
"Dunia ini tidak akan berakhir sehingga seorang lelaki dari keturunan al-Husain mengambil alih pentadbiran dunia dan memenuhnya dengan keadilan dan kesaksamaan seperti sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan

Abu Hurairah RA berkata, dari Rasulullah SAW:
"Orang ramai akan berbaiat kepada al-Mahdi antara Rukun dengan Maqam (di Makkah)."
(Ibnu Tawus, Kitabul Malahim wal Fitan, ms 64)

Cerita Sayid Syeikh Hasan Al-Iraqi
Dari situ aku dapat melihat bahawa serbannya adalah serban orang Ajam dan dia
mengenakan jubah dari bulu-bulu yang indah.

Para pengikut Imam Mahdi digelar sebagai Mahdiyyin atau Mahdiyyun, yang ertinya golongan Mahdi atau pengikut Imam Mahdi. Istilah Mahdiyyin atau Mahdiyyun juga digunakan untuk kumpulan atau golongan yang mempercayai konsep Imam Mahdi, atau menerima hadis-hadis mengenai Imam Mahdi dengan penuh yakin di dalam hati. Golongan ini adalah majoriti masyarakat Islam sejak dahulu hingga ke hari ini, didahului oleh para ulama muktabar yang bertaraf mujaddid dan mujtahid, mendapat darjat wali-wali besar dan utama di kalangan umat ini.

Suatu perkara yang tidak terhad kepada sesuatu sempadan negara sahaja kerana hampir setiap negara di dunia ini mempunyai Imam Mahdi mereka sendiri. Tidak terhad kepada sesuatu sempadan masa sahaja kerana pada setiap zaman itu ada Imam Mahdinya sendiri sama ada benar atau palsu. Tidak terhad juga kepada sesuatu bangsa sahaja kerana semua bangsa mempunyai Imam Mahdi mereka sendiri sama ada benar atau palsu. Tidak juga terhad kepada sesuatu sempadan agama sahaja kerana hampir setiap agama ada mempunyai Imam Mahdi mereka sendiri. Hanya nama, sifat dan gelarnya sahaja yang berbeza-beza.

Dan yang paling menarik ialah, setiap hati yang beriman pasti mahu tidak mahu amat mengharapkan kedatangan seorang juruselamat yang bakal menyelamatkan mereka daripada terus karam dan tenggelam dalam pelbagai cubaan dan dugaan semasa, yang ternyata amat melemaskan hati berimanmerek a.

2 comments:

  1. A. Sabda Nabi SAW,
    “… Hari kiamat tidak akan terjadi sebelum ada sebuah kota yang diserbu oleh 70 ribu orang (tentera) yang terbahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan di laut dan satu kumpulan lagi berada di darat. Mereka ini adalah keturunan Nabi Ishak (atau dalam riwayat lain, mereka berketurunan Nabi Ismail AS). Tetapi setibanya mereka di bandar tersebut, mereka tidak jadi berperang. Sebab ketika mereka mengucapkan LAILAHA ILLALLAH WALLAHU
    AKBAR, maka sebahagian (tentera) yang berada di laut sudah sampai di muka pintu kota. Dan ketika mengucapkan LAILAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR sekali lagi, maka sebahagian (tentera) yang berada di darat sudah sampai ke muka pintu kota juga. Lalu ketika mereka mengucapkannya sekali lagi, maka pintu gerbang kota itu pun terbuka (dengan sendirinya) dan mereka terus memasukinya lalu bermukim di sana. Ketika mereka sedang membahagi-bahagikan harta ghanimah itu, tiba-tiba ada yang meneriakkan, “Sesungguhnya Dajjal telah pun keluar!” Lalu mereka (segera) meninggalkan seluruh ghanimah tadi dan terus kembali ke rumah masing-masing.”

    ReplyDelete
  2. pendapat aku al-Qahtani itu letaknya dipusat alam semesta.x mustahil mahdi nanti memiliki angkatan perang antara galaksi.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MQTK Bahagian Agama & Kaunseling [BAKA PDRM] BUKIT AMAN MALAYSIA

