DYMM RAJA MUDA REMAN @ RAJA LONG GAFFAR KELANTAN 1756M
Ahlulbait+Zoroaster(aSyira/asSyarrian)+Moghul(Ghengzih Khan)+Yunnan-Champa+Pattani-Kelantan>Long Gaffar/Datuk Syed Kadok I>MQTK/ANZ>1MALAYSIA
Baginda memerentah Kelantan (ketika itu dipanggil "Tanah Serendah Sekebun Bunga, Kisaran Payung, Negeri Cik Siti Wan Kembang- Negeri berdaulat!) setelah menang perang iaitu perang Kota Kubang Labu 1 di dalam peristiwa sejarah yang terkenal iaitu ‘Tragedi Kain Cindai’. Perang tersebut berlaku selepas raja Kota Kubang Labu (Sultan Kelantan) 1750M yang bernama Raja Long Pandak (dari keturunan Jembal) membunuh isterinya yang merupakan puteri Raja Legeh (Narathiwat sekarang).
PUTERI NENG MAS (Legeh)
Puteri tersebut bernama Puteri Neng Mas (Tengku tengah adik Long Deraman) adalah juga merupakan sepupu Long Gaffar telah dibunuh kerana dituduh bermukah dengan Long Gaffar, gara-gara ‘cemburu buta’ kerana Permaisuri telah memiliki "KAIN CINDAI" yang bernama "Cepa Melaka" yang dimiliki oleh Long Gaffar.
'KAIN CINDAI Chepa Melaka'
Sebenarnya kain cindai tersebut dipinjamkan oleh Long Gaffar semasa lawatannya bersama Long Yunus ke Kota Kubang Labu, kebetulannya pada masa kedatangan Long Gaffar itu, Long Pandak baru pergi berburu. Manakala di masa itu Permaisuri terasa tertarik dengan kain Cindai ‘Chepa Melaka’ yang dibawa oleh Long Gaffar itu; lalu meminta untuk ditiru tenunannya. Long Ghaffar sedia meminjamkan kain Cindai itu kepada permaisuri sambil disaksikan oleh Long Yunus. Kemudian, tanpa mengambil kembali kain Cindai tersebut, Long Gaffar dan Long Yunus pun bersepakat untuk berjalan-jalan sambil merantau sampai ke Terengganu (menunaikan amanat al-Sultan Pattani ayahandanya, supaya melihat perkembangan negeri Terengganu).
BERANGKAT KE TERENGGANU
Sesampainya di Terengganu (Besut), Long Gaffar dan Long Yunus menjadi begitu sedih, marah dan terharu apabila mendengar keluhan dan aduan rakyat tentang jajahan Besut yang telah dirampas oleh Bugis. Yang mana sebelum ini jajahan Besut telah tergadai kepada Bugis oleh Sultan Terengganu akibat ‘Kalah dalam sayembara ‘Laga Ayam’, sedangkan negeri Terengganu itu adalah ‘HADIAH’ nendanya al Sultan Pattani kepada YM Raja Johor, sebagai tanda kekeluargaan dan kasih sayang dari titihan wali keramat Yang Mulia (YM) Syed Hussein JamadilKubra bin Sheikh Ahmad Jalal Al Akhbar (Deccan). Tanpa pengetahuan Sultan Terengganu, sekadar bertawakkal.., maka Long Gaffar dan Long Yunus telah berpakat untuk bertanding ‘Laga Ayam’ dengan angkatan Raja Bugis demi mengembalikan semula pengaruh dan kredibiliti Empayar ayahandanya Pattani dan Istana Terengganu itu sendiri; Dan apatah lagi baginda Long Gaffar sendiri adalah Putera Mahkota Pattani, maka layaklah beliau sendiri menyelesaikan masalah tersebut.
