MISTERI NAGA DAN MELAYU

by Hibatullah Yusof Al-Haj on Wednesday, 28 December 2011 at 11:11
 ·


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PENDAHULUAN

Nota ini adalah mengenai satu makhluk yang dinamakan naga. Istilah 'naga' amat dikenali oleh masyarakat Melayu. Besar kemungkinan ia berasal dari istilah Sanskrit, yang bermaksud ular besar. Setakat kisah-kisah yang saya dengar dari orang tua-tua, sebenarnya naga berbeza dari ular besar yang biasa kita lihat. Naga mempunyai empat kaki. Maksudnya, kaki naga seperti biawak besar, tubuhnya seperti ular, manakala kepalanya berbalung seperti ayam jantan atau sesumpah. Adakah naga benar-benar wujud di alam nyata?

Terbaru (29 Januari 2011), dua ekor naga dikatakan ditemui di Sungai Mahakam, Kutai Barat, Kalimantan Timur, Indonesia. Panjangnya dianggarkan 40 meter. Menurut penduduk di sana, haiwan itu ada empat kakinya, kulitnya berwarna hitam. Seekor mempunyai dua tanduk di kepala, dipercayai jantan, manakala seekor lagi tidak bertanduk.

NAGA DI PAYA BEROMBAK

Saya pernah menulis buku berjudul Misteri Paya Berombak sekitar hampir 2 dekad silam. Belakang rumah kampung saya ialah Paya Luas. Diceritakan kepada saya, pada zaman dahulu airnya dalam dan berombak-ombak. Lantaran itu ia digelar Paya Berombak. Dikatakan juga bahawa tiang layar bahtera Malim Deman ada di kawasan ini.

Ketika masih bersekolah rendah, saya pernah 'mengembara' bersama beberapa orang kawan. Kami cuba masuk ke Paya Berombak. Saya bawa satu galah panjang, sekitar 3 meter. Dari tepi paya itu, kami nampak satu tebing laluan. Kami pun menyusurnya menghala ke tengah paya. Ketika berada sekitar 10 meter dari tepi paya,  saya ingin tahu berapa dalamkah Paya Berombak ini. Saya benamkan hujung galah panjang itu ke dalam air yang merah kehitaman warnanya itu. Wah, dalamnya! Galah yang masih di atas air hanya tinggal sekitar sejengkal saja! Saya pun berkata kepada kawan-kawan saya: "Mari kita balik sajalah.."

Saya ceritakan serba ringkas. Dalam Paya Berombak itu dikatakan ada naga. Pernah orang Cina menembak keluang di tepi paya. Bila keluang itu jatuh ke dalam paya, tiba-tiba muncul kepala besar dan berbalong dari dalam air lalu menyambar keluang itu dan hilang dari permukaan air paya. Sekitar tahun 2001 pula, seorang kenalan telah memberitahu saya, kononnya Paya Berombak memang ada seekor naga. Asalnya manusia yang bertapa di Tanah Seberang. Kemudian telah melanggar pantang, lalu bertukar menjadi naga dan dihantar oleh gurunya ke Paya Berombak. Naga, adalah satu misteri.

KAUM NAGA

Bukan naga saja dianggap misteri, ada satu bangsa yang bernama Kaum Naga. Malah, istilah 'naga' itu sendiri telah dibahaskan asal-usulnya oleh ahli antropologi dan sejarah tapi masih jadi misteri hingga kini. Secara ringkas, Kaum Naga ada dicatat dalam kitab Purana dan Epik Mahabharata India. Mereka dipercayai berdarah Indo-Monggoloid, dari Utara-Timur India. Ini kawasan Himalaya. India adalah antara kawasan yang digelar sebagai 'negeri atas angin' oleh orang Melayu. Kaum Naga mempunyai beberapa dinasti kerajaan (Naga Vansa, mungkin dalam bahasa Melayu bermaksud Bangsa Naga atau Kerajaan Naga). Ada yang berpendapat, 'naga' mungkin berasal dari 'noga' yang bermaksud 'orang bukit'. Bangsa Melayu pula (sekadar perbandingan) dikenali sebagai 'bangsa gunung' atau 'bangsa bukit'. Sejauh mana kaitan Kaum Naga dan bangsa Melayu belumlah diketahui, tapi Kaum Naga dikatakan leluhur kepada Red Indian suku Hopi Keluarga Ular (Hopi Snake Clan). Leluhur Red Indian pula pernah dikaitkan dengan rumpun Melayu Kalimantan.