KERJASAMA MQTK_QSI Bersama Unit BAKA PDRM Bukit Aman
MQTK_ISTAC/IIUM 7 feb 2011M

Video: MENITI TITIAN USANG-AMY SEARCH & MQTK 2011

VIDEO MQTK ................ KEMBARA DI TANAH GERSANG

My Blog List

PERTUBUHAN PELAJAR ALQURAN DATUK SYED KADOK KELANTAN MQTK 1909M

BENDERA ASAL NEGERI KELANTAN

BENDERA ASAL NEGERI KELANTAN
Panji-Panji Hitam Diambil dari bendera asal negeri Kelantan DarulNaim sebelum ditukar oleh kerajaan Kelantan pada tahun 1909M. Di masa bendera Panji-Panji Hitam ini dikibarkan, hukum HUDUD dijalankan sehingga pada masa era pasca penjajahan. Bendera ini berimejkan seekor anjing yang bernama KITMIR iaitu antara anjing-anjing yang dimasukkan ke Syurga. Anjing Kitmir ini telah menjaga pintu gua tempat dimana pemuda ArRakim AshabulKhafi telah ditidurkan Allah selama 309 tahun. MasyaAllah!! Riwayatnya anjing ini akan kembali untuk membantu nabi Isa putera Maryam untuk membunuh Dajjal Laknatullah bersama-sama AshabulKhafi dan Imam Mahdi. "Di akhir zaman, kaum kerabatku akan diinjak-injak dan dihina-hina sehinggalah datang stu kaum dari sebelah timur yang akan menegakkan Panji-Panji Hitam; Itulah Pemuda Bani Tamin". Dan Pemuda ini akan menyerahkan kekuasaan kepada Imam yang sebenar iaitu Imam Mahdi setelah kerajaannya kuat. Pemuda ini merupakan seorang anak raja yang zuhud dari keturunan Rasulullah SAW bernasabkan syd. Hussein rd. Kalimah khat pada bendera hitam itu pula adalah sepotong ayat alQuran yang bermaksud 'Pertolongan Allah' atau Nasrumminallah'. Manakala perkataan Kelantan tertulis pada ekornya sebagai simbol wilayah.

About Me

My photo
Madina, Saudi Arabia, Israel
Raja-Raja Melayu adalah Ahlulbait. Nak mengenal AhlulBait perlu mengenal Raja-Raja Melayu; Dan nak mengenal Raja-Raja Melayu perlu kenal orang Melayu dahulu.

HISTORY IS MY IDENTITY

Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing
by BobspekRockers AlKubra on Wednesday, 01 September 2010 at 09:16

MISTAKEN IDENTITY:

Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing

"Jika mereka meletakkan Matahari di tangan kanan saya dan Bulan di tangan kiri saya, supaya saya meninggalkan usaha saya ini, TIDAK AKAN SAYA TINGGAL-kan! Sehinggalah Wahyu Allah (A Statement of Truth) mengatasi segala-galanya".... zZ

SEJARAH AHLULBAIT MELAYU: TITIHAN YM SYED HUSSEIN JAMADILKUBRA NUSANTARA

Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing>> .. Any matters raised, I would like to say that the Islamic Empire ruled for 500 years was actually Islam that killed my ancestor, namely Saidina Hussain rd. (Grandson of the Prophet Muhammad SAW) in Karbala until the descent I had to hide in Iran (Persian Zoroaster-)-Hadramaut (Allawiyyin-Suffiyyah) and finally to Gujarati [(Delhi Sultanate-Sultan Ahmad Jalal AlAkhbar (Zoroastarian+Monghul)] > and the final Kingdom is PATTANI or Nusantara or 'The Land's of Malay'/Jawiyun...

Al-Jawiyun nama gelarannya, Tanah jawi tempat asalnya. Kemuncak zaman keagungan di abad ke 13.

and than The Last ZORRO (MQTK laa..!! http://bobspek.blogspot.com/search/label/HISTORY%20OF%20THE%20MASK%20OF%20ZORRO%20IN%20MALAY) zappP_____zZ .. InsyaAllah..

Then The Sultanate get 14 offspring of siblings and 7 to the East [(Federated Malay-Monarchy (YM Syed Hussein JamadilKubra Nusantara 1350M)] and 7 more people living in the continent of India (India-Pakistan-Afghanistan), two streams of Islam distinguishes this continent with the Islamic Middle East or Islamic Modern hybrids or Islamic or any name in Islam, but conditions still have 73 Islamic groups, but split up Resurrection.

Ahlulbayt for hunting and is killed by the Muslims themselves who do not like the direction that God's love in Ahlulbayt. Then Ahlulbayt killed and hated until now. Because Islam is the belief that elected caliph of Ahlulbayt. Those murderers saidina Hussein (Grandson of the Prophet Muhammad ) this is the hadith that rotate (Words by Prophet Muhammad SAW) and said it was the basis of Islam. This problem should be resolved by our IMAM.. (last task given)!

