Rasulullah saw mengaitkan Ahlul Bait Baginda dengan Al Quran dan ditegaskan lagi bahawa keduanya tidak akan terpisah hingga ke akhirat kelak. Islam yg kita amalkan hari ini adalah Islam tanpa ahlul bait dan cahaya Al Quran. Kedua-duanya adalah satu pakej yg tidak boleh dipisahkan. Malah Baginda menegaskan selagi mana manusia berpegang kepada keduanya selepas kewafatan Baginda maka umat Islam tidak akan sesat.
Persoalannya apakah ulama dan umat Islam sekarang berpegang kepada kedua-duanya atau hanya memegang kepada ayat-ayat Al Quran sahaja? Apakah dengan berkata “kami menghormati dan menyayangi ahlul bait” tanpa perlu berbai’at sudah dikira mencapai maksud “berpegang” seperti yg ditegaskan oleh Rasulullah saw didalam hadis diatas. Bukankah berbai’at adalah cara dan tertib yg sepatutnya menjadi amalan didalam soal menzahirkan perhubungan yg sebegini.
Kita masih mempunyai Al Quran ditangan kita. Tetapi adakah Al Quran yg ada ditangan kita itu masih mengandungi cahaya atau sekadar tinggal tulisan sahaja? Sepatutnya dengan meneliti kedua-dua hadis diatas kita sudah boleh keluar dari kekeliruan. Ini juga sudah cukup utk menjawab kenapa umat Islam lemah dan berpecah belah sekarang. Yang sepuak berpegang kepada ahlul bait dengan caranya, yang sepuak lagi berpegang kepada Al Quran dan Sunnah dengan caranya, yang sepuak berpegang kepada ulama-ulamanya, yang sepuak pula menolak Tarekat, Tasawuf dan Sufi dll.
Tidak ada satu pun yang berpegang dengan sebenar-benar pegang kepada yg sepatutnya dipegang secara menyeluruh dan mengikut tertib yang sebenar. Semuanya membuat kesimpulan yg membuat mereka tersimpul dengan ilmu-ilmu dan fahaman-fahaman mereka sendiri. Ulama sekarang hanya berpegang kepada ayat-ayat Al Quran, Sunnah dan ilmu-ilmu dari kitab-kitab ulama terdahulu. Itu semua hanya kulitnya sahaja. Yang menjadi isinya adalah cahaya Al Quran. Berpandukan semua yg diatas tanpa Nur Ilahi apa jadinya?..
Kalau dilihat kepada susur galur Rasulullah saw, ianya bermula dari Nabi Adam as. Ini bermakna pertalian kenabian itu berpunca dari sumber yg satu. Daripada Rasulullah saw pula susur galur itu bersambung kepada Syaidina Hasan ra dan Syaina Husin ra. Malah menegaskan bahawa umat Rasulullah saw akan bersumber daripada keturunan Syaidina Hasan ra dan Syaidina Husin ra. Daripada keturunan Syaidina Hasan ra pula Islam berkembang ke Nusantara melalui Maulana Malik Ibrahim. Ini bermakna bangsa Arab dan Melayu mendapat Islam daripada Rasulullah saw dan ahlul bait Baginda.
Hari ini Arab dan Melayu menjadi dua kaum terbesar penganut agama Islam. Ianya tidak berhenti disitu tetapi akan bersambung pula kepada Imam Mahdi dari keturunan Syaidina Husin ra. Apabila Islam disebut akan dibangkitkan semula dari timur, maka Nusantara menjadi fokus kerana pengembangan Islam sebelum penjajahan berhenti di Nusantara. Dimana ianya berhenti maka disitulah ianya bermula kembali. Itu sudah menjadi tertib pada urusan Allah SWT. Dari Timur iaitu Nusantara maka Islam akan bergerak semula ke Tanah Arab.