DANG GEDUNAI JADI NAGA

Kisah naga sudah dijadikan kisah teladan di kalangan bangsa Melayu. Kononnya di zaman dahulu, di daerah Riau ada seorang budak lelaki yang keras kepala bernama Dang Gedunai. Dia tidak mahu mendengar nasihat, sering bertindak ikut kemahuannya saja,

Satu hari Dang Gedunai menangguk ikan bersama oranglain. Dang Gedunai tidak dapat ikan tapi dapat sebiji telur yang besar. Bila kawannya bertanya telur apakah itu, Dang Gedunai menjawab: "Telur badak". Seorang memberitahunya, bahawa badak tidak bertelur tapi beranak. Seorang lagi menasihatkan Dang Gedunai agar jangan bawa telur itu pulang ke rumah.

Namun Dang Gedunai degil. Dia membawanya pulang. Bila ibu Dang Gedunai bertanya, dia juga mengatakan bahawa itu telur badak. Ibu Dang Gedunai memperhatikan telur itu. Dia berkata kepada Dang Gedunai bahawa itu telur naga, dia melarang anaknya bermain-main dengan telur itu apatah lagi memakannya. Dia menyuruh anaknya mengembalikan telur itu ke sungai.

Dang Gedunai tidak percaya bahawa itu telur naga. Dia menyimpannya. Walaupun setiap hari emaknya nasihatkan agar dia pulangkan telur itu ke sungai, Dang Gedunai tetap berdegil.

Pada satu hari Dang Gedunai makan telur itu hingga habis. Tiba-tiba dia rasa sangat mengantuk lalu tertidur. Dia bermimpi didatangi seekor naga betina yang sangat besar sedang mencari telurnya yang hilang. Dalam mimpi itu, naga tersebut berkata bahawa sesiapa yang mengambil dan memakan telurnya akan bertukar menjadi naga.

Dang Gedunai jadi takut. Dia tersedar dan merasa amat haus. Ibunya kembali dari ladang dan terkejut melihat Dang Gedunai minum amat banyak air hingga semua air di rumah sudah habis. Dang Gedunai masih kehausan. Dia ke perigi, kemudian ke danau, meminum airnya hingga habis. Akhirnya ibunya membawanya ke sungai.

Sesampai Dang Gedunai ke sungai, dia berkata kepada ibunya bahawa dia akan menghilir sungai hinggalah ke laut lepas dan akan menjelma menjadi naga. Dang Gedunai berpesan, jika laut tenang maka itu tandanya dia sedang tidur, tapi jika laut bergelombang besar, itu tandanya naga sedang mencari makan.

BERTAPA JADI NAGA EMAS

Berbalik kepada kisah Naga Paya Berombak di atas tadi. Kononnya di zaman dahulu ada satu jenis ilmu yang diamalkan oleh orang Melayu. Kononnya sebelum kedatangan Islam di Nusantara, sebahagian raja-raja dahulu akan bertapa dan jadi seekor naga sementara para hulubalang akan menjadi buaya. Tujuan mereka bertapa ialah untuk jadi kuat dan digeruni. Kononnya juga, masa pertapaan untuk jadi naga bersisik emas akan memakan masa 100 tahun. Ada peringkat-peringkat jenis sisik. Untuk 25 tahun pertama, sisiknya besi. Kemudian sisik tembaga, diikuti sisik perak, akhir sekali, barulah sisik emas. Dalam masa itu, mereka akan mendapat berbagai kesaktian dan kelebihan.