3:33 Allah chose Adam, Noah, Abraham Family (Ahlulbayt) and Imran Family (Jew and Christian) than from other nations in his day; as a descendant of a descendant of the other. "

61:4. O you who believe! Be you helpers of Allâh as said 'Iesa (Jesus), son of Maryam (Mary), to Al­Hawârîûn (the disciples): "Who are my helpers (in the Cause) of Allâh?" Al­Hawârîeen (the disciples) said: "We are Allâh's helpers" (i.e. we will strive in His Cause!). Then a group of the Children of Israel believed and a group disbelieved. So We gave power to those who believed against their enemies, and they became the uppermost.

>>>>

Keliru Abraham ke Ibrahim? Musa ke Moses? Haurn ke Aron? Ishak ke Isaac? Muhammad ke Ahmad? Isa ke Jesus? dan yang mana satu jantannya dan yang mana betinanya?..hahaha..

Tidak Kami tinggalkan melainkan tertulis dalam KITAB yang NYATA sebelum peristiwa itu berlaku; supaya kamu tidak bersedih hati di atas apa yang luput daripada kamu dan tidak terlalu bersukacita di atas apa yang telah Kami kurniakan pada kamu." (alquran)

slmkum

King's of The Los Kingdom/.. zapp___zZ The Last ZORRO 1909M/BobspekRockers alKubra/Azurri68...

>>

.Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing

>>

'PERISTIWA TRAGEDI KAIN CINDAI' -DYMM Sultan Kelantan, SULTAN MUHAMMAD KE V dari titihan Raja Long Yunus, yang mana Raja Long Yunus telah dilantik oleh datuknendaku Tengku Sri Maharaja Datuk Perdana Menteri LONG GAFFAR (1576M) menjadi Sultan Kelantan dan dipanggil 'Pemerintahan Raja Dua Bersaudara'. Dalam "Tragedi Kain Cindai' itu, Raja Long Gaffar telah membunuh Sultan Kelantan di masa itu, iaitu Raja Long Pandak dan menukar Sultan baru (Raja Long Yunus). Kemudian Datuknendaku membuat pemerintahan HUDUD YANG PERTAMA DI KELANTAN dan berpusat di pondok LIMBAT; Wasiat Raja Long Gaffar pada Raja Long Yunus; "ADIK! KAMU DUDUK DALAM ISTANA, BIAR ABE PEGANG RAKYAT"

>>

Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing

>>> Warisan Siti Qantura-Nabi Ibrahim (Yunnan) adalah Puteri yang ketiga bernama Puteri Linang Cahaya; yang berkahwin akan dia dengan Ketua Wali 7 di Nusantara, Syed Hussien JamadilKubra @ Jamaluddin AlAkhbar @ salasilah alKubra, dari kerajaan kesultanan Delhi/Deccan (Zoroaster-Monghul-Ahlulbait); yang BERWASIAT KEPADA ZURIATNYA SUPAYA, 'JANGAN MAKAN IKAN KEKACANG'..!! Maka dari keturunan keduanya lahirlah Syed Ali Nurul Alam (Empayar PATTANI) Yang juga digelar Sultan Qumbul atau Patih Gajah Mada, Merupakan moyang kepada Wali Songo yang ternama itu. Dari keturunan keduanyakah akan lahirnya Bani Tamim itu? Yang disebut 'PEMBANTU AL-MAHDI DI AKHIR ZAMAN'...??!! yang mana akhirnya Bani Tamim akan menyerahkan kekuasaannya pada seseorang yang digelar AL HASYIMI .... wallah'hualam..

Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing

KISAH SYAIDINA HASSAN RD DENGAN KHALIFAH MUAWWIYYAH

Suatu hari, ketika berdebat dengan Muawiyyah (Penulis Wahyu zaman Nabi iaitu bapa kepada Yazid Laknatullah), maka nenda kita Syaidina Hassan telah berkata:

"Wahai Muawiyyah! Bagaimana kami harus mengikut kamu di dunia ini sedangkan kami adalah KHALIFAH kamu di akhirat. Dan bagaimana kami perlu mengikut kamu di dunia ini sedangkan kamulah yang perlu mengikut kami di akhirat nanti".

______________________________

KATA-KATA SYAIDINA HUSSEIN rd:

"Kalaulah Tidak kerana aku mahukan RAHMAT ALLAH (alquran) tersebar di antara kalian, nescaya aku tidak akan berbicara dengan kalian semua"

BookGlobal.Net

Pada yang mengenal ahlulbait - JANGAN AJARI MEREKA ITU KERANA ALLAH TELAH MENGAJAR MEREKA (sheikh Tijani-Sunni Iraq) .....
>>>>>>> >>>>>>>

KITAB-KITAB RUJUKAN BANI HASYIM QURAISY MQTK

(for Malay language only)

*******

*******

b>

http://bobspek.blogspot.com/2011/03/kitab-kitab-mqtk.html

*

**

"ALIF MIM TA -ALIF MIM TA"