widgets

DAN AKU DARI QURAISY..

DAN AKU DARI QURAISY..
RAMPAS PALESTINE "2013 .. says: INSYAALLAH.. TUHANKU PASTI AKAN MENOLONGKU..

MQTK

mqtk PERTUBUHAN PELAJAR-PELAJAR ALQURAN
DATUK SYED KADOK KELANTAN (MQTK)
widgeo.net

CONTENT:

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM

Image Hosted by PicturePush - Photo SharingImage Hosted by PicturePush - Photo Sharing

Tuesday, February 21, 2012

USTAZ Dr.UTHMAN ELMUHAMMADY VS ANWAR IBRAHIM

 

Anwar dan Pluralisme Agama: Kritikan Ustaz Muhammad ‘Uthman el-Muhammady

Ustaz (Dr.) Muhammad ‘Uthman El-Muhammady mengkritik ucapan DS Anwar Ibrahim di London yang secara jelas menampakkan sokongan DS Anwar Ibrahim terhadap idea Pluralisme Agama. 

بسم الله الرحمن الرحيم
نحمده ونصلى على رسوله الكريم

Anwar dan Pluralisme Agama – Pengamatan Ringkas[1]
Oleh:
Al-faqir ila’Llah Muhammad ‘Uthman El-Muhammady


Sayu tidak terkira hati kita mengingatkan bahawa asalnya tokoh dakwah Islam yang berfikiran kebangsaan, menjadi aktivis dakwah, penerajunya, gerakan Islam (dengan pemikiran dipengaruhi Maududi, Hassan al-Banna, Syed Qutb, dan yang sepertinya), akhirnya menjadi pendokong aliran John Hicks dengan aliran pluralisme agama dengan implikasi-implikasi rohaniah terakhir. Allahumma sallimna wa ’l-Muslimin. Amin.

Pluralisme agama dalam erti yang dibentangkan dalam gagasan Prof Hicks yang meninggalkan sikap ekslusif Katholik, dan yang sepertinya, menganggap semua agama-agama membawa kepada ‘salvation’, menunjukkan pemikirnya tidak ada keyakinan terhadap agamanya dalam erti yang sebenarnya. Ia timbul daripada pengalaman peradaban dan budaya serta perkembangan pemikiran keagamaan Barat yang pahit dalam sejarahnya. Tidak masuk akal sejahtera bagi Orang Islam yang berimamkan Quran boleh mengikut aliran yang kemuflisan dari segi rohani dan penaakulan berasaskan tauhid seperti ini. Islam mengajarkan semua pengikut autentik para nabi selamat, pengikut nabi salla’Llahu alaihi wa sallam selamat, ahli fatrah yang tidak ada nabi pada zamannya, zaman antara dua nabi, selamat, mereka yang ‘tidak sampai seru’ selamat.

Orang yang berkepercayaan seperti John Hicks dan yang sepertinya ini mungkin akan menjadi ‘lukewarm’ dalam keyakinannya, tidak lagi ia ‘minal-muqinin’ dari kalangan orang-orang yang yakin; mungkin akhirnya ia menjadi agnostic, dijauhkan Allah, walaupun tidak disuarakannya. Pegangan seperti ini membawa kita terlintas persamaannya dengan golongan zindik zaman klasik.

Nukilan bait-bait Rumi rh yang menyebut tentang lampu yang banyak, dan keperluan tidak melihat lampu-lampu tetapi kepada Cahaya, dengan fahaman agama-agama semuanya sah dan menyelamatkan adalah kekeliruan memahami pengalaman musyahadah – spiritual witnessing – sebagai sama dengan akidah kepercayaan dan teologi. Ia kesilapan – dari segi Islam dan ajaran intelektuil-rohaniahnya – yang paling parah. Kalau hakikatnya demikian tentu Rumi rh tidak akan mengkritik agama Kristian,Yahudi, dan musyrikin penyembah berhala dalam ‘Mathnawi’nya, dan ia bukan Ahlissunnah. Tetapi ia memang membuat kritikan itu, dan ia Sunni bukan Syi’i.

Sikap yang menyatakan adanya inti semua agama yang mengatasi bentuk-bentuk lahiriah dan upacara-upacara tidak ada sandaran langsung dalam tamadun Islam dan sejarah rohaninya. Nama-nama yang disebut-sebut untuk menyokong aliran ini, misalnya oleh Schuon, adalah perbuatan ‘menjual nama’ untuk melariskan ‘barangan’. Kenyataan-kenyataan mereka dinukil di luar konteks tulisan-tulisan mereka, ditafsirkan secara tidak sahih, dan lagi di luar daripada konteks dan perihal diri mereka sendiri yang berkenaan itu.