PENGHULU ADAS____
Akhirnya dengan kebjiksanaan dan kepandaian senjata bapa saudara baginda, Penghulu Adas (YAM Datuk Syed Kadok 1), telah menggunakan tipu-helah menggunakan ‘Lawi Ayam’ iaitu satu senjata kecil daripada BESI seperti pisau, sehingga berjaya membuat ‘ayam sabung’ angkatan Bugis kecundang walaupun kelihatan pada mulanya Ayam Sabung itu sudah hampir kalah. Rentetan daripada kemenangan tanpa upah itu, lalu menjadi kecohlah bumi Terengganu dengan teriakan:
“Raja Long Gaffar ambil balik Besut! Raja Long Gaffar ambil balik Besut!”, Maka sampailah berita itu kepada Sultan Terengganu, maka dijemputnya angkatan Long Gaffar dan Long Yunus bersaudara ke Istana Terengganu lalu diraikan dalam upacara yang penuh gilang-gemilang. Menurut riwayat, baginda diraikan selama tiga bulan berturut-turut di Terengganu.
UTUSAN BERKUDA
Di masa Long Gaffar dan angkatannya bersama Sultan Terengganu tengah bersukaria di istana, tiba-tiba datanglah ’utusan berkuda’ dari Kerajaan Reman- Pattani yang membawa perkhabaran tentang kematian Permaisuri Kelantan iaitu sepupu kepada Long Gaffar dan Long Yunus bersaudara yang dibunuh oleh Long Pandak, Sultan Kelantan di masa itu. Maka angkatan baginda Long Gaffar pun bertolak dari Terengganu bersama ratusan askar dari kerajaan Istana Terengganu untuk merampas kembali ‘kedaulatan’ empayar Pattani-Kelantan yang mula diderhakai oleh Long Pandak. Di tengah jalan, rupanya telah ada satu pasukan pembunuh khas dari sultan Long Pandak untuk menyerang hendap angkatan Long Gaffar di Mahligai, Pasir Putih
PENYERANG 'HENDAP_____
Alhamdulillah dengan ‘pertolongan Allah’, rencana ‘serang hendap’ oleh pasukan Long Pandak itu dapat dihidu oleh pembesar kepada Datuk Syed Kadok 1, Tok Kundor @ Pendekar Kundor (Kg. Anak Bukit, Melor, Kelantan), Lalu Pendekar Kundor mengarahkan penduduk dan kaum-kerabatnya yang setia pada Raja Long Gaffar untuk menyerang hendap pula pasukan Long Pandak daripada belakang. Lantaran itu habis mati kesemuanya pasukan ‘penyerang hendap’ tentera Long Pandak dibunuh oleh Pendekar Kundor dan penduduk Kg.Anak Bukit, Melor tanpa belas kasihan lagi. Sesampainya angkatan Long Gaffar ke tempat kejadian itu, dilihat musuh-musuhnya telah menjadi mayat-mayat yang bergelimpangan tidak bernyawa lagi..
KE KOTA KUBANG LABU
Kemudian angkatan Long Gaffar telah bergabung dengan angkatan Pendekar kundor, Kg. Anak Bukit, Melor, menuju ke Istana Kota Kubang Labu beramai-ramai. Di masa itu hari telah pun melampaui waktu Isya’. Sesampainya angkatan Raja Long Gaffar ke Istana Kota Kubang Labu adalah hampir-hampir waktu subuh;
“Ketika lena dibuai mimpi tidur, tiba-tiba Long Pandak membukakan matanya, lalu ia terdengar bunyi Ayam Jantan berkokok: “koo.. kokokoOO..”; Dan ia melihat DUA ORANG LELAKI BERTOPENG; Lalu Long Gaffar membunuh Long Pandak dan Long Yunus membunuh Long Mohamaad @ Long Deraman”. Kemudian Long Gaffar berkata kepada Long Yunus: “Adik (adinda)! Kamu tinggal dalam istana (jadi Raja) dan biar abe (kekanda) pegang rakyat.” lalu ia memakai gelaran Tengku Sri Maharaja Datuk Perdana Menteri Long Gaffar Kelantan iaitu yang berstatus Sultan merangkap PERDANA MENTERI (dua-dua pegang kuasa eksekutif dengan kuasa rakyat). Segala perkara-perkara KEHAKIMAN yang berkaitan dengan urusan agama Islam dan hukum ‘Hudud’ diserahkan kepada Kerajaan Raja Long Gaffar di Limbat; manakala Raja Long Yunus menjadi Raja yang bersemayam di istana Kota Kubang Labu yang melibatkan urusan istana dan pentadbiran sosial sahaja.
