“ Bukanlah kebajikan itu hanya menghadap muka kamu ke arah timur dan barat, tetapi kebajikan (yang sebenarnya) ialah beriman kepada ...
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Monday, April 4, 2011
DI SEBALIK TABIR KAYANGAN
RAMADHIRAJA (RAJA SRIRAMA): RAJA SIAM PERTAMA BERAGAMA ISLAM
Dalam buku Raja Campa dan Dinasti Jembal Dalam Patani Besar, di muka surat 20 menyatakan :
“Di antara raja-raja orang Thai, Raja Rama atau Ramadhiraja (putera Ramesuan) tidak terdapat catitan yang merakamkan peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa pemerintahannya. W.A.R. Wood dan D.G.E. Hall menyatakan bahawa zaman pemerintahannya adalah satu zaman yang tidak tertulis dalam sejarah Siam.
Ramadhiraja : Raja Siam Pertama Beragama Islam?
Merujuk kepada teguran Srikandi, salah seorang penulis dalam mistisfiles.blogspot.com terhadap maklumat-maklumat yang dikemukakan dalam sejarahnagarakedah.blogspot.com, membuatkan penulis terpanggil untuk berkongsikan satu maklumat dari sebuah buku lama yang ada dalam simpanan. Mungkin maklumat di bawah ini merupakan sebahagian daripada ‘clue’ atau ‘puzzle’ yang dapat memberi ‘hint’ tertentu kepada pembaca yang arif tentang kebenaran sejarah Siam era Ayuthia yang dikatakan dipengaruhi oleh Islam.
Dalam buku Raja Campa dan Dinasti Jembal Dalam Patani Besar, di muka surat 20 menyatakan :
“Di antara raja-raja orang Thai, Raja Rama atau Ramadhiraja (putera Ramesuan) tidak terdapat catitan yang merakamkan peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa pemerintahannya. W.A.R. Wood dan D.G.E. Hall menyatakan bahawa zaman pemerintahannya adalah satu zaman yang tidak tertulis dalam sejarah Siam.
Adalah satu yang membanggakan kerana riwayat tradisi Kelantan dapat membongkar apa yang sebenarnya berlaku di sebalik satu peristiwa penting yang cuba disembunyikan.
Mengambil kesempatan dari kelemahan empayar Majapahit di Jawa, Raja Rama (1395-1408) mengenakan tekanan yang lebih hebat lagi terhadap Empayar Chermin. Kerana inilah ia digelarkan (secara sinis) oleh orang-orang Kelantan zaman dahulu sebagai ‘Raja Ramo’ atau ‘Raja Kupu-kupu’ yang sikapnya suka hinggap ke sana ke mari.
Serangannya terhadap Ligor dan Singgora (dalam wilayah Empayar Chermin) mencapai kemenangan di mana Sultan Muhammad Tahir (Ligor) dan adindanya Sultan Baharun (Singgora) gugur di medan peperangan.
Wurawuri (Patani sekarang) yang merupakan pintu terakhir menuju ke wilayah pusat Empayar Chermin iaitu Kelantan dapat dipertahankan pada serangan kali pertama tetapi gagal pada serangan yang berikutnya. Raja Rama yang dikenali dengan gelaran Cau Sri Bangsa/Wangsa itu berikrar terhadap pencabarnya iaitu Sultan Sulaiman Syah (Raja Wurawuri) bahawa ia akan memeluk Islam kalau kemenangan berpihak kepadanya.
Walaupun pada mulanya ia tidak menepati janjinya itu (apabila terbunuhnya pencabarnya sewaktu berduet dengannya di atas gajah) tetapi melalui puterinya Dewi Nai Chu dan menantunya Sangesinga (putera kepada Sultan Sulaiman Syah) Raja Rama mula mengingati ikrarnya dahulu dan kembali memegang janjinya dengan menerima Islam sebagai agama anutannya.
Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Tun Seri Lanang bahawa Cau Sri Bangsa/Wangsa telah memeluk Islam. Dan diikuti oleh penulis-penulis sejarah yang kemudian dengan mengatakan raja-raja Patani adalah dari keturunannya.”
General Chavalit Yongchaiyudh (Mantan Perdana Menteri Thailand) yang dikatakan berasal dari keturunan Sultan Sulaiman Syah dan mempunyai ramai kaum kerabat beragama Islam di Bangkok dan Kuala Lumpur
PERSOALAN AHLI SEJARAH:
Merujuk kepada persoalan sama ada Raja-raja pada masa dahulu telah sedia ada berketurunan Islam ataupun baru memeluk Islam, penulis terjumpa satu petikan menarik sebagaimana dinyatakan di muka surat 47 :
“Mungkin kerana pengaruh agama Buddha-Mahayana yang begitu kuat maka keturunan-keturunan selepasnya telah terikut-ikut atau mencampur aduk kedua amalan agama Islam dan Buddha-Mahayana menjadi agama sankritisme. Kerana itulah kebanyakan ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa raja Patani sebelum Sultan Ismail Syah adalah raja yang masih lagi belum menerima Islam walaupun pengaruh Islam sudah lama bertapak.”
