Hubungan Kelantan – Jawa
Yawakotti atau Yawakota atau Jawa Koti adalah satu perkataan yang membawa maksud Titik Jawa. Ianya merupakan nama bagi satu lokasi yang dikatakan pernah menjadi pusat pemerintahan kepada Kerajaan Majapahit pada sekitar tahun 1432 sehingga tahun 1502 masehi.
Sepertimana yang diketahui, Kerajaan Majapahit merupakan sebuah kerajaan yang berpengkalan di Kepulauan Jawa, Indonesia, yang berkembang pesat selepas tersungkurnya Kerajaan Melayu Srivijaya. Bermula dengan pemerintahan Raden Wijaya pada tahun 1293, Kerajaan Majapahir mengecap zaman kegemilangannya dibawah pemerintahan Hayam Wuruk pada tahun 1350 sehingga tahun 1389 masehi sehinggalah kerajaan tersebut tersungkur pada sekitar tahun 1527 akibat daripada rempuhan Kerajaan Islam Demak yang sedang meluaskan jajahan pada waktu itu.
Fakta yang perlu disimpan didalam ingatan tuan-tuan dan puan-puan adalah selepas sahaja daripada kemangkatan Hayam Wuruk, baginda telah digantikan oleh menantu beliau yang bernama Wikramawardhana. Empayar Majapahit seterusnya diwarisi oleh anak perempuan Wikramawardhana yang bernama Suhita yang memerintah empayar tersebut daripada tahun 1426 sehingga 1447.
Ratu Suhita telah mengahwini seorang individu yang diberi gelaran Bhre Parameshwara Sang Aji Jaya Ningrat atau nama sebenarnya, Raja Kemas Jiwa yang pada waktu itu telah dilantik sebagai Bentara Majapahit. Menurut beberapa pendapat, Raja Kemas Jiwa merupakan putera kepada Maharaja Chermin yang memerintah Empayar Chermin yang wujud pada sekitar kurun 13 masehi. Empayar Chermin atau Kerajaan Chermin Jeddah bermula apabila pewaris empayar Malayur, Raja Sangtawal Sakrantaka, memindahkan pusat pemerintahannya daripada Ligor ke Kelantan selepas serangan Siam yang menyebabkan tertawannya Singgora pada tahun 1295.
Putera baginda yang bernama Raja Bharubhasa telah mengambil alih tampuk pemerintahan dan seterusnya telah ditabalkan sebagai penguasa Langkasuka pada tahun 1339. Dibawah pemerintahannya, Raja Bharubhasa telah berjaya menyatukan seluruh Segenting Kra dibawah taklukan Langkasuka yang turut disertai dengan penyatuan Champa di Vietnam, Gangga Negara di Perak, dan kerajaan Samudera-Pasai di Sumatera. Empayar baru ini diberi nama Chermin. Baginda turut berjaya menakluk Kedah daripada Maha Prita Daria atau lebih dikenali sebagai Raja Bersiong. Kemaraan tentera Siam telah menyebabkan Raja Bharubhasa terpaksa memindahkan pusat pemerintahannya ke kawasan baru yang bernama Bukit Panau, Kelantan. Kawasan baru ini dinamakan sebagai Jeddah. Kerajaan Chermin akhirnya berjaya menumpaskan kemaraan tentera Siam dengan bantuan Majapahit.
Sehubungan dengan itu, Majapahit seterusnya telah mengisytiharkan Jeddah sebagai ibukota Majapahit Barat (di Tanah Melayu) dengan kepulauan Jawa dikenali sebagai Majapahit Timur. Para sarjana berpendapat bahawa peristiwa ini merupakan satu sejarah yang telah berulang dimana pada awal kurun 7 masehi, Empayar Melayu Srivijaya dikatakan turut berpecah kepada dua, dimana satu bahagian berada di Sumatera dan satu lagi di Tanah Melayu.
