Sultan Muhammad Ke-V berkuasa penuh
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini, semalam memutuskan bahawa Pemangku Raja Kelantan berkuasa penuh sebagai Sultan apabila Sultan negeri itu mengalami ketidakupayaan seperti yang peruntukan oleh Perlembagaan Negeri Kelantan.Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mengetuai panel tiga hakim, berkata Perlembagaan Negeri Kelantan juga memperuntukkan bahawa Pemangku Raja Kelantan boleh melaksanakan tugas Sultan ketika Sultan tidak mengalami ketidakupayaan.
“Kami berpendapat hanya seorang individu patut menguruskan hal ehwal Negeri Kelantan pada satu-satu masa,” katanya dalam penghakiman setebal 33 muka surat itu.
Oleh itu, kata, Zulkefli, Tuanku Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra, tidak mempunyai kedudukan dari segi undang-undang untuk meminta Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengenai persoalan berkaitan kuasa dan kewibawaan Pemangku Raja Kelantan itu ketika Sultan mengalami ketidakupayaan.
Panel yang turut dianggotai Hakim Datuk Md Raus Sharif dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embong, sebulat suara menolak petisyen Tuanku Ismail Petra selepas membenarkan bantahan awal peguam Tan Sri Cecil Abraham, yang mewakili responden, Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra), bahawa ayahanda baginda tidak ada bidang kuasa merujuk persoalan itu kepada mahkamah berkenaan.
Sultan Muhammad Ke-V dianugerah D.K. Selangor

Penganugerahan darjah kebesaran ini menggambarkan betapa rapatnya hubungan di antara Istana Kelantan dan Istana Selangor khususnya dan di antara rakyat kedua-dua negeri amnya. Rakyat negeri Kelantan amat berbesar hati di atas penganugerahan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kepada Al-Sultan Kelantan. Dalam istiadat ini, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berangkat dan menganugerahkan sendiri darjah kebesaran tersebut kepada Al-Sultan Kelantan di mana istiadat ini dimulakan dengan keberangkatan masuk Yang Amat Mulia Tengku Panglima DiRaja Selangor ke Balai Singgahsana. Turut berangkat dalam istiadat tersebut adalah Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Yang Berhormat Mulia Tengku Laksamana Kelantan, Yang Berhormat Mulia Tengku Panglima Raja Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Seri Setia Raja Setiausaha Kerajaan Kelantan, Yang Berbahagia Dato’ Pengelola Istana D’Raja Kelantan, Yang Berbahagia Dato’ Ketua Istiadat dan pegawai-pegawai Pejabat Sultan Kelantan. Manakala turut hadir di pihak Istana Selangor pula adalah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Panglima DiRaja Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Aris Temenggong Selangor, Kerabat-Kerabat DiRaja Selangor, Ahli-Ahli Dewan DiRaja Selangor dan Pembesar-Pembesar Negeri Selangor. Istiadat tersebut dimulakan dengan penganugerahan Darjah Kerabat (D.K.) Selangor Yang Amat Dihormati kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V diikuti dengan pengurniaan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia Al-Muhammadi) (S.P.M.K) kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor. Istiadat diakhiri dengan bacaan doa oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama DiRaja Mufti Selangor. Selepas Istiadat tersebut selesai, satu majlis santapan tengahari turut diadakan. Dengan pengurniaan ini adalah diharapkan agar hubungan di antara Keluarga D’Raja Kelantan dan Keluarga D’Raja Selangor akan menjadi lebih erat lagi dan Institusi D’Raja di negara ini akan lebih mantap dan terus disanjung rakyat jelata dimana Institusi D’Raja menjadi payung kesejahteraan rakyat. Tuanku Ismail Petra, yang memfailkan petisyen berkenaan pada 5 Mei dan 22 Jun tahun ini, menamakan Sultan Muhammad V dan Kerajaan Negeri Kelantan sebagai responden. Dalam petisyen itu, Tuanku Ismail Petra memohon Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengenai beberapa persoalan undang-undang sama ada Sultan Muhammad V, yang memangku jawatan Sultan ketika itu, mempunyai kuasa memecat atau melantik anggota Majlis Perajaan. Sultan Muhammad V dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei tahun lalu oleh Majlis Perajaan atas alasan ayahanda baginda gering. Pada 13 September lalu, Sultan Muhammad V dilantik sebagai Sultan Kelantan oleh Majlis Perajaan. Tuanku Ismail Petra mengalami ketidakupayaan sejak Mei tahun lepas.