Oleh kerana penulis juga tidak begitu arif mengenai sejarah Siam era Ayuthia, maka penulis menyerahkan dan memberi kebebasan kepada para pembaca yang mungkin lebih mengetahui untuk sama-sama berkongsi maklumat mengenai kedua-dua petikan di atas.
Apa pun, sebagaimana Srikandi dari Mistisfiles, penulis juga berharap geng anai-anai terutamanya Encik Mazlan Ahmad dari sejarahnagarakedah.blogspot.com serta Encik Herman Abdullah dari themalaypress.blogspot.com lebih rasional dan tidak emosional dalam mengemukakan maklumat-maklumat sejarah dalam blog masing-masing. Tindakan emosional dengan mengherdik komen dan pertanyaan pembaca serta mengemukakan maklumat yang kelihatan langsung tidak relevan (seperti Siam Ramadhan) langsung telah mematikan mood para pembaca dan pengikut blog kalian. Sila ambil maklum teguran ini tidak berniat langsung untuk menjatuhkan kredibiliti kalian. Seperti penulis, Mistisfiles dan blog-blog pembongkar sejarah lainnya, niat kita juga sama, iaitu mencari kebenaran sejarah yang telah dipesongkan.
Rujukan :
1) Haji Abdul Halim Bashah Bin Haji Ibrahim (ABHAR) (1994) “Raja Champa dan Dinasti Jembal dalam Patani Besar” Pustaka Reka, Kubang Krian
2) Haji Abdul Halim Bashah Bin Haji Ibrahim (ABHAR) (1996) ”Wali Songo Dengan Perkembangan Islam Di Nusantara, (Edisi Kedua)” Al-Kafilah Enterprise, Kota Bharu
Hikayat yang berunsur Hindu berinduk pada dua hikayat utama - Hikayat Sri Rama dan Mahabbhrata. Dari dua kisah ini, kemudian berkembang kisah atau hikayat lain seperti Hikayat Pandawa Lima dan Hikayat Sri Rama. Hikayat yang mengandungi unsur Hindu dan Islam merupakan hikayat yang berasal dari tradisi Hindu, kemudian diubahsuai dengan memasukkan unsur-unsur Islam. Contohnya adalah Hikayat Jaya Lengkara, Hikayat Si Miskin, dan Hikayat Inderaputera. Sedangkan hikayat yang hanya berunsur Islam adalah hikayat yang berasal dari tradisi sastera Arab-Parsi. Contohnya Hikayat 1001 Malam, Hikayat Qamar al-Zaman dan lain-lain.
Berdasarkan isi, hikayat dapat digolongkan ke dalam tiga jenis juga iaitu jenis rekaan seperti Hikayat Malim Dewa, jenis sejarah seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Pattani, Hikayat Raja-raja Pasai dan jenis biografi seperti Hikayat Abdullah dan Hikayat Sultan Ibrahim bin Adam.
Wayang Kulit Kelantan
1. Pengenalan
2. Isi Cerita
3. Bentuk Patung & Watak
4. Alat Muzik
5. Bahasa
Wayang Kulit Melayu Kelantan dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani, Selatan Thailand.
•seorang dalang perempuan berbangsa thai bernama mak eghak adalah di anggap orang yang pertama mendalang dalam wayang jenis ini di kelantan.
•Patung2 wayangnya juga terutama patung Sri Rama dan Laksemana adalah lebih mirip ke arah pakaian tradisional orang selatan thai. Itulah juga makanya wayang tersebut di sebut sebagai wayang siam.
Wayang Kulit Kelantan - Wayang kulit jenis ini juga di kenali sebagi wayang siam, kerana negeri kelantan pada suatu masa dulu di bawah naungan patani dan patani ni di percayai menjadi pusat kesenian yang terdapat makyung, menora dan wayang kulit. Cerita wayang kulit kelantan kebanyakannya adalah saduran dari epik ramayana versi Thai.
•Alat2 muzik yang di gunakan dalam permainan wayang kulit kelantan ini ialah:-
• - Tetawak (gong) 2 biji (ibu dan anak)
- Canang 1 pasang (ibu dan anak)
- Kesi 2 pasang (penahan dan pengicah)
- Gedang 2 biji (ibu dan anak)
- Geduk 2 biji (ibu dan anak)
- Gedombak 2 biji (Peningkah dan pembawa)
- Mong 1 biji (Sebagai alat tambahan sahaja, bagaimana pun mustahak
juga jika di kehendaki memainkan lagu2 tertentu).