Susunan ini sudah sepatutnya menjelaskan bahawa Islam sekarang sedang berpusat di Nusantara tetapi tanpa Daulah dan Khalifahnya. Kemana Islam berpusat maka ada dua perkara yg akan mengiringi Islam iaitu Ahlul Bait dan Al Quran. Jika ditinggalkan salah satu daripadanya maka akan terjadilah seperti pesanan Rasulullah saw. Inilah masalahnya yg terjadi sekarang. Bukankah apa yg umat Islam perlakukan kepada ahlul bait Baginda maka itu juga yg sedang diperlakukan oleh orang kafir terhadap umat Islam.
Baginda SAW sudah memaklumkan bahawa Bani Hasyim akan terpinggir selepas zaman Baginda sehinggalah datang Pemuda dari Timur untuk mengembalikan semula hak pada yg hak. Apa yg akan terjadi diakhir zaman ini sudah Rasulullah saw kabarkan. Rasulullah saw adalah sumber cahaya, Syaidina Ali ra seumpama pintunya dan ahlul bait seumpama kuncinya. Apa yg ada pada umat Islam sekarang? Ahlul bait bukan milik Syiah. Sunnah bukan milik sunni. Kiblat bukan milik Wahabi. Islam itu milik Allah. Maka ambillah Islam itu dari sumber yg dijamin...
Setelah kewafatan Baginda maka cahaya wahyu itu diwariskan pula kepada ahlul bait Baginda. Jika perhubungan ahlul bait dengan manusia terputus maka terputuslah cahaya Al Quran dengan manusia. Manusia boleh terus menggunakan Al Quran tetapi apa erti Al Quran tanpa cahayanya. Nur Muhamad seumpama cermin yg membiaskan Nur Ilahi ke hati manusia. Maka Nur Ilahi pada Al Quran dibiaskan ke Rasulullah saw dan seterusnya cahaya itu dibiaskan ke Syaidina Ali ra. Cahaya itu terpecah dua ke Syaidina Hasan ra. dan Syaidina Husin ra. dan seterusnya kepada ahlul bait yg bertaraf Imam dan cahaya itu bersatu kembali pada Imam Mahdi dan seterusnya Nur muhamad itu kembali semula ke Rasulullah saw. Dimana ia bermula disitu ianya berakhir. Manusia yg bersama cahaya itu seumpama kaum Nuh yg menaiki bahtera itu.
Rasulullah saw bersabda:
“Ketahuilah, sesungguhnya perumpamaan Ahlul Baitku diantara kalian adalah seperti kapal Nuh diantara kaumnya. Barangsiapa menaikinya , iapun selamat dan siapa tertinggal olehnya, iapun tenggelam,” ( HR. Al Hakim )...
Menolak wakil Rasulullah saw bererti menolak Rasulullah saw. Menolak Rasulullah saw bererti menolak Allah SWT.
Apakah ini terjadi atau tidak maka nilailah sendiri. Manusia selalu alpa dan lalai. Di mulutnya mengucapkan Allah dan Rasul setiap hari, tetapi tidak sedar dia sedang mengkhianati Allah dan Rasul. Mulut mengucapkan tapi hati mereka mati sebenarnya. Jika umat Islam melantik pemimpin selain daripada wakil Rasulullah saw maka mereka secara langsung atau tidak langsung menolak Allah SWT. Bernaunglah mereka dibawah pemimpin itu untuk kesenangan didunia ini. Solat mereka sudah tidak bererti kepada Allah SWT. Jika solat sudah tidak bererti maka faham-fahamlah sendiri.....
Allah berfirman;“(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”
(Surah Al-Baqarah : 30)
Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: (Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan). Allah berfirman: (Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim. (Surah Al-Baqarah 124) ..... Kalau Islam ditadbir dengan pilihan dan kehendak manusia maka manusia yang bertanggung jawab sepenuhnya tetapi jika Islam ditadbir mengikut kehendak Allah SWT oleh manusia yang dipilihNya maka manusia itu akan dibantu. Adakah umat Islam dibantu sekarang? Jawapannya juga TIDAK .
