Sunday, October 4, 2009
INFO KEMATIAN WALIALLAH: TOK AYAH MAT JIBRIL @ SYEIKH AHMAD IDRIS QUTUBULRABBANI SULTAN AULIA

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
"Apabila meninggalnya seorang ABDAL (WALIALLAH ) itu, maka akan diganti tempatnya dengan kiraan 40 orang wali menjadi Badal yang akan menduduki tempatnya" -Dari kitab Penghantar Ilmu Tarikat & ; Tasauf oleh Prof. Abu Bakar Atdjeh
KEMATIAN SEORANG WALIALLAH
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ. ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً. فَادْخُلِي فِي عِبَادِي. وَادْخُلِي جَنَّتِي
ALFATIHAH...
AlMarhum YM Sidi Sheikh Ahmad Idris QutubulRabbani Sultan Aulia @ Tok Ayah Mat Jibril Kuala Krai
alfatihah dihadiahkan kepada YM almarhum Tuan Guru kami Pertubuhan Pelajar-Pelajar AlQuran Tok Kadok Kelantan MQTK-BANI HASYIM-QURAISY YM Syeikh Ahmad QutubulRabbani SultanAulia @ Tok Ayah Mat Jibril Kuala Krai, yang berumur dalam lingkungan 90an; yang telah meninggal dunia pada isnin malam selasa bersamaan 28 Sept 2009M. Beliau merupakan seorang WALIALLAH bertaraf QUTUBULAQTAB. Beliau merupakan antara 40 individu tertua Majlis Lembaga Adat Majlis Quraisy Tertinggi Kelantan MQTK Bani Hasyim yang mengarahkan Pertubuhan Pelajar AlQuran Tok Kadok MQTK Kelantan, Madrasah Quran Tok Kadok (MQTK), Alumni Nulli Secundus dan UMNO bahagian Machang dan Pasir putih di bawah kelolaan Ybhg. Cikgu Ariffin bin Che Arrifin (PKHEM) Sek.Men.Keb.Hamzah1 (Machang, Kelantan) dan Cikgu Zaim bin Zainal Abidin sebagai Ketua Cawangan Umno di Pasir putih supaya berusaha menyebarkan kitab-kitab muktabar pegangan datuk-nenek dari peninggalan Kerajaan Kesultanan Ahlulbait Pattani-Kelantan-Mekah.
Kematian beliau dihadiri ramai orang daripada Pondok Kelantan dan tokoh-tokoh politik tanahair termasuk ahli-ahli ABIM, PPP dan UMNO dari Pasir Putih (Cikgu Zaim), (Cikgu Che Yahya Ariffin ) Machang dan Kuala Krai seperti Ybhg. En. Azzizuddin Hussein sendiri (UMNO Kuala Krai) dan wakil-wakil saudara-mara yang rata-ratanya ahli UMNO dan PAS Kota Bharu. Penduduk-penduduk kampung setempat yang menjadi penyokong kuat PAS pula turut serta bersama-sama menyolatkan jenazah beliau sehingga ke tanah perkuburan. Alhamdulillah.. kematian WaliAllah membawa rahmat apabila pelbagai pegangan ideologi berbeza boleh bekerjasama dan berukhwah dalam keadaan persaudaraan dan harmonis bagi menuju kepada KALIMAH YANG BERSAMAAN di antara satu dengan yang lain iaitu ketaqwaan kepada Allah semata-mata.
Sejarah hidup arwah TokAyah Mat Jibril@Shekh Ahmad QutubulRabbani adalah hanya dikenali sebagai orang gila isim yang hanya berbasikal, memakai Kot Labuh, berserban hitam dan berstokin merah dan tidak pernah meninggalkan kasut 'HighCut'-nya, walaupun ada di antara anak-anaknya yang telah bergelar Datuk, ahli perniagaan dan orang-orang besar Malaysia. Itulah cara hidup WaliAllah yang tidak mencari pengaruh di mukabumi. Sesungguhnya hanya waliAllah mengenal WaliAllah! Alfatihah......
SEKITAR PENGURUSAN KEMATIAN YM Tuan Guru Sheikh Ahmad QutubulRabbani sultanAulia Tok Ayah Mat Jibril Kuala Krai
selasa 26 sept 2009M. Alfatihah.. Sesungguhnya kasih Kami pada TokAyah Mat bagaikan kasih anak pada ibu dan bapanya.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)
Menghadiri Jenazah adalah salah satu dari 5 perkara yang perlu tergesa-gesa dalam Islam. Pertama memberi makan-minum tetamu, kedua membayar hutang jika mampu, ketiga mengiringi jenazah atau menguruskannya; keempat melawat orang sakit dan yang kelimanya mengawinkan anak-anak perempuan yang sampai umurnya dengan LELAKI YANG SOLEH.
