File: Zorro MQTK 2006/2013 - Info 111 Date:
1.-Firman Allah : “Adakah mereka itu dengki kepada manusia? Sedangkan Kami telah memberi kepada KELUARGA IBRAHIM Kitab & Hikmah; dan Kami telah memberi kepada mereka itu satu kerajaan yang besar” QS
- Sabda Nenda Rasulullah SAW: “4 golongan yang layak menerima SYAFAAT nabi SAW di Padang Masyar iaitu yang menghormati keturunanku, yang membantu urusan mereka, yang memenuhi keperluan mereka & yang menyintai dengan lidah dan hatinya”.
*nota: Kerja2 Ahlul’Bait WAJIB dibantu; bukannya dihalang & diganggu. Hukum Kufur Murtad.
2. Info perkembangan MQTK 2006/2013. Pertamanya kita research (UNIT ALfURQAN) di sekolah2, didapati generasi baru terlalu buta/TIDAK TAHU LANSUNG tentang ilmu sebenar Islam sehingga gejala ‘Jahil Murakkab’ telah merosakkan generasi baru rakyat Malaysia yang nyatanya 70% (Jahil Murakkab Community) melibat kaum kerabat kami, Ahlul’Bait Rasulullah SAW.
3. Bagi MQTK khususnya dari Biro Pertubuhan Kerabat Dato’ Syed Kadok Kelantan, Kami berpegang kepada satu wasiat khas Datuk-Nenek (Keluarga Nabi Ibrahim as); yang mana wasiat itu menggariskan beberapa PERINTAH (compulsory order):-
A. Program IQRA’
i. iaitu satu program membasmi buta huruf (kajian dapati Negara lemah kerana buta huruf) iaitu satu modul pembelajaran yang sistematik , tersusun dan berintegrasikan KEBENARAN (AlQuran) semata-mata.
ii. Anak2 kaum kerabat ‘diwajibkan’ sempurna ilmu Fardu Ain masing2 melalui pengesahan yang bertandatangan dari Lembaga Adat Pertubuhan; di mana modul IQRA’ wajib disempurnakan sebelum akil Baligh.
iii. Modul IQRA’ itu dilaksanakan melalui kaedah pembacaan kitab-kitab muktabar pegangan Datuk-Nenek kita sendiri iaitu AHLUL’BAIT Rasulullah SAW (senarai kitab2 dilampirkan bersama).
iv. Yang mana kitab2 tersebut adalah berdasarkan dari 3 sumber iaitu Tauhid, Fekah, Tasauf. 3 sumber ini pula adalah asas kepada 4 cabang ilmu wajib iaitu syariat, tarikat, hakikat dan makrifat.
v. Kitab-kitab wajib pegangan ahlul’Bait adalah satu cara yang telah dipilih dan dipermudahkan melalui penafsiran ke dalam bahasa Melayu. Alhamdulillah, setelah berusaha hampir 14 tahun, usaha menterjemahkan kitab2 muktabar pegangan Datuk-Nenek Ahlul’Bait telah berjaya direalisasikan; di mana ianya telah pun didapati tersebar di pasaran sekarang. Alhamdulillah!... semuanya dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
B. PENGESAHAN RASMI:
Untuk makluman, senarai kitab-kitab yang disenaraikan oleh pertubuhan MQTK 2006/2013 adalah dari tunjuk ajar dan pemilihan & pengesahan oleh orang-orang tua kaum kerabat kami iaitu:-
i. YM Ulama Tuan Guru Hj Hasyim bin Abu Bakar Presiden Persatuan Pondok Kelantan
ii. YM Ulama Tuan Hj Ab. Hamid (Paksu Mid) Kuala Nerang, Kedah
iii. YM Ulama Sahibul Sahamah Dato’ Kaya Perba Mufti Kelantan
iv. YM Pak The Wahab Nggong Kuala Krai Hamba Allah Yang Soleh
v. YM Tok Ayah Bidin Jedok Ahli Sufi (pengamal Darrun Nafis)
vi. YM Ustaz Pa AlJaisi (mengenal diri & Wali Allah) Penulis/Veterans Writer
vii. YM Tuan Hj Nik Lah Nik Mat (Pak Nik Lah) Cucu Dato’ Syed Kadok IV
C. PROGRAM PEMULIHAN & PEMELIHARAAN
Melalui kontrak sulit dengan pembekal utama dan Syarikat Jaffar Rawas, pengedaran kitab-kitab muktabar pegangan Ahlul’Bait Rasulullah SAW telah pun melalui fasa II perancangannya; di mana sasaran Kami adalah terhadap golongan ibu bapa kerana sabda Rasulullah SAW; “Ibu bapalah yang mencorakkan seseorang anak itu menjadi Yahudi atau Majusi..!”