Di Kota Limbat, Long Gaffar mula membangunkan madrasah berbentuk ala ‘pondok’ (cottage learning Centre) untuk perkembangan agama Islam dan melantik seorang ulama besar bernama TOK BARUH (Hj. Ismail, Pattani) untuk menjadi guru madrasah di situ. Manakala baginda sendiri akan turun mengajar setiap hari Jumaat dengan memakai Topeng (ala Zorro atau di balik tabir) untuk mengajar rakyat supaya tidak dikenali.
Di zaman baginda Raja Long Gaffar inilah satu peristiwa sejarah yang besar telah berlaku iaitu dengan terbitnya Kitab Munyatul’Musolli yang dikarang oleh Syeikh Daud alFatoni di Mekah, hanya dengan menggunakan jari-jarinya sahaja dalam keadaan gelap tetapi telah disinari cahaya putih yang keluar dari tangannya. Kitab itu dikarang oleh Sheikh Daud alFatoni atas arahan Raja Long Gaffar Kelantan 1754M untuk memerintah di Kota Limbat.
Firman Allah:“Sesungguhnya orang-orang yang inginkan akhirat tidak akan mencari pengaruh di mukabumi” (alQuran).
DUA RAJA BERSAUDARA
Gabungan ‘dua Raja bersaudara’ yang warak, alim, bijaksana dan berani itu telah membentuk satu identiti yang unik bagi Kelantan dan tersendiri; di mana di masa pemerentahan Long Gaffar dan Long Yunus itulah, baru terlaksananya HUKUM HUDUD yang tulen dan tersebarnya dengan meluas ilmu ALQURAN (pegangan AhlulBait-quran Qadim) dan juga ilmu Kitab-Kitab Muktabar seperti AlHikam, Muhimaah, Munyatul’Musolli, Minhajul'Abidin dan Kitab Kuning Pattani selain Kitab Nur Muhamaad dan Hikayat Nabi Bercukur.
photo: hiasan sahaja
___*nota: __
_Kain Cindai ‘Chepa Melaka’ akhirnya telah dirampas penjajah pada era pasca perang dunia ke I pada (1909M) ketika era menghapuskan pengaruh dan kuasa Raja Long Gaffar dalam istana oleh penjajah daripada pewaris terakhirnya Datuk Syed Kadok III iaitu Tengku Mahmud bin Tengku Hussein @ Nik Mud bin Nik Sen alKubra yang mencari perlindungan di Kg. Kadok, Ketereh.
Kg.Kadok adalah tempat berdiamnya bapa saudara YM Tengku Mahmud iaitu Datuk Syed Kadok II dan kemudiannya telah dikahwinkan dengan anak YM Datuk Syed Kadok sendiri (sepupunya) iaitu YM Syarifah Maryam @ Nik Yam dan diberi ‘hadiah’ berupa tanah seluas 14 ekar di Kg. Bandar, Pulai Chondong, 16660 Kelantan dan sebuah Kapal Laut bernama 'KAPAL SRI KELANTAN'.
MEMBUKA KAMPUNG BANDAR
Baginda kemudiannya hidup ‘zuhud’ dengan hanya dikenali sebagai ‘anak Raja T'tani pembuka Kg. Bandar’ dan guru mutlak alQuran Qadim. Perkampungan baru itu menjadi transit utama di zaman itu kerana pengangkutan utamanya adalah sungai dan kampung itu bersebelahan dengan Sungai Kelantan. Kampung itu dinamakan 'KAMPUNG BANDAR' kerana bermaksud Perkampungan iaitu MEKAH dan Perbandaran bermasud 'MADINAH; lalu dijadikan kampung itu dengan nama KAMPUNG BANDAR atau MEKAH-MADINAH. Manakala, kitab syariat yang menjadi teras ajarannya adalah Tanbihul'Ghafilin, minhajul'Abidin, Munyatul'Musolli dan Ihya' Ulumiddin karangan Imam Ghazali rd.