Banyak konon. Kononnya mereka ini sukar ditemui kerana tempat pertapaan ialah dalam gua yang berada dalam laut, atau tasik, atau selat, atau sungai. Kononnya badan si pertapa akan diselaputi lumut dan lumpur. Si pertapa juga tidak bergerak atau berjalan, hanya sesekali saja bergerak. Bila bergerak, maka laut tiba-tiba akan berombak besar dan jika di sungai (atau di paya, macam Paya Berombak) maka airnya pun akan jadi berombak.

Kononnya juga, mereka tidak boleh bergerak pada waktu siang, nanti jadi batu. Mereka hanya boleh bergerak pada waktu malam. Walaupun tidak boleh bergerak pada waktu siang, mereka boleh tinggalkan jasad dan kembali jadi orang biasa, macam kita. Kalau di zaman ini, bolehlah melayan Facebook.

Kononnya, ilmu pertapaan ini dipelopori oleh lima bersaudara berasal dari Palembang. Yang paling tua bernama Seri Daik, di Palembang. Seri Gumum dan Seri Pahang, di Tasik Cini. Seri Kemboja, di Kemboja, dan Seri Siam, di Siam. Semuanya di alam Melayu pada zaman silam.

Kononnya, Seri Daik sudah mencapai tahap bersisik emas ketika masih hidup. Kononnya juga, Seri Daik telah dikunci pergerakannya oleh seseorang, hingga dia tidak mampu bergerak lagi. Kononnya Gunung Daik itulah Seri Daik yang sudah dikunci pergerakannya. Kini ia menjadi sebuah gunung yang indah, yang kaya dengan flora, fauna dan misterinya.

"Pulau Pandan jauh ke tengah. Gunung Daik bercabang tige. Hancur badan dikandung tanah. Budi yang baik dikenang juge."

KESIMPULAN

"Cukup sampai di sini sayang..", begitulah lagu yang pernah didendangkan di alam Melayu. Kisah Naga Paya Berombak, Kaum Naga, Kisah Dang Gedunai dan kisah Bertapa Jadi Naga Emas menambahkan misteri alam Melayu yang memang dianggap misteri oleh orang yang suka kisah misteri dan yang suka mengolah sesuatu misteri agar jadi lebih misteri lagi.

Menariknya, sesetengah kerajaan Melayu silam mempunyai naga sebagai lambang, dan naga juga diukir dalam istana-istana silam. Bukan 'naga Cina', bukan 'naga India' tapi 'naga Melayu'. Seseorang ada menyebut bahawa istilah Melayu untuk 'naga' ialah 'merong'. Saya kurang arif mengenai hal itu. Mungkin ianya benar.

Sungkul atap rumah orang Banjar ada 'bananagaan' iaitu ukiran berbentuk naga. Di kalangan suku Banjar dan Dayak Kalimantan, naga adalah simbol alam bawah. Dalam budaya Banjar, alam bawah merupakan milik Puteri Junjung Buih sedangkan alam atas milik Pangeran Suryanata, pasangan suami isteri yang mendirikan dinasti kerajaan Banjar. Setelah berkembangnya agama Islam, maka telah ditukar, alam atas dianggap dikuasai oleh Nabi Daud, sedangkan alam bawah dikuasai oleh Nabi Khidir.

Nampaknya naga bukan saja dikenali di alam Melayu. Ada naga gunung, ada naga laut, ada naga sungai dsb. Malah, naga dikatakan mempunyai geliga. Pernah diceritakan kepada saya, ular besar akan mengalahkan ular kecil yang membawa geliga. Naga juga amat popular di kalangan bangsa Cina, popular juga di Barat. Malah di Barat ada naga yang berkepak. Cerita naga yang boleh mengeluarkan api dari mulut bukanlah hal yang asing pada kita semua.