Berbalik semula kepada Raja Kemas Jiwa. Setelah runtuhnya Empayar Chermin, Raja Kemas Jiwa telah dipanggil pulang daripada tanah jawa untuk meneruskan kelansungan pemerintahan Maharaja Chermin dan seterusnya memakai gelaran Sultan Iskandar Shah dan menamakan pemerintahannya sebagai Majapahit 2 yang berpusat di Kota Mahligai, Kelantan. Sewaktu pemerintahannya Raja Kemas Jiwa telah melantik seorang yang bernama Ali Nurul Alam bin Syed Hussein Jamadil Kubra sebagai Perdana Menteri baginda.
Apa yang menariknya adalah apabila terdapat pendapat yang mengatakan bahawa Ali Nurul Alam ini lah yang dikenali sebagai Patih Aria Gajah Mada yang dikenali ramai sebagai Perdana Menteri kerajaan Majapahit yang paling terkenal. Ali Nurul Alam ini dikatakan berasal daripada Patani dan dikenali sebagai Sultan Qunbul. Dikatakan bahawa cucu cicit Ali Nurul Alam ini lah yang menjadi moyang kepada Dinasti Kesultanan Kelantan Moden hari ini melalui Long Bahar.
INFO:
Kelantan dan Jawa bagi orang zaman moden ini, dua budaya ini nampak terlalu asing untuk ada kaitan antara satu sama lain. Seperti tidak pernah berketemu antara satu sama lain.
Dahulu Kelantan dan Jawa mempunyai hubungan yang amat rapat. Sebelum pergi dengan lebih lanjut, sila kaji beberapa fakta:
1) Keris kebesaran Sultan Kelantan bernama Keris Majapahit.
2) Sebut wayang kulit, maka orang tahu ianya daripada Kelantan, dan juga
Jawa.
3) Orang Kelantan sangat suka pakai kain batik Jawa. Sehingga
zaman tahun 60an, orang lelaki Kelantan menggunakan kain
batik Jawa sebagai semutar di atas kepala dan diikat pada
pinggang. Inilah trade mark orang Kelantan. Kain batik Jawa
merupakan pakan harian yang wajib.
4) Ada banyak perkataan Jawa yang difahami oleh orang
Kelantan, tetapi tidak Difahami oleh orang Kuala Lumpur.
5) Orang Kelantan mungkin tidak pernah bertemu orang Jawa
pada tahun 1960an-70an, tetapi mereka secara lisan dan
tradisi amat anti orangJawa
Kelantan purba dikenali dengan gelaran Jawa Kotti yang bermaksud ‘TITIK JAWA’. Pada zaman yang paling awal dalam tahun Masehi, pusat penyebaran budaya Melayu dan Jawa berpusat di Kelantan. Ini kerana zaman dahulu kala Kelantan dikenali orang sebagai Jawa Kotti ( Jawa Point). Kalau menurut dalam “Ikhtisar Sejarah Kelantan” oleh Abdul Razak Mahmud (Ustaz Mat), Bab 2, muka surat 7 & 8, negeri Kelantan dikatakan bernama “Medang Kamulan”. Dalam History Of Java oleh Stamford Raffles muka surat 74, pada lebih kurang tahun 600 Masehi seorang lelaki bernama Aji Saka dari negara asing ( quote: Aji Saka from a foreign country) datang ke Jawa dan memerintah. Menurutnya Aji Saka dari Medang Kamulan.
” The controversy over the true location of Sri Wijaya arises because of the fact that after the death of Maharaja Sri Jayanaga around 692, during the mission to capture Jawa Island, Sri Wijaya seems to have been divided into two states. The eldest son Maharaja Dipang ruled over Amdan Negara, that is, the Malay Isthmus, probably Kelantan/Kedah. The second son, Maharaja Dhiraja, ruled the islands (Sumatera and other islands of the Indonesian archipelago), based at Palembang. After the division into east and west, the name of Sri Wijaya remained in Sumatera, but on the Malay peninsula, a poetic title emerged for the Kelantan/Kedah area, namely, Tanah Serendah Sekebun Bunga (Valley of Flower Garden Land). This title is still found in traditional performing arts such as Mak Yong dance, Wayang Kulit puppet theatre, etc. By 730 the capital of Sri Wijaya in Sumatera moved from Palembang, known as Langkapura, to Kota Mutajap near the river mouth of Jambi in Sumatera.