Sebutan tentang Dante yang terkenal dengan ‘Divine Comedy’nya juga tidak berjaya membuktikan beliau (Dante) memandang semua agama ada keabsahannya, menyelamatkan, kalau tidak mengapakah beliau memasukkan Nabi salla’Llahu alaihi wa sallam dan Ali rd dalam ‘neraka’ dalam bahagian ‘Inferno’ dalam buku agungnya itu, menuduhnya sebagai ‘the chief of those who create schisms’ – ketua mereka yang mengadakan golongan serpihan agama yang sesat? Dante yakin tentang kebenaran ultimate agama Katholiknya. Gubahannya itu bertujuan untuk itu. Bagaimanakah buku demikian boleh menjadi bukti kebenaran pluralisme agama?  Tentang ‘tranquility and peace’ atau kedamaian rohani dan keamanan tercapai oleh manusia bila ia berhenti daripada kerakusannya, itu peraturan rohaniah yang sah dalam Islam dan mereka yang berpengalaman sahih; ini tidak menjadi dalil untuk pluralisme agama. Subhana’Llah.

Soal ‘favouring one religion’ dalam erti memilih agama Islam sebagai mengatasi yang lain, itu bukan soal ‘memilih’ tetapi ia ketetapan Ilahi dalam ayat ‘sesungguhnya agama (yang diterima) di sisi Allah ialah Islam’; ia dalam Quran, dalam hadith, dalam ijma’. Pemikiran Hicks dan pemikir-pemikir yang sepertinya tidak mampu menolak keyakinan yang datang dari Tuhan, Rasul (semua para rasul dan nabi dalam semua zaman sejarah anak Adam), para arifin dan ijma’. Dalam Negara bila para penduduknya dan pemimpin tertingginya Muslim wajib berlaku ‘favouring one religion’, seperti menjadikan Islam sebagai ‘agama Persekutuan’ misalnya, tetapi Islam mengajar keadilan dan kebebasan beragama bagi penganut-penganut agama yang diakui – sebagaimana contohnya berlaku dalam kerajaan Othmaniah dengan sistem ‘millet’nya, yang Barat sekarangpun tidak mengamalkannya hingga tudung kepala wanita menjadi masalah besar, menara ,masjid menjadi masalah besar. Maha suci Allah.

Penafsiran jihad yang tersasul dalam setengah kalangan (kerana faktor-faktor sejarah yang mendesak dan tidak patut diremehkan) tidak boleh menjadi dalil bagi sesiapa melihatnya sebagai penafsiran yang menyeluruh mewakili arusperdana umat. Bagaimanapun ini juga perlu dilihat dalam konteks pihak-pihak, yang dalam sejarah, juga sekarang, memanipulasikan maklumat untuk kepentingan hegemoninya.

Akhirnya, prinsipnya kita mesti kembali kepada wacana arusperdana umat khaira ummatin ukhrijat linnas, yang hakikatnya, tidak ada wacana yang mengatasi kebenaranannya, apapun yang dikatakan oleh pihak postmodernis, Islam liberalis, pluralis agama, pihak perennalists, dan sesiapapun yang seperti mereka. Tetapi kita kena mengetahui perbezaan-perbezaan, persamaan-persamaan, beradab, berdisiplin, menghormati orang lain, dalam batasan-batasan yang wajar. Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali.



Wallahu a’lam.
Selawat dan salam kepada baginda, ahli keluarganya dan para sahabatnya, dan semua mereka yang mengikutnya dalam ihsan hingga ke hari penghabisan. Segala puji-pujian tertentu bagi Tuhan Pentadbir sekalian alam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MQTK Bahagian Agama & Kaunseling [BAKA PDRM] BUKIT AMAN MALAYSIA