Kematian Wali-wali Allah akan dapat dikenali tanda-tanda keberkatannya melalui keadaan perarakan jenazah ke tanah perkuburan akan diiringi oleh AWAN REDUP PUTIH yang mana awan itu akan memayungi jenazah dan pengiring, hujan renyai-renyai yang tidak menyusahkan hadirin sebagai satu tanda RAHMAT ALLAH, bunyi Ayam Jantan berkokok dengan kuat tanda SALAM dari Malaikat, burung-burung berkicau dengan riuh-rendah tanda ROH-ROH suci menyambut kehadiran kekasih Allah bukannya disambut dengan kala-jengking atau ular atau binatang ahli neraka. Manakala pula yang menjadi pengiringi adalah dari orang-orang soleh dan anak-anak Tahfiz yang putih berseri wajahnya..
Dan semasa DOA Talkin dibacakan di perkuburan, akan turun hujan sekejap (ore Klate panggi Hujan Ghuuu'.. gitu..-sekejab aje!). Itumenandakan doa itu mustajab, insyaAllah. Itu adalah pengajian dan pegangan Tok Ayah Mat Jibril dan Kami MQTK dan pegangan wali-wali Allah terdahulu (rujuk Ulama Pondok). Sebagaimana Kematian munafik, fasik dan sekutu Iblis dan hawa nafsu boleh dikenal kematiannya melalui tanda-tandanya seperti mati di Disko, tempat pelacuran, Hospital dan dikelilingi oleh individu-individu yang tidak Islam atau belum tentu habis kitab muktabar atau paling tidak pun tak tahu mandi wajib!! Subhanallah..! Sedangkan doa kita adalah:
Nah!! Itu Intinya. Kematian mukmin yang disaksi wali-wali (kekasih) Allah, bukannya dikelilingi oleh wali-wali setan seperti munafik, fasik, zindik dan orang-orang yang jahil.
Paling tidak orang-orang bakal AHLI NERAKA ini akan mati dalam keadaan sakit keseorangan atau kebiasaannya akan mati disiksa badannya (Pembedahan) sedangkan wasiat nenda Rasulullah SAW supaya dijaga tubuh-badan Jenazah yang mati kerana jenazah itu akan merasai kesakitan selepas kematiannya (ini hukum laa..sedara.. sabda Rasul!!- mana boleh tolak? Kalau tolak pegangan KITAB; maka gugur AKIDAH serta-merta walaupun berhaji 70 kali sekalipun. Berhati-hatilah..! Ingatlah! Hanya ada dua sahaja kematian iaitu mati dalam keadaan mengucap (Kalimah Syahadah) atau mati dalam Su'ul Khatimah iaitu mati dalam keadaan tidak boleh mengucap. na-uzubillah... MasyaAllah-HulaQuwatailabillah!!
Aswad bercerita dari Abdullah ibn Umar yang Rasulullah SAW telh bersabda: "Sesungguhnya Di antara makhluk Tuhan tu ada manusia yang berjumlah 300 orang yang sama hatinya dengan HATI ADAM as, 40 manusia yang sama dengan hati nabi Musa as, 7 hati manusia yang sama dengan HATI nabi Ibrahim khalilullah, 5 hati manusia yang sma dengan HATI JIBRIL RuhulQudus, 3 hati manusia yang sama dengan HATI MIKAIL dan satu hati manusia yang sama dengan HATI ISRAFIL.
Wali-Wali merupakan QUTUB atau Khalifah Allah di mukabumi ini. Wali-Wali Allah itu adalah hamba-hamba Allah yang disucikan. Mereka itu ke sana ke mari hanya untuk mempertahankan agamanya semta-mata. Mereka itu satu golongan yang cinta-menyintai kerana RUH ALLAH (alQuran) semata-mata. Terdorong oleh rasa cinta (mahab'bbah) kepada Allah semata-mata bukannya kerana ikatan kekeluargaan, harta-benda atau kasih sayang selain Allah. Wajah mereka itu gilang gemilang. Mereka tidak gentar dantakut di kala orang lain cemas dan ngeri. Tidak merasa khuatir di kala orang lain bimbang dan berputus asa. Tetap tenang dan redha di kala orang lain kecewa. Sentiasa tersenyum di kala orang lain gelak mencerca. Ucapan mereka hanya SALAM.. SALAM, pada yang mencerca. Sabar itu tauhid mereka. AlQuan itu IMAN mereka. Pemimpin Umum mereka Nabi Khaidir dan wali terakhir adalah Imam Mahdi. Sempurnanya Islam kerana ALQURAN sudah pun berada di sisi kita sebagai saksi. Firman Allah: "Dengan PERKATAAN mana sesudah AlQuran mereka mahu beriman; Dan AlQuran itu adalah yang memberi sebab-sebab KEMULIAAN kepada kamu,. Tidakkah kamu memikir?"
Menurut kitab Penghantar ilmu Tarikat & Tasauf oleh Prof.Dr.Abu Bakar Adtjeh bahawa kematian seorang ABDAL akan diganti oleh 40 orang waliAllah yang akan menempati makam beliau. Dan sesungguhnya hanya WALIALLAH mengenal WALIALLAH.SUBHANAKALLAH-HUMMA-SALAMMU-WALHAMDULILLAH
By bobspek68@gmail.com @2009 ahlulbaytmalaysia.com
























No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.