It is reasonable to speculate that some elements of the Sri Wijayan culture originated in Sumatera, but later spread to other parts of South East Asia from Kelantan/Kedah. Yawakoti meaning Jawa Point, is situated at Bukit Panau hill along the upper Kelantan river near Pergau; some believe this place to be from which Jawanese politics and culture spread out. Jawa Duipa, an ancient name for Kelantan means Tanah Jawa (“land owned by the Jawanese”), or Kawasan Jawa (“Jawanese area”).
Al Tabari states that the word Jawa or Jva was used more widely in ancient times. Jawa in those days meant “Jawanese culture” (i.e. Malay culture), including its centres on the Isthmus, as compared to now when Jawa only refers to Jawa Island in Indonesia. According to one tradition, the Jawanese moved down from Kemboja and spread out to the archipelago.”
Dalam bahasa Jawa asli, tiada perkataan GAJAH. Oleh itu Patih Gajah Mada ini sebenarnya agak misteri bagi ahli sejarah Jawa sendiri.
Gajah Mada is a mysterious historical figure. No historical records about his origin, there’s no tomb to commemorate his magnificent achievement.
He’s probably the only Majapahit historical figure quite unknown where he’s born and where he died. But his legacy, the unified archipelagic empire of Majapahit is quite is the testament of his ambition and genius vision, a bright politician and warrior. Majapahit as the ancient incarnation of modern Indonesia stay forever as inspirations, source of pride and dignity for Indonesian.
According to books and articles I’ve reads here’s the speculations about his origin:
” Using animal name as people name is quite common in ancient Java, Lembu Tal, Kebo Ijo, Kebo Anabrang, Mundingwangi Dikusumah, Ciung Wanara, Mahesa Cempaka, etc. Gajah (means elephant) is known in ancient Java, In Borobudur relief we can find the image of Elephant, probably back then there’s an original Javanese elephant sub-species, but if not it’s possible to import them from Sumatra, since ancient Indonesian ship quite reliable to transport large things. But Gajah is abundant in Sumatra up until now. So the speculations arose.
Gajah Mada probably Malayu or Srivijayan origin, but since young he serve Javanese Majapahit special forces (Bhayangkara, the royal guard).
This theory probably based after the congquest of Malayu by Singhasari. The Pamalayu expedition led by King Kertanegara conquer the court of Malayupura (now Jambi), part of Srivijayan empire that already weaken. Malayupura once stood as rival for Srivijaya before Srivijaya conquer it. Then as Srivijaya weaken, Malayu began to be more important and enjoy certain degree of independence.
This conquest (some says alliance, cause Kertanegara gave gift for the people of Malayu, a huge 6 metres statue made in Java, then transport it to Sumatra) brough many royalties (princess of Malayu like Dara Jingga and Dara Petak), scholars, Buddhist priest (Dharmaputras), artisans, warriors, etc, to Javanese courts. Gajah Mada vast knowledge about various kingdoms, islands, and area around archipelago probably due to Srivijayan knowledge, is he Malayu soldier, that’s why he really know his way when he launch naval attack to Srivijayan capital like he’s ever been there before.”
Pateh Gajah Mada adalah anak dari Puteri Linang Cahaya anak perempuan Raja Kelantan. Ayah Pateh Gajah Mada pula ialah Syeikh Hussein Jamaluddin Al-Kubra. Syeikh Jamaludin Al-Kubra ini banyak melahirkan keturunan yang menjadi pemimpin dan Ulamak yang berpusat di Patani-Kelantan seterusnya tersebar Islam ke seluruh Kepulauan Melayu dan Jawa. Pada masa itu Patani-Kelantan dikenali sebagai Kerajaan Cermin kerana banyak ulamak berada di situ sehinggakan belajar agama Islam di Kota Mekah mesti sambung belajar di Patani-Kelantan. Patani-Kelantan diberi nama jolokan Kerajaan Cermin Mekah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.