Persoalannya: Adakah bangsa Melayu ini 'bangsa naga'? Mungkin kebanyakan cerita 'mitos' berkaitan naga di alam Melayu ini bermula dan berkisar pada era sebelum kedatangan Islam. Saya pernah juga terserempak dengan catatan bahawa Barat menganggap mereka adalah gologan 'naga' bila mereka menyentuh mengenai Islam (maksudnya 'dragon vs Islam').

Beberapa bangsa dan budaya anggap naga sebagai simbol kekuatan dan kesaktian. Tapi saya belum jumpa lagi sebarang catatan bahawa naga patut dijadikan simbol kepahlawanan atau kemegahan umat Islam. Maka Nota ini ditulis sebagai bahan renungan kita bersama, semoga ada manfaatnya. والله اعلم


_________________________________

Semoga Allah SWT merahmati kita semua.

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

Susunan: Hibatullah Yusof Al-Haj
· · · Share

  • 4 shares
    • Sheikh Shamsul Bahari Al-Madani Sabar menunggu 'sambungan' cerita naga dari HYAH.
    • Pelangi Buana ‎2012 thn Naga?
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Sahabatku Pelangi Buana, orang Cina mulakan Tahun Naga pada 23 Januari 2012. Mereka percaya tahun itu membawa tuah. Kita tidak berpegang pada itu, dan Nota di atas pun tidak membincangkannya. والله اعلم
    • Pelangi Buana Benar....sungguh syirik yakin selain dr Allah...tapi naga bukan utk cina...ada yg tersirat ni tuan.
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Mengenai Naga Sosro atau Naga Sasra pula, ia adalah mengenai keris Jawa, luk 13. Gandiknya berbentuk kepala naga dan badan naga itu menjalar hingga ke hujung keris. Dalam budaya Jawa, naga diibaratkan sebagai penjaga dan memiliki wibawa yang tinggi. Sekadar renungan. والله اعلم
    • Jouhar Fahmi Ahmad Sabki mcm mana ada gambar burung & naga tu? sedang kita dilarang guna lambang2 benda hidup..
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Saya setuju, naga bukan untuk bangsa Cina saja. Bangsa India pun ada cerita naga, bangsa Khmer zaman dulu dsb. Lambang atau nama 'naga' mungkin pernah digunakan oleh orang Melayu sebelum kedatangan Islam. Tapi itu bukan bererti kita wajar gunakan naga sebagai simbol Melayu Muslim pada hari ini. والله اعلم
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Sahabatku Hamba Hamzah Ramly, Itu Al-Rasub, pedang yang dikaitkan dengan Rasulullah SAW. Kini pedang itu berada di Museum Topkapi, Istanbul. Padanya ada tulisan 'Ja'afar Al-Sadiq'. Kenapa ada nama itu pula? Pada hemat saya, Al-Rasub bukan pedang Rasulullah SAW. والله اعلم
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Sahabatku Hamba Hamzah Ramly, ukiran pada Al-Rasub itu adalah gambar 'naga dan burung bayan'. Ia berasal dari mitos Mesir, Fenisia, India dan Greek. والله اعلم
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Mungkin bukan rahsia. Bangsa Melayu berasal dari 'atas angin' iaitu kawasan dari India membawa ke barat, termasuklah Mesir itu. Memang Melayu ada titisan darah Mediterranean, sudah ada ujian DNA. Tapi itu semua bukan bukti bahawa Al-Rasub adalah pedang Rasulullah SAW. والله اعلم
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Terima kasih kembali. Melayu berasal dari 'negeri atas angin' (Mesir, Turki, India, Palestin, Tanah Arab, Hadramaut) berhijrah ke 'negeri bawah angin' (Nusantara), sama ada sebelum zaman Rasulullah SAW mahupun selepasnya. والله اعلم