Umat Islam ditinggalkan oleh Allah SWT kerana umat Islam sendiri yang memilih pemimpin mengikut kehendak mereka . Pemimpin yang tidak dikurniakan ilmu khusus dan petunjuk untuk mentadbir Islam hanya akan menyebabkan ilmu-ilmu baru terhenti dan umat Islam jadi lemah dan mundur. Dalam soal melantik pemimpin adakah umat Islam selama ini mengikut ‘priority’ atau tertib yang betul. Diantara pilhan Allah SWT, pilihan Rasul saw dan pilihan manusia, yang mana satu perlu diutamakan? Jika anda mengatakan kita perlu mengutamakan pilihan manusia lebih dulu maka terimalah apa yang terjadi sekarang tanpa perlu merungut atau mengeloh. Itukan pilihan anda sendiri...
- Tanpa makrifat Al Quran hanya tinggal ayat sahaja. Ayat-ayat Al Quran seumpama kulitnya dan cahaya Al Quran itulah isinya. Mesjid indah tetapi jemaahnya tidak mendapat hidayah. Yang ada pada umat slam sekarang semuanya kulit belaka. Baik dari sudut agama mahupun dari sudut harta. Umat Islam mempunyai hasil bumi yang kaya tetapi pada hakikatnya orang kafir yang menguasainya. Apa saja yang Allah SWT berikan kepada umat Islam hanya tinggal kulitnya sahaja. Isinya sudah kosong. Ilmu-ilmu agama yang sepatutnya membawa manafaat kepada umat Islam tetapi bertukar menjadi bahan perdebatan yang memecah belahkan umat Islam sendiri. Hasil bumi yang sepatutnya memantapkan ekonomi umat Islam akhirnya kekayaan itu menyebabkan umat Islam menjadi sasaran oleh orang kafir untuk merampas kekayaan itu.
"Katakanlah: “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak."
(Al-Kahfi, Ayat 103-ayat 105)..
QS. 33:33: "...Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu 'ahlulbait' dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya". Bahkan fungsi utama dari pengutusan seorang nabi atau rasul itu adalah untuk menegakkan kerajaan imam dan umat yang kudus.Alkitab dan Al-Qur’an menyatakan:
“Jadi sekarang, jika kamu sungguh-sungguh mendengarkan firman-Ku dan berpegang pada perjanjian-Ku, maka kamu akan menjadi harta kesayangan-Ku sendiri dari antara segala bangsa, sebab Akulah yang empunya seluruh bumi. Kamu akan menjadi bagi-Ku kerajaan imam dan bangsa yang kudus. Inilah semuanya firman yang harus kaukatakan kepada orang Israel”. (Keluaran 19:5-6)
“Dan ketika Kami mengambil perjanjian dari nabi-nabi dan dari kamu, dari Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa putera Maryam, dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang teguh”. (QS. 33:7)
Sedangkan mengenai perjanjian [mitsaq] yang dimaksudkan itu, maka Al-Qur’an menjelaskan lagi, “Dan sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian dari Bani Israil dan telah Kami angkat di antara mereka 12 orang pemimpin” (QS. 5:12)...
- “Dan Kami jadikan di antara mereka itu imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami”. (QS. 32:24; 21:73; 28:5). Penutup, barangkali hadis Nabi saw yang pernah diriwayatkan dalam Sahih Bukhari[16] ini bisa membawa kita kepada kontemplasi mendalam yang selaras dengan pendewasaan beragama. “Jabir ibn Samurah mengatakan, ‘Saya mendengar Nabi berkata: “Akan ada duabelas pemimpin setelah saya.” Kemudian mengatakan, “Saya mendengar ayah saya mengatakan ia mendengar Nabi berkata, “Mereka berasal dari suku Qurays”’”. Wallahu’alam...
(Copy dr Bobspek Quraisy AlHasyimi).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.