Zulkefli berkata, Tuanku Ismail Petra tidak boleh melaksanakan kuasa sebagai Sultan mengikut Perlembagaan Negeri Kelantan, selagi Pemangku Raja Kelantan menyandang jawatan ketika baginda mengalami ketidakupayaan.
“Ini kerana, disebabkan ketidakupayaan pempetisyen (Tuanku Ismail Petra) sebagai Sultan Kelantan ketika itu, Pemangku Raja Kelantanlah dan hanya Pemangku Raja Kelantan saja yang akan melaksanakan kuasa yang diberi kepada ‘Sultan’ mengikut Perlembagaan Negeri Kelantan,” katanya.
Katanya, Tuanku Ismail Petra hanya boleh melaksanakan kuasa itu setelah kembali semula ke Kelantan dan menyandang jawatan sebagai Sultan Kelantan.
“Mengikut fakta yang ada di hadapan kami, pempetisyen tidak berbuat demikian sebaik saja pulang ke Kelantan pada atau kira-kira pada Mac 2010. Malah, pempetisyen terus berada dalam keadaan tidak berupaya, manakala responden pertama (Sultan Muhammad V) terus menjadi Pemangku Raja Kelantan.
“Berlandaskan alasan di atas, pempetisyen tidak boleh melaksanakan sebarang kuasa yang diperuntukkan kepada ‘Sultan’ selagi ada Pemangku Raja Kelantan.
“Pempetisyen, yang mengalami ketidakupayaan, tidak boleh melaksanakan kuasa itu, melainkan beliau pulih daripada ketidakupayaan yang dialaminya,” katanya.
Zulkefli berkata, tiada bezanya antara kuasa yang dilaksanakan Sultan Muhammad V ketika baginda menjadi Pemangku Raja Kelantan dan kuasa yang dilaksanakan seorang Sultan yang memerintah, tanpa mengira sama ada Sultan Muhammad V dilantik oleh Majlis Perajaan atau oleh Sultan Kelantan ketika itu, Tuanku Ismail Petra. – BERNAMA
Pemasyhuran gelaran Sultan Muhammad Ke-V

PENGEDARAN ISTANA BILANGAN 2 TAHUN 2010
PEMASYHURAN PENGGUNAAN GELARAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL-SULTAN KELANTAN
Adalah dimaklumkan bagi pengetahuan Kerabat-Kerabat D’Raja, Orang-Orang Besar Negeri, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Ketua-Ketua Jabatan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Pegawai-Pegawai Kerajaan, Badan-Badan Bukan Kerajaan dan sekalian orang ramai bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan telah mengampuni perkenan menggunakan Gelaran:
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD KE-V
AL-SULTAN KELANTAN
2. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa sebarang panggilan kepada KDYMM Tuanku adalah menggunakan gelaran tersebut. Saya berharap tidak ada lagi mana-mana pihak yang keliru dan menggunakan gelaran yang berbagai-bagai dalam sebutan atau penerbitan masing-masing.
3. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerabat-Kerabat D’Raja, Orang-Orang Besar Negeri, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Ketua-Ketua Jabatan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Pegawai-Pegawai Kerajaan, Badan-Badan Bukan Kerajaan dan sekalian orang ramai di atas kerjasaman yang telah diberikan kepada Pejabat Sultan Kelantan sehingga istiadat pemasyhuran telah selamat disempurnakan pada 4 Syawal 1431H bersamaan 13 September 2010.
4. Saya berdoa semoga Allah S.W.T. memberi taufik, hidayah dan keberkatan kepada KDYMM Tuanku Al-Sultan dan sekalian Kerabat D’Raja.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Yang Menjunjung Titah Perintah,
(Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Hamad)
Pengelola Istana D’Raja Merangkap Ketua Istiadat Kelantan
PEJABAT SULTAN KELANTAN,
ISTANA BALAI BESAR,
KOTA BHARU,
KELANTAN.
04 Syawal 1431H bersamaan 13 September 2010
[Ps.Kn.Pro/11/95(33)]
KENYATAAN MEDIA PEJABAT SULTAN KELANTAN
Assalamu’alaikum w.b.t.
1. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sebahagian besar pihak media yang telah memberikan kerjasama yang begitu baik kepada Pejabat Sultan Kelantan dengan liputan yang baik mengenai pelantikan dan pemasyhuran Al-Sultan Kelantan yang baru pada 13 September 2010. Ini adalah satu sejarah yang paling penting bagi negeri Kelantan yang berlangsung di Istana Balai Besar. Istana Balai Besar ini menjadi Pusat Pentadbiran Kelantan dan Pusat Bandar Kota Bharu. Ianya dibina pada tahun 1844.