KERJASAMA MQTK_QSI Bersama Unit BAKA PDRM Bukit Aman
MQTK_ISTAC/IIUM 7 feb 2011M

Video: MENITI TITIAN USANG-AMY SEARCH & MQTK 2011

VIDEO MQTK ................ KEMBARA DI TANAH GERSANG

My Blog List

PERTUBUHAN PELAJAR ALQURAN DATUK SYED KADOK KELANTAN MQTK 1909M

BENDERA ASAL NEGERI KELANTAN

BENDERA ASAL NEGERI KELANTAN
Panji-Panji Hitam Diambil dari bendera asal negeri Kelantan DarulNaim sebelum ditukar oleh kerajaan Kelantan pada tahun 1909M. Di masa bendera Panji-Panji Hitam ini dikibarkan, hukum HUDUD dijalankan sehingga pada masa era pasca penjajahan. Bendera ini berimejkan seekor anjing yang bernama KITMIR iaitu antara anjing-anjing yang dimasukkan ke Syurga. Anjing Kitmir ini telah menjaga pintu gua tempat dimana pemuda ArRakim AshabulKhafi telah ditidurkan Allah selama 309 tahun. MasyaAllah!! Riwayatnya anjing ini akan kembali untuk membantu nabi Isa putera Maryam untuk membunuh Dajjal Laknatullah bersama-sama AshabulKhafi dan Imam Mahdi. "Di akhir zaman, kaum kerabatku akan diinjak-injak dan dihina-hina sehinggalah datang stu kaum dari sebelah timur yang akan menegakkan Panji-Panji Hitam; Itulah Pemuda Bani Tamin". Dan Pemuda ini akan menyerahkan kekuasaan kepada Imam yang sebenar iaitu Imam Mahdi setelah kerajaannya kuat. Pemuda ini merupakan seorang anak raja yang zuhud dari keturunan Rasulullah SAW bernasabkan syd. Hussein rd. Kalimah khat pada bendera hitam itu pula adalah sepotong ayat alQuran yang bermaksud 'Pertolongan Allah' atau Nasrumminallah'. Manakala perkataan Kelantan tertulis pada ekornya sebagai simbol wilayah.

About Me

My photo
Madina, Saudi Arabia, Israel
Raja-Raja Melayu adalah Ahlulbait. Nak mengenal AhlulBait perlu mengenal Raja-Raja Melayu; Dan nak mengenal Raja-Raja Melayu perlu kenal orang Melayu dahulu.

HISTORY IS MY IDENTITY

Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing
by BobspekRockers AlKubra on Wednesday, 01 September 2010 at 09:16

MISTAKEN IDENTITY:

Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing

"Jika mereka meletakkan Matahari di tangan kanan saya dan Bulan di tangan kiri saya, supaya saya meninggalkan usaha saya ini, TIDAK AKAN SAYA TINGGAL-kan! Sehinggalah Wahyu Allah (A Statement of Truth) mengatasi segala-galanya".... zZ

SEJARAH AHLULBAIT MELAYU: TITIHAN YM SYED HUSSEIN JAMADILKUBRA NUSANTARA

Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing>> .. Any matters raised, I would like to say that the Islamic Empire ruled for 500 years was actually Islam that killed my ancestor, namely Saidina Hussain rd. (Grandson of the Prophet Muhammad SAW) in Karbala until the descent I had to hide in Iran (Persian Zoroaster-)-Hadramaut (Allawiyyin-Suffiyyah) and finally to Gujarati [(Delhi Sultanate-Sultan Ahmad Jalal AlAkhbar (Zoroastarian+Monghul)] > and the final Kingdom is PATTANI or Nusantara or 'The Land's of Malay'/Jawiyun...

Al-Jawiyun nama gelarannya, Tanah jawi tempat asalnya. Kemuncak zaman keagungan di abad ke 13.

and than The Last ZORRO (MQTK laa..!! http://bobspek.blogspot.com/search/label/HISTORY%20OF%20THE%20MASK%20OF%20ZORRO%20IN%20MALAY) zappP_____zZ .. InsyaAllah..

Then The Sultanate get 14 offspring of siblings and 7 to the East [(Federated Malay-Monarchy (YM Syed Hussein JamadilKubra Nusantara 1350M)] and 7 more people living in the continent of India (India-Pakistan-Afghanistan), two streams of Islam distinguishes this continent with the Islamic Middle East or Islamic Modern hybrids or Islamic or any name in Islam, but conditions still have 73 Islamic groups, but split up Resurrection.

Ahlulbayt for hunting and is killed by the Muslims themselves who do not like the direction that God's love in Ahlulbayt. Then Ahlulbayt killed and hated until now. Because Islam is the belief that elected caliph of Ahlulbayt. Those murderers saidina Hussein (Grandson of the Prophet Muhammad ) this is the hadith that rotate (Words by Prophet Muhammad SAW) and said it was the basis of Islam. This problem should be resolved by our IMAM.. (last task given)!

3:33 Allah chose Adam, Noah, Abraham Family (Ahlulbayt) and Imran Family (Jew and Christian) than from other nations in his day; as a descendant of a descendant of the other. "

61:4. O you who believe! Be you helpers of Allâh as said 'Iesa (Jesus), son of Maryam (Mary), to Al­Hawârîûn (the disciples): "Who are my helpers (in the Cause) of Allâh?" Al­Hawârîeen (the disciples) said: "We are Allâh's helpers" (i.e. we will strive in His Cause!). Then a group of the Children of Israel believed and a group disbelieved. So We gave power to those who believed against their enemies, and they became the uppermost.