4. Dua partikel yangmenyumbang kepada lemahnya iman & membiaarkan Iblis bermaharajalela adalah dari perkara2 berikut;
A. Kelemahan ibubapa:-
i. Didefinasikan sebagai ayah, ibu, emak, Bonda, penjaga, pengawal, penanggung atau lebih besar lagi dipanggil PEMERINTAH/PENGUASA.
ii. Penguasa/ ibubapa mencorakkan anak2 gaya Yahudi $ Majusi.
iii. Tidak mengajar dan menunjuk ajar tentang keperluan fardhu ain seorang mukmin sejati sebagaimana yang digariskan Allah & RasulNya.
iv. Tidak tahu Ilmu Kitab Suci & Kitab2 syariat
v. Tidak tahu nak guna Al Quran dan mengajarkannya. Tidak tahu Al Quran itu adalah pemberi syafaat di Padang Masyar.
vi. Tidak tahu tapi bodoh sombong untuk belajar dan mengambil tahu kitab2 yang wajib dicari, dibeli, dibaca, diamal & disimpan sebagai keperluan untuk di masa depan dan generasi seterusnya.
vii. Tidak percaya benda yang Ghaib.
viii. Loba pada dunia. Penting diri sendiri (selfish).
B. Kelemahan Anak2:-
i. Didefinasikan sebagai zuriat, kanak-kanak, remaja, anak mukim, yang ditanggung, pelajar, pekerja atau lebih tepat lagi iaitu RAKYAT/PENGIKUT.
ii. Tidak didedahkan dengan ilmu-ilmu akhlak (kerohanian) seperti kisah Wali-Wali Allah dan sejarah kegemilangan datuk nenek yang bertaraf RASUL-Rasul Allah spt Nabi Ibrahim, Nuh, Ismail dan Nenda kita sendiri Rasulullah SAW. Katakanlah: “Kami ikut agama BAPA kami IBRAHIM, Ishak dan Yaakub…” - alquran
iii. Tidak tahu asal usul (tak kenal BAKA’).
iv. Tidak diajar bagaimana hendak mengenali & MEMBEZA Wali Allah & Wali Syaitan
v. Tidak mengetahui kitab-kitab muktabar pegangan kaum kerabat yang SIQAH.
vi. Terdeah lalu terkeliru akibat asyik dengan budaya luar yang diekploitasi oleh pihak Media yang mana pengendali media itu sendiri adalah dari orang Malaysia berdarah Bani Hasyim juga (Ingat! Abu Lahab Laknatullah juga dari Bani Hasyim).
vii. Tiada ‘keberkatan’ kerana berada dalam satu sistem yang sememangnya dikutuki oleh Allah & RasulNya. Firman Allah: “ Lalu mereka itu diwarisi oleh keturunan-keturunan yang jahat yang menguasai KITAB; dan mencuaikan sembahyang…” QS 3
viii. Tidak tahu FUNGSI AL QURAN dan cara menggunakannya Firman Allah: “Al Quran adalah kitab suci yang menjadi petunjuk dan penawar bagi orang-oraang yang beriman; dan sebaliknya bagi orang-orang yang ingkar (kafir), menjadi satu penyakit yang menyumbatkan telinga…” QS 41:44
5. Cara Penyelesaian adalah dilampirkan bersama di atas tajuk DOKUMEN KONTRAK MEMBASMI JAHIL MURRAKKAB & PENGEDARAN KITAB-KITAB
PENUTUP
6. Kami juga diperintahkan MEREALISASIKAN satu modus operandi bersepadu iaitu memilih, mengumpul, melatih & memprogramkan sejumlah 313 calon-calon berketurunan Rasulullah SAW yang berpusat di Serambi Mekah, Kelantan, antara terbaik generasi baru Bani Hasyim (‘atau hok toklih make ike kekace..’) untuk dilatih sebagai pelapis generasi terdahulu dan melaksanakan wasiat-wasiat Datuk-Nenek Kami dan perintah ini disaksikan di hadapan Kaabah oleh wakil kerabat yang siqah sebelum ini (program sulit Ahlul-Bait, wajib diketahui individu tertentu tapisan D1-MQTK,- TUGAS UTAMA MQTK SEMASA..!!).
7. Lampiran Dokumen Kontrak (no 9 D1 PKSHJKN/MQTK 2006/2013) disertakan bersama.
Sekian, Wassallam.
Yang Menyampaikan Perintah:
YM Nik Mohd Kamal Hj Nik Lah
MQTK 2006/2013 Executive BIRO
Sk:
i. YMM YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA (SULTAN T’GGANU)
ii. YMM SULTAN ISMAIL PETRA (SULTAN Kelantan)
iii. YTM TENGKU MAHKOTA KELANTAN
iv. YDH KETUA POLIS NEGARA
v. YDH SAC1 KETUA POLIS KELANTAN
vi. DATO’ KAYA PERBA MUFTI KELANTAN
vii. KERAJAAN NEGERI KELANTAN
viii. YDP PERTUBUHAN KERABAT LONG GAFFAR KELANTAN
ix. AJK MQTK 2006/2013 AlFurqan Committees Unit
x. PKSHJKN WORLDS COMMITTEE ASSOSIATION
xi. PERTUBUHAN DATO’ SYED KADOK KELANTAN
xii. PERTUBUHAN RAJA JEMBAL KELANTAN
xiii. PERTUBUHAN DATO’ TAMAR BENDAHARA
xiv. SEMARANG AHLULBAIT UNION
xv. PERSATUAN WALI 9 INDONESIA, Jakarta.
xvi. PANAN Royal Unions, Kerisek PATTANI, THAILAND
VIDEO MQTK (RAJA MUDA REMAN LONG GAFFAR) BERSAMA YM DATUK KAYA PERBA MANTAN DATO MUFTI KELANTAN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.