- Serunai 2 batang (Serunai besar dan serunai nyanyi)
- Pemetek 1 buah (Alat ini di guna sebagai mengganti suara perintah dalang
dan sebagai alat bantu kesan bunyi).
•Membuat Patung Watak Wayang Kulit:
•Watak asas wayang kulit dibuat daripada belulang lembu. Terlebih dahulu belulang direndam dalam air sebelum diregang supaya kulitnya rata. Watak dilukis terlebih dahulu kemudian ia dipahat supaya lubang-lubang terbentuk untuk menghasilkan corak bayang di atas kelir (skrin) kelak.
•Patung belulang kemudian dikepit pada tetulang yang daripada buluh atau kayu, Bahagian atasnya dikepit menggunakan rotan yang dibelah. Tali tangsi digunakan untuk mengikat tetulang pada belulang.
•Bahasa pengantar dalam teater tradisional ini ialah dialek Melayu Kelantan yang mempamerkan pengaruh Patani.
Perkataan Wayang itu adalah berasal dari sebutan orang-orang Jawa yang bermaksud “bayang2-bayang atau bayangan”, orang kelantan menyebut woye atau ghoye, @ wayang; tetapi dalam lughah sebutan orang jawa, sebutan B itu disebut seperti bunyi W. Maka dari sebutan bayang itu jadilah dia sebutan wayang. Samalah dengan sebutan orang Melayu di Selatan Thai yg menggunakan huruf J da G, oleh kerana sebutan dlm bahasa thai tidak ada sebutan J dan G ini lalu di gantikan dgn sebutan Y dan K, seperti Jala = Yala, Sungai Golok = Sungai Kolok.
Ada juga yang menafsirkan sebagai bayangan angan-angan untuk menggambarkan perilaku atau perangai orang terdahulu secara angan-angan. Kerana itu seni rekabentuk dan imaginasinya bagi wayang itu digambarkan dalam bermacam rupa; kalau perangai atau sifat watak baik akan digambarkan sebagai serupa manusia, dan kalau yang berwatak jahat akan digambarkan sebagai rupa yang hodoh dan menakutkan. Bak kata orang Kelantan, "gigi samo besa nga mato kapok, lidoh panje." semua ini dibuat mengikut imaginasi sahaja kerana ia sesuatu yang tidak biasa dilihat pada hakikat asalnya.
Bagaimana pun teater wayang kulit ini adalah dipecayai sebuah teater yg sgt tua merangkumi seluruh Asia Tenggara termasuk Turki, China dan India. kerana luasnya taburan teater ini dimerata2 maka timbulah pelbagai cerita atau teori yang mengisahkan tentang asal usulnya.
1. Salah satu drpd pendapat yg mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari India. Katanya wayang kulit ini di bawa masuk ketempat kita dan asia tenggara amnya melalui pengaruh Hindu pada masa itu. Pengaruh tersebut dapat kita lihat sampai sekarang di dalam wayang kulit yang membawa haikayat dari India seperti Ramayana dan Mahabharata.
Demikian pula dengan bentuk patungnya, menurut mereka terdapat banyak persamaan bentuk patung wayang di kemboja dan thailand mempunyai persamaan dgn apa yg terdapat di Andhra Pradesh, Orissa dan Kerala di India. Adapun patung wayang di Malaysia dan Indon pula menerima pangaruh dari patung wayang golek di India juga. Di antara para sarjana yang menyokong pendapat ini ialah Sabri East Siyavusgil, Jacques Brunet dan William Ridghway.
2. Salah dua drpd pendapat pula mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari China. Mereka pula merujuk kepada suatu cerita lagenda di zaman raja Han Wu Ti yg menayangkan bayangan dikelir sebagai memanggil roh semangat isteri baginda. Pendapat ini di utarakan oleh Berthold Laufer.
3. Pendapat seterusnya pula mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari Jawa. Mereka mengatakan bahawa banyak istilah Jawa kuno yg terdapat dalam wayang purba (PENDAWO LIMA) telah pun ada sebelum masuknya pengaruh Hindu ke Asia Tenggara.
Pendapat ini di kemukakan oleh Hazeu. Setakat ini belum ada satu bukti yg jelas untuk kita mengatakan tempat yang sebenarnya kemunculan wayang kulit itu. Tentang wayang kulit kelantan pula sejarah tradisinya adalah berasal dari siam, tetapi jika di lihat pada penceritaan dan pengucapannya, wayang kelantan ini sudah pun menerima pengaruh dari jawa. Oleh kerana negeri kita ni terletak di tengah-tengah dunia Melayu jadi tak mustahil kita telah menerima budaya serantau melalui hubungan perdagangan, kebudayaan dan sebagai lagi.
VIDEO RAJA SRIRAMA DAN PAK DOGOL
(