>>>>

Keliru Abraham ke Ibrahim? Musa ke Moses? Haurn ke Aron? Ishak ke Isaac? Muhammad ke Ahmad? Isa ke Jesus? dan yang mana satu jantannya dan yang mana betinanya?..hahaha..

Tidak Kami tinggalkan melainkan tertulis dalam KITAB yang NYATA sebelum peristiwa itu berlaku; supaya kamu tidak bersedih hati di atas apa yang luput daripada kamu dan tidak terlalu bersukacita di atas apa yang telah Kami kurniakan pada kamu." (alquran)

slmkum

King's of The Los Kingdom/.. zapp___zZ The Last ZORRO 1909M/BobspekRockers alKubra/Azurri68...

>>

.Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing

>>

'PERISTIWA TRAGEDI KAIN CINDAI' -DYMM Sultan Kelantan, SULTAN MUHAMMAD KE V dari titihan Raja Long Yunus, yang mana Raja Long Yunus telah dilantik oleh datuknendaku Tengku Sri Maharaja Datuk Perdana Menteri LONG GAFFAR (1576M) menjadi Sultan Kelantan dan dipanggil 'Pemerintahan Raja Dua Bersaudara'. Dalam "Tragedi Kain Cindai' itu, Raja Long Gaffar telah membunuh Sultan Kelantan di masa itu, iaitu Raja Long Pandak dan menukar Sultan baru (Raja Long Yunus). Kemudian Datuknendaku membuat pemerintahan HUDUD YANG PERTAMA DI KELANTAN dan berpusat di pondok LIMBAT; Wasiat Raja Long Gaffar pada Raja Long Yunus; "ADIK! KAMU DUDUK DALAM ISTANA, BIAR ABE PEGANG RAKYAT"

>>

Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing

>>> Warisan Siti Qantura-Nabi Ibrahim (Yunnan) adalah Puteri yang ketiga bernama Puteri Linang Cahaya; yang berkahwin akan dia dengan Ketua Wali 7 di Nusantara, Syed Hussien JamadilKubra @ Jamaluddin AlAkhbar @ salasilah alKubra, dari kerajaan kesultanan Delhi/Deccan (Zoroaster-Monghul-Ahlulbait); yang BERWASIAT KEPADA ZURIATNYA SUPAYA, 'JANGAN MAKAN IKAN KEKACANG'..!! Maka dari keturunan keduanya lahirlah Syed Ali Nurul Alam (Empayar PATTANI) Yang juga digelar Sultan Qumbul atau Patih Gajah Mada, Merupakan moyang kepada Wali Songo yang ternama itu. Dari keturunan keduanyakah akan lahirnya Bani Tamim itu? Yang disebut 'PEMBANTU AL-MAHDI DI AKHIR ZAMAN'...??!! yang mana akhirnya Bani Tamim akan menyerahkan kekuasaannya pada seseorang yang digelar AL HASYIMI .... wallah'hualam..

Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing

KISAH SYAIDINA HASSAN RD DENGAN KHALIFAH MUAWWIYYAH

Suatu hari, ketika berdebat dengan Muawiyyah (Penulis Wahyu zaman Nabi iaitu bapa kepada Yazid Laknatullah), maka nenda kita Syaidina Hassan telah berkata:

"Wahai Muawiyyah! Bagaimana kami harus mengikut kamu di dunia ini sedangkan kami adalah KHALIFAH kamu di akhirat. Dan bagaimana kami perlu mengikut kamu di dunia ini sedangkan kamulah yang perlu mengikut kami di akhirat nanti".

______________________________

KATA-KATA SYAIDINA HUSSEIN rd:

"Kalaulah Tidak kerana aku mahukan RAHMAT ALLAH (alquran) tersebar di antara kalian, nescaya aku tidak akan berbicara dengan kalian semua"

BookGlobal.Net

Pada yang mengenal ahlulbait - JANGAN AJARI MEREKA ITU KERANA ALLAH TELAH MENGAJAR MEREKA (sheikh Tijani-Sunni Iraq) .....
>>>>>>> >>>>>>>

KITAB-KITAB RUJUKAN BANI HASYIM QURAISY MQTK

(for Malay language only)

*******

*******

b>

http://bobspek.blogspot.com/2011/03/kitab-kitab-mqtk.html

*

**

"ALIF MIM TA -ALIF MIM TA"