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Untuk makluman bersama, nama 'Ja'afar Al-Sadiq' yang tertulis pada pedang Al-Rasub (yang disebut di atas) mungkin merujuk pada Imam Ja'afar As-Sadiq, keturunan Rasulullah SAW. والله اعلم
    • Massni Zam Sgt menarik...
    • Pelangi Buana Terima kasih krn Infr ni tuan...terutamanya ttg Imam Ja'afar As-Sadiq.
    • Jubir Baharom Dalam AL Quran ada YAJUJ dan MA'JUJ dan GOG and MAGOG dalam Injil.
    • Jubir Baharom YAJUJ dan MA'JUJ keturunan Yafeth anak Nabi Noh.yg terselamat dari Banjir terbesar didunia.
    • Jubir Baharom Dalam Bahtera Nabi NOh tidak dibawa Naga, Jangan buang masa bincang pasal Naga.
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Salam Tuan Jubir Baharom, terima kasih kerana sudi menulis di bawah Nota 'Naga' ini. Saya tertarik bila Tuan sebut 'dalam bahtera Nabi Nuh tidak dibawa naga'. Banjir terbesar di dunia itu tenggelamkan seluruh muka bumi ke Tuan?
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Saudaraku Adi Sarwajagat, sebab itulah saya 'ruangkan sedikit masa' untuk hal-hal naga ini. Mudah-mudahan kita semua mampu berfikir. والله اعلم
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Tenggelam semua ke muka bumi ini masa banjir besar itu? Haiwan yang hidup dalam air ada haiwan air tawar, ada haiwan air masin. Contoh: Ikan baung itu ikan air tawar. Ikan kembung itu ikan air masin. والله اعلم
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Maksud Saudaraku Adi Sarwajagat, seluruh muka bumi tenggelam dan ada binatang yang 'hibernate' dalam tanah atau (jenis yang bertelur) akan menetas sesudah banjir? Mungkin juga. Tapi ada pendapat yang menyebut, hanya kawasan kaum Nabi Nuh AS yang dilanda banjir besar itu. والله اعلم
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Menarik. Saya ada baca satu kajian ilmiah fasal Pedang Zulfaqar termasuklah pedang-pedang di Muzium Topkapi itu. Saya lihat memang ada lambang-lambang naga pada pedang-pedang 'duplicate' Zulfaqar, malah ada pedang yang ditandatangani oleh Muhammad bin Abdullah (Kurun ke 16 Anatolia?). والله اعلم
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Tapi ada juga beberapa pedang 'duplicate' Zulfaqar yang dikatakan ditempa oleh pandai-besi bernama Muhammad bin Abdullah. والله اعلم
    • Jubir Baharom Walaupun tak Ada diatas Bahtera Nabi Noh , tidak ada juga disebut dalam Al Quran Dan juga Hadith Nabi. Juga tidak ada kajian Fossil dan juga Ahli sejarah dan Sains. Buat masa Sekarang pun tak ada Makhluk naga dan dulu pun tak ada Makhluk naga..
    • Jubir Baharom Dalam Mitos sahaja Naga ini digambarkan berbagai rupa dan kebanyakkan naga boleh mengeluarkan api (Api berkaitan dgn Iblis dan juga Neraka). Sama dgn Kelab Manchester United( Red Devil) Setan Merah yg ramai penyokong di Malaysia. Inilah unsur Negatif yg kita kurang peka dalam menilai sesuatu perkara. Kita banyak membuang masa dalam perkara perkara remeh.
    • Hibatullah Yusof Al-Haj ‎'Naga' adalah ular dalam bahasa Sanskrit. 'Nagin' adalah ular betina dalam bahasa Hindi dan Urdu. 'Naga' juga adalah nama sejenis biawak (Comodore Dragon), juga nama pepatung (Dragon Fly). Saya setuju bahawa gambaran naga (yang berbagai rupa dan bahawa naga boleh mengeluarkan api) adalah satu mitos. والله اعلم
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Salam Sahabatku Ahmad Bin Mahmud. Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat. Sebagai individu yang tulis Nota Misteri Naga dan Melayu, saya sedar bahawa nama 'Melayu' itu sensitif pada sesetengah orang, apatah lagi jika mereka membuat takrifan sendiri bahawa Nota ini ada kaitan dengan kempen politik. Sebenarnya tiada kaitan langsung. Jika mereka buat andaian, itu soal mereka. Terpulanglah kepada mereka.
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Setakat yang saya tahu, Allah SWT jadikan warna merah dan hitam untuk banyak benda. Darah merah, rambut hitam dsb. Jika hendak kaitkan warna dan naga dengan iblis dan dajjal, itu terpulanglah kepada kreativiti masing-masing, namun ia tidak layak dijadikan hujah.
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Fasal bangsa Naga, ia berbeza dari 'bangsa naga'. Yang satu itu nama, yang satu itu gelaran. Bolehlah dibaca fasal bangsa Naga itu jika berminat, mereka ada di India, dan kajian mengenai bangsa Naga itu panjang lebar. 'Bangsa naga' pula gelaran untuk banyak pihak dan banyak bangsa. Sesiapa hendak kaitkan dengan Melayu, terpulanglah pada kreatiiti masing-masing, namun ia tidak layak dijadikan hujah juga.
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Begitu jugalah fasal mengaitkan bangsa Naga mahupun 'bangsa naga' dengan Yakjuj dan Makjuj, terpulanglah pada kreativiti masing-masing. Yakjuj dan Makjuj memang ada. Kajian mengenainya bukan saja dilakukan oleh orang Islam, malah bukan Islam (Gog and Magog). Sampai kini pun, manusia tidak boleh mendabik dada menyatakan bahawa mereka sudah tahu siapa Yakjuj dan Makjuj itu. Setakat beri pendapat, tidak ada masalah.
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Saya setuju. Surah Al-Kahfi 18:94-98 ada menyebutnya. Kemudian, Surah Al-Anbiya 21:96-97. Allah SWT memberitahu kewujudan Yakjuj dan Makjuj dan mereka akan 'meluru turun dari tempat-tempat yang tinggi' bila sampai masanya. Siapa mereka sebenarnya? والله اعلم
    • Petualang Keji tuan..ada guru bgtau..naga ni ada..wujudnya di alam sebelah sana..dan ular2 besar yg org dok jumpa termasuk arwah tok saya sendri dan yg kwn saya jumpa smasa bertugas sbgai komando d hutan tasik banding..pernah berjumpa dgn ular sebesar bas ekspress..dan ular2 besar ini mmg bertapa utk turun ke laut setelah berubah mnjadi naga..
    • Petualang Keji ada pautan mengenai naga juga..kalau dkongsikan disini..elok juga..sbb tuan Adi Sarwajagat pun ada kat sini.. :)
    • Hibatullah Yusof Al-Haj
      Salam Saudaraku Wan Mohamad Farid. Betul. Ada orang kata ia wujud, ada yang kata tidak. Ada yang kata ia di alam nyata, ada yang kata ia di alam ghaib. Dari segi rupanya, ada macam-macam pendapat juga. Bila ada yang kata naga tidak wujud, s...See more
    • Petualang Keji d muzium pekan dulu ada sekeping sisik naga emas..skrg dah xde..
    • Petualang Keji eh..waalaikumussalam..
    • Cikgu Fizik ‎"Leluhur Red Indian pula pernah dikaitkan dengan rumpun Melayu Kalimantan." ---> dari beberapa teks moden, ada sato konsep alam yang sama di nusantara dengan "red indians" benua amerika : "" Bapo Angkoso, Ibu Pertiwi ""..
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Di tempat saya pun, ada kejadian bila mana ular yang amat besar melintas jalanraya. Khabarnya semua kenderaan terpaksa berhenti kira-kira 15 minit, tunggu sampai hujung ekornya lepas.. Sayang, tidak ada gambar diambil. Khabarnya badan ular itu sungguh besar. Entah benar entah tidak, tak tahulah saya. Sekadar berkongsi.
