Pandangan orang lama: >
Sebenarnya fenomena itu wujud kerana krisis identiti... kebanyakkan pelajar2 asalnya dari golongan di kampung2 dan berada dalam kongkongan ibubapa; maka apabila ke IPTA @ lain2 institusi pengajian tinggi dan boleh memegang wang sendiri melalui biasiswa atau pinjaman, maka pelajar2 mula hilang rasa kenegaraan dan lupa akan jatidiri; kebanyakkan mereka merasa sudah cerdik dan ingin menonjolkan sikap keakuan dan kepimpinan; maka lahirlah identiti yang cuba menyerlahkan sikap, ego demi menyatakan bahawa 'AKU JUGA PEMIMPIN' dan aku juga berkebolehan...;
lantaran itu wujudlah goongan pelajar yang cuba menentang arus yang sedia ada atau disebut juga Pembangkang; dan dari golongan inilah biasanya melahirkan kelas pelajar yang agresif dan extremis dengan pembawaan watak masing-masing; mencari populariti murahan dan akhirnya sanggup untuk menentang dasar yang sedia ada.
Golongan pelajar sebegini mudah dipengaruhi oleh anasir2 yang berkepentingan dan mempunyai sumber kewangan yang cukup; dan pelajar2 sebegini amat cenderung kepada sifat yang berbentuk hiburan semata atau terlalu cenderung kepada keagamaan yang melampau sedangkan hakikatnya mereka juga tak terlepas dari SUKA UNTUK BERHIBUR tetapi menyembunyikan diri melalui perilaku yang sopan dan bersahaja..!! Nilai-nilai ini akan lebih terserlah apabila mereka berjaya menamatkan pembelajaran mereka dan bekerja dengan gaji yang lumayan, mempunyai keluarga dan akhirnya cenderung terus pada pembawaan asal mereka di kampus dahulu disebabkan sudah menjadi 'TABIAT'; dan sukar diubah kerana faktor ego dan keakuan tetap wujud dalam diri; dan sifat inilah yang amat diberi perhatian di dalam alQuran iaitu sifat 'MUNAFIK';
Biasanya golongan ini biasanya amat cenderung untuk irihati akan golongan senior mereka masa di sekolah dahulu atau rakan sebaya yang pada asalnya menjadi kepala mereka di sekolah rendah atau menengah; Mereka cuba membuktikan pada senior/rakan sebaya yang mereka takuti/hormat di peringkat sekolah bahawa mereka sudah berjaya dan sudah terlepas dari kongkongan @ fobia terhadap kepala-kepala mereka dahulu; dan ditunjukkan melalui kejayaan yang mereka dapati selepas berpisah dengan saingan mereka itu.. ; Di situlah mereka lupa asas displin dan akhirnya memilih jalan yang tidak sehaluan dan akhirnya memilih pihak pembangkang sekiranya saingan mereka itu dulu berada di landasan yang sebaliknya...
Di sini perlu peranan Alumni memainkan watak yang betul dalam merapatkan kembali proses 'saingan' yang bergerak secara diam dan dalaman dan amat merbahaya kerana ia terlalu halus dan sukar dikesan... dan itulah psychology dalam proses kejiwaan manusia menuju pembangunan dalam mewujudkan TAMADUN MANUSIA"..
Identiti dikaitkan dengan asas-asas yang fitrah yang sedia ada bagi sesuatu bangsa itu. Ia merujuk tentang budaya gaya hidup, pemikiran dan sistem nilai. Remaja Melayu lazimnya dikaitkan dengan budaya Melayu yang berasaskan Islam dan membawa cara gaya hidup Melayu dan Islam. Tetapi apabila minda remaja Melayu terdedah dengan pengaruh budaya Barat yang merangsang remaja lepas bebas dan cenderung kepada berpoya-poya dan salah untuk menghadapi saingan terdahulu, maka remaja dikatakan menghadapai krisis identiti. Identiti ini adalah asas pengenalan sesuatu bangsa atau umat yang mendukung sesuatu aliran, kepercayaan, budaya dan tamadun sehingga persepsi yang lahir amat terhubung antara satu dengan lain.
Justru, semakin maju taraf pemikiran dan semakin sophistikated corak hidup manusia, semakin dekat mereka dengan corak hidup yang berpaling kepada undang-undang rimba, dimana yang lebih berpengaruh, samada dari segi wang ringgit atau kuasa dunia, akan mendominasi dan mengambil kesempatan atas pihak yang lemah dan tidak punya apa-apa. Surah Al-Anaam
Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (165),
teks ~Bobspek Quraisy AlHasyimi~
Salam 1MALAYSIA Cinta/Love/Mahabbah adalah anugerah Allah. Berbahagialah orang2 yang tahu meletakkan Cinta pada tempatnya, dan berdukacitalah orang2 yang meletakkan Cinta bukan pada tempatnya. Dan hanya Al-Quran sahaja yang berhak memutuskan tempat yang benar untuk sesuatu kecintaan, bukan bisikan akal dan hawa nafsu mana-mana makhluk.
Nota Tambahan:
A.
kata tokoh akademik Profesor Diraja Ungku Aziz.
Kebanyakan remaja di negara ini kini menghadapi krisis identiti yang menyebabkan golongan ini tidak tahu membuat sesuatu keputusan, kata tokoh akademik Profesor Diraja Ungku Aziz. Beliau yang juga Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berkata kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti masalah remaja kini memandangkan mereka merupakan generasi pelapis negara di masa depan. Maka pandangan Ungku Aziz bahawa remaja perlu dididik untuk berfikir terutama di universiti bagi membentuk personaliti mereka. Merujuk kepada program realiti televisyen seperti Akademi Fantasia (AF) dan iklan-iklan TV, Ungku Aziz berpendapat iklan dan program realiti TV mempengaruhi remaja dalam membuat keputusan dan ini merupakan satu beban kepada remaja untuk menentukan mana yang baik dan tidak untuk diri mereka.
B. Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd. Rahman
Menurut Abdullah Zaik, isu kecelaruan identiti sering dihubungkan dengan persoalan imej atau personaliti.
"Kecelaruan sering dikaitkan dengan keadaan hilang pedoman atau hala tuju perjuangan yang kehilangan visi dan misi. Kecelaruan juga sering difahamkan terhadap perbuatan dan amalan yang tidak selari dengan norma-norma positif dalam kehidupan; Jika tidak dibendung di peringkat awal, tidak mustahil perkara yang tidak diingini akan berlaku.
"Pelbagai program kesedaran melibatkan para belia perlu diperbanyakkan demi memastikan keterlibatan golongan ini bersama masyarakat," katanya.
bro Bobspek bersama en.Zamzuri Abdullah, Ketua Bahagian perancangan dan penyelidikan Dasar (POLISI) Kementerian Pelajaran Malaysia (2011M)
❀♥ Yang kita dapat tidak semestinya yang kita pinta.. ♥❀
❀♥ Yang kita minta belum tentu yang terbaik buat kita.. ♥❀
❀♥ Yang terbaik buat kita tak semestinya Allah suka.. ♥❀
❀♥ Belajarlah redha apa yang kita ada.. ♥❀
❀♥ Itulah yang terbaik buat kita.. ♥❀
❀♥ Walaupun itu bukan yang kita suka.. ♥❀
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.