‘NEGERI DIKERAT LINTANG’
Di zaman pemerintahan dua Raja bersaudara, Raja Long Gaffar dan RajaLong Yunus itulah Kelantan pula dikenali pula sebagai ‘Negeri dikerat lintang’ atau atau negeri dua pemerintahan. Mengikut sejarah yang terdahulu, pada awalnya (1350M), Kelantan diberi nama oleh nendanya Syed Hussein JamadilKubra berdasarkan peristiwa ‘Kilatan’ atau ‘cahaya berbentuk Tudung Saji’ di Bukit Panau.
(rujuk perpustakaan Awam Kelantan dan profile M Q T K/ANZ ).
photo:
KERABAT MQTK/ANZ bergambar kenangan pada dis 2010M di TNB Jeli Resort, Jeli Kelantan
"Kepala AhlulBait adalah lebih mahal bagi Yahudi laknat’tullah, selain kepala Osama ben Laden! eraa akhir zaman sudah bermula.." ... -YDP MQTK
YM Datuk Syed Kadok III Sebenarnya zuriat terakhir Raja Long Gaffar-Pattani iaitu YTM Tengku Mahmud bin Tengku Hussein @ Nik Mud bin Nik Sen (Putera Mahkota Pattani yang hilang dalam sejarah) telah berhijrah ke Kelantan (Kg.Kadok) dari Pattani adalah kerana telah diburu oleh kerajaan SIAM. Baginda Tengku Mahmud telah mendapat berita bahawa kerajaan Siam telah bernekad untuk menyerang Istana Pattani pada satu tarikh yang diketahui oleh penasihat istana Pattani seorang waliAllah yang kasyaf. Maka baginda bersama 40 orang pengikut setianya telah melarikan diri dari istana Pattani pada waktu subuh (rujuk MQTK scribd) dan membawa bersama mereka Kitab-Kitab Muktabar Pattani seperti Kitab Kuning, Nur Muhamaad, Tanbihul'Ghafilin, alHikam, Munyatul’Musolli, Faradatul’Faraid, Minhajul’Abidin dan banyak lagi kerana di masa itu Kitab-Kitab diutamakan di istana-istana Raja kemudian baru disebarkan kepada rakyat.
Nota:
Dimasa dahulu, Kitab-Kitab Muktabar adalah amat-amat diagungkan. Sebelum disebarkan kepada rakyat, Kitab-Kitab itu akan diarak disekeliling istana dahulu. Begitulah mulianya Kitab-Kitab agama itu. Di masa itu, hanya anak-anak Raja (golongan Istana) yang pandai membaca Kitab dan tahu hukum-hukum agama. Setelah dewasa, maka MEREKA akan sebarkan kitab-kitab itu untuk rakyat. Kitab-Kitab Muktabar pegangan AhluilBait Pattani-Kelantan sekarang ini 100% telah pun diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris; _Kitab-Kitab tersebut telah pun disahkan dengan rasminya -oleh Ybhg. Prof. Uthman Muhammaed El-Muhammady, fellow (ISTAC) dan juga selaku Penasihat Kehormat MQTK Malaysia pada Mac 2009 bersama MQTK committee meeting iaitu YM YDP MQTK Yusnaidi bin Yusoff, cikgu Arrifin bin Che Yahya (PKHEM, Sek. Men. Hamzah 1, 18500 Machang, Kelantan, dan YM Nik Mohd Kamal bin Hj. Nik Lah (ajk PKLGK) dan perjumpaan ini adalah diatur dan turut disaksikan oleh YM Wan Syamsuddin Ramli, bendahari MQTK dan YM Nik Mahadi bin Nik Hassan selaku wakil TV3 Kelantan.
TAQQIYYAH
Selain dari Kitab-Kitab Muktabar; dibawa bersama mereka juga dua biji ‘buah pinang’ untuk ditanam di tepi rumah masing-masing jika telah selamat sampai di mana-mana destinasi sebagai satu ‘tanda’ untuk dikenal akan KETURUNANNYA, kerana angkatan YM Tengku Mahmud telah berhijrah lebih awal ke Kelantan dan manakala yang lain ada yang mencari perlindungan dan menetap di Kedah, Perlis dan Terengganu.; begitu juga di Pahang dan Perak. Melalui era Datuk Syed Kadok III inilah bermulanya kembali episode cerita menyembunyikan ‘identiti’ atau TAQQIYYAH sebagai ahlulbait dan Putera Mahkota Pattani yang hilang dalam sejarah itu.__
KESIMPULAN
Kain Cindai ‘Chepa Melaka’ adalah inti kepada perubahan sejarah negeri Kelantan. Daripada ‘Tragedi Kain Cindai’ itulah yang membawa kepada kemangkatan Permaisuri Kelantan (sepupu Long Gaffar) dan terbunuhnya Sultan Kelantan (Long Pandak dari titihan Raja Sakti- Raja Jembal) sehingga berlakulah peralihan takdir Allah sehingga terbentuknya satu institusi Kesultanan AhlulBait di bumi Kelantan; Dan di zaman Raja Long Gaffar dan Raja Long Yunus, barulah ikhwan Islam dan ROH sebenar Islam di bumi berkat ini terhasil. Malangnya akibat diratah zaman penjajahan pasca-perang Jepun-British, pengaruh AhlulBait dalam pentadbiran Istana mula dihapuskan. Sistem ‘pecah’ dan ‘perintah’ telah mencerai-beraikan Empayar Kesultanan AhlulBait Nusantara sehingga ke sekarang ini. Begitu juga di Kelantan dan Malaysia, AhlulBait telah tersembunyi disebalik identiti 'BUMIPUTERA'; dan identiti ini perlu dipelihara dn dijaga sebagai satu Amanah Allah. Perjuangan perlu diteruskan sehingga Melayu tetap MERDEKA sehingga WAHYU ALLAH (alQuran) mengatasi segala-galanya, insyaAllah..!____
"Sultan adalah PAYUNG ALLAH di muka bumi ini, tempat bernaungnya orang-orang lemah, memberi pertolongan kepada orang-orang aniaya. Barangsiapa yang memuliakan SULTAN ALLAH di dunia ini, Allah akan memuliakannya di Hari Kiamat"__(Hadis daripada Abu Hurairah)Ingat! AhlulBait haram menerima sedekah dan duit zakat. Kalau mahu terima juga, tukarkan niatnya kepada HADIAH. Natijah perlanggaran akan menyebabkan ditimpa penyakit dan musibah (rujuk ulama @ Kitab Keutamaan Keluarga Rasulullah keluaran Klang Book Store). Ingatlah! Negeri kita ini aman sentosa sedangkan di sekitarnya binasa dengan pelbagai masalah dan bencana. kerana ada zuriat nabi SAW yang menjadi payungnya, lantaran itu telah menjadi sejarah, Tanah Melayu yang awalnya menjadi tumpuan penghijrah seperti orang Cina, India dan bangsa lain tertumpu ke negeri Tanah Melayu dan menjadilah bahasa Melayu ‘Lingua Franca’ pada dunia.sedangkan di sekitarnya binasa dengan pelbagai masalah dan bencana. Ironinya, setelah sekian lama RAHMAT itu dijaga, adakah sekarang ini ada seiapa yang berani menderhaka kerana jahil tentang HUKUM?, Jahil tentang sejarah? Ingatlah! Raja-Raja itu Panca Seri! Panca Seri itu adalah Daulat! Daulat itu KURNIA Allah. Buang Raja hilanglah Daulat; Apabila hilang Daulat maka Binasalah negeri. Binasa negeri hilanglah MELAYU; kerana itu ada Rajanya iaitu zuriat Yang Mulia AhlulBait Rasulullah SAW dan ingatlah akan .....
WASIAT NENDA RASULULLAH SAW:
“AhlulBait itu ibarat Bahtera Nuh di zaman Nuh. Mereka itu adalah satu-satunya SARANAN KESELAMATAN-ku di akhir zaman. Sesiapa yang menaikinya akan selamat dan sesiapa yang ketinggalan akan binasa; Sesiapa yang membenci AhlulBaitku adalah membenciku; Dan sesiapa yang membenci-ku adalah menjadi Musuh Allah dan musuh Jibril”.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.