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Saya pernah dengar, bahawa pada tubuh setiap ekor ular, ada empat sisik yang lain bentuknya, agak menonjol. Saya tidak periksa pula badan ular, dulu pernahlah. Kami nampak memang ada. Tapi mungkin ular yang kami tengok itu saja ada sisik macam itu, yang lain tidak..
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Menurut cerita yang saya dapat, tempat sisik menonjol itulah akan tumbuh kaki, bila ia jadi amat besar. Mungkin tidak semua ular akan jadi 'naga'. Ular lidi mungkin besar sebagai ular lidi saja :) Tak tahulah saya, ular jenis apa yang akan jadi besar sungguh hingga jadi 'naga', lagipun, ada setengah orang kita terus anggap 'naga' sebagai karut, langsung tidak menggalakkan mengkaji :)
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Ular besar memang ada. Macam semut juga, ada 'semut halus', ada 'semut besar kucing' (semudera). Ular itulah naga. Betinanya nagin. Kalau kecil pun bernama naga, besar lagilah 'naga'. Pada saya, tidak ada apa masalah pun dengan nama 'naga' itu. Cuma, kalau cerita dongeng, itulah mitos. Cerita semut pun boleh dibuat dongeng, inikan pula cerita naga :)
    • Petualang Keji saya pernah lihat gambar ular berkaki 4..gambar tu adalah keratan majalah arab lama..kertas pun kaler ungu pudar..ular tu ada dlm 4 5 ekor..dikurung dlm sangkar..tgk pada gambar tu mcm pasar d padang pasir arab..pasal tokenya duduk dsebalah sangkar tu..gambar tu saya jumpa dlm kitab lama..xingat dah simpan kat mana..sayang btul..dah balik belek2 kitab lama..belum jumpa smpai lani..
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Panjang pulak saya berleter. Adalah sebabnya tu :)
    • Petualang Keji ‎:) bagus ni..psl silat gayung pun ada guna simbol naga..
    • Petualang Keji bendera pahang kalau ikut cerita org2 tua..katanya kain kapan naga..bila naga tu mati..satu pahang dah habis kain putih..terpaksa guna kain hitam separuh..
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Maka, untuk sahabat-sahabat saya yang mengkaji fasal 'misteri naga' ini, usahlah bimbang atau risau. Saya galakkan kajian macam itu, terutamanya fasal kaitannya dengan Melayu dan dengan pedang-pedang zaman Khalifah Uthmaniyyah dan sebelumnya, yang ada lambang 'naga'. Teruskan saja :)
    • Petualang Keji kalau d pekan..di pulau keladi..ada diantara penduduk dkwsn tersebut tidak boleh turun keair..kerana perjanjian dgn buaya putih yg memberi keluarga mereka sisik emas naga..
    • Rixal Mounfields ia adalah dari jenis jin,sejenis dari jenis2 Hala dalam alam mistik Melayu.Wallahualam.
    • Petualang Keji masa banjir besar dulu..buaya putih ni pernah naik smpai ke kedai apek dekat muzium perahu tu..xtaula buaya sama k tak..kalau di belakang kem saya dulu d penor..ada juga buaya putih..yg tu 'lain'..mmg besar..dah tgk sndiri..
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Tidak mengapa bila Muslim mengkaji, bukan semata mengaji. Ada benarnya cerita 'naga' ini. Mengkaji akan ambil masa, bukan buang masa. Berpuluh tahun Ibnu Sina mengkaji. Saya teringat pada anak lelaki mantan Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, yang amat minat mengumpul fakta mengenai dinosaur. Dia masih kecil. Saya tanya dia: "Cicak itu dinosaur ke bukan?". Dia kata, cicak adalah keluarga dinosaur juga :)