2. Ekoran daripada pemasyhuran yang telah dibuat itu, satu Pemasyhuran Pengunaan Gelaran telah dibuat oleh Pejabat Sultan Kelantan yang menyatakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan telah mengampuni perkenan menggunakan Gelaran:
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD KE-V
AL-SULTAN KELANTAN
Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa sebarang panggilan kepada KDYMM Tuanku adalah menggunakan gelaran tersebut.
3. Bacalah Perlembagaan Negeri Kelantan dan fahamilah, sekiranya masih tidak faham rujuklah kepada pakar dalam bidang berkenaan. Jangan beri pandangan yang tidak berpandukan kepada fakta yang mutakhir. Rujuklah kepada Perkara 23A mengenai “Pelucutan Takhta”, Perkara 26 mengenai “Gelaran” dan Perkara 3(2) mengenai pindaan Perlembagaan sebagaimana yang ditegaskan sebelum ini “bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan pesertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain“. Ini ditegaskan beberapa kali oleh Setiausaha Majlis Perajaan Negeri. Saya tidak boleh memberi ulasan panjang mengenai perkara ini kerana ia telah menjadi kes mahkamah.
4. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin negeri dan negara seperti Menteri Besar Kelantan Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Tan Sri Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Pakar Perlembagaan di Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Rohimi Shapiee dan pihak-pihak tertentu yang telah memberi pandangan dan sokongan mengenai perkara ini.
5. Tuanku Al-Sultan pernah bertitah bahawa Baginda memikul amanah Paduka Ayahanda untuk mentadbir negeri dengan berhemah dan menjaga kebajikan rakyat jelata. Pesanan itu menjadi pegangan dan prinsip hidup Tuanku Al-Sultan yang baru dan di sinilah letaknya “barakah” yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.
6. Saya dan pegawai-pegawai serta kakitangan Pejabat Sultan Kelantan berasa sebak dan menitiskan air mata kegembiraan di atas keizinan Allah S.W.T. kerana telah memberikan penyelesaian di atas isu yang berlarutan sekian lama. Saya terharu dengan sokongan dan harapan yang diberikan oleh rakyat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Kelantan yang baru. Saya dan pegawai-pegawai serta kakitangan Pejabat Sultan Kelantan tidak terasa letih walaupun terpaksa bertugas sepanjang masa tanpa rehat demi untuk mencari kebenaran dan keredhaan Allah S.W.T.
7. Marilah kita kembali ke jalan yang benar. Kita bertaubatlah jika ada apa-apa kesilapan yang kita telah lakukan. Rakyat tahu menilai mana yang baik dan buruk. Terimalah ketentuan Allah S.W.T. Ianya ada hikmah Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana.
Sekian.
Wabillahitaufik Walhidayat Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima Kasih
DATO’ HAJI ABDUL HALIM BIN HAJI HAMAD
Pengelola Istana D’Raja
Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan
Bertarikh: 22hb September 2010
Sumber: http://thekelantaninsider.blogspot.com/
PEMASYHURAN OLEH PERTUBUHAN PELAJAR ALQURAN DATUK SYED KADOK KELANTAN MQTK 1909M
Alhamdulillah, dari MQTK_QuranSunnahIslam dengannama Allah Yang Amat Pemurah lagi Maha Penyayang,
maka dengan penuh rasa taat setia serta kasih mesra
yang tidak berbelah bagi, menjunjung duli,
Menegak ‘PANCASERI’,
maka patik hamba Allah pada sekelian hamba rakyat yang mewakili zuriat kerabat
YM Datuk Paduka Syed Kadok Kelantan (1810M), dari titihan
DYMM Tengku Sri Maharaja Datuk Perdana Menteri Long Gaffar Pattani-Kelantan (1756M-1786M) yang berketurunan kepada Yang Mulia Paduka Ayahanda Syed Hussein JamadilKubra Nusantara (1350M) dari jalur Saidina Hussein rd bin Ali bin Abi Talib KWJ/Siti Fatimah AzZahra(700M) sampai kepada moyang kami junjungan besar Nabi MUHAMMAD SAW (571M),
sampai kepada nasab Bapa kami Nabi Ibrahim Khalilullah as; maka dengan ini kami merafak sembah mencemar duli
dengan lafaz
‘Innahumin’Sulaimana’wain’
Dengan ini memasyhurkan Kebawah DYMM SULTAN MUHAMMAD KE V
adalah secara rasmi sebagai 'PENAUNG DIRAJA' Kepada Pertubuhan Pelajar AlQuran Tok Kadok Kelantan 1909M ditandatangi oleh:
Tok Kadok VIII
Pemegang Wasiat Nabi Ibrahim Khalilullah as
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.