    • Petualang Keji hehe..stuju2..idea asal kapal terbang pun dari tokoh kerajaan othmaniyah..aiskrim pun sama rupanya..
    • Hibatullah Yusof Al-Haj
      Terima kasih Sahabatku Rixal Mounfields :) Ular ini ada bangsa jin, ada bangsa ular (bukan bangsa manusia, hehe). Ayam pun macam itu juga. Buaya pun macam itu juga. Naga? Macam itu jugalah gamaknya :) Rasulullah SAW sendiri dah beritahu, fa...See more
    • Rixal Mounfields Benar tuan, mereka2 yang terbuka tabir hijab ada yang diizinkan oleh Allah S.W.T yang pernah melihatnya dengan basirah.Wallahualam.
    • Hibatullah Yusof Al-Haj
      Saudaraku Wan Mohamad Farid, saya ada baca kajian ilmiah (sarjana Barat) fasal pedang-pedang koleksi yang dikatakan sebagai pedang-pedang Rasulullah SAW itu, dan pedang-pedang lain yang ada kaitan dengan zaman Khilafah. Lambang 'naga' memang ada pada sesetengah pedang itu. Namun secara ilmiahnya kita perlu ingat bahawa 'dijaga di rumah Nabi oleh keluarga dan sanak saudara' tidak semestinya bermaksud bahawa itu pedang yang digunakan oleh Rasulullah SAW.
    • Figui GSixth Sifu fengshui ada bgtahu yg naga ini adalah ciptaan manusia sbgai perlambangan kesempurnaan..beberapa jenis dah sifat haiwan disatukankan utk diwujudkan watak makhluk 'naga'. Pendapat peribadi saya 'naga' itu adalah simbolik kepada 'manusia'..
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Bagus, Sahabatku Figui GSixth :) Setakat yang saya tahu, ia ada kaitan dengan falsafah Shih Huang Ti, antara maharaja Cina paling awal yang perkenalkan 'naga' kepada masyarakat Cina. Nampaknya keris pula adalah simbolik kepada 'manusia' di kalangan masyarakat Melayu.
    • Abdullah Kas
      Salam,semasa di Iraq,saya pergi ke kota babylon,di situ sudah ada lukisan naga yang tertera di dinding,semasa zaman raja Nebuchadnezzar,mengikut pengkaji di situ,Naga digunakan oleh raja ketika itu,untuk menakutkan rakyat,mengatakan naga me...See more
    • Hibatullah Yusof Al-Haj
      Berbalik pada pedang 'naga' di Museum Topkapi. Mungkin ia pedang yang digunakan oleh keluarga Rasulullah SAW, di simpan oleh keluarga Rasulullah SAW. Mungkin pedang itu didapati hasil rampasan perang. Maksud saya, pada asalnya, pedang itu a...See more
    • Abdullah Kas benar,ada pendapat mengatakan ia adalah rampasan perang atau hadiah
    • Figui GSixth agak sukar sebenarnya nk ckp naga tu wujud atau tidak kerana sifat fizikal naga yg kurang konsisten di merata benua..kalau ikan duyung itu lebih mudah dikatakan wujud kerana sifatnya konsisten antara benua sana dan benua sini.. cuma naga itu digambarkan haiwan yg paling kuat..
    • Cikgu Fizik WMF : kalau jumpa semula gambar ular berkaki tu, harap share kan di sini ya..
    • Hibatullah Yusof Al-Haj Saya sudah kongsikan satu gambar ular yang ada kaki, di status terbaru. Ia ditemui di Cina tahun 2009.
    • Zaiyah Sam masih tak faham kalau orang Melayu ada Mitosnya....kenapa orang cina sukakan lambang Naga....
    • Secreto De Amor Hibatullah Yusof Al-Haj,tentang naga emas itu mungkinkah ada kaitan dgn kisah pengembaraan Ratu Hatshepsut dr mesir dimana salah seorg anak kapalnya pernah menceritakan ttg tanah di timur yg dipunyai oleh seorg raja besar berkepala naga emas atau ular dan mempunyai bilangan raja2 kecil di dlm wilayah jajahannya....?!
    • Bobspek Quraisy AlHasyimi alhamdulillah.. t/kasih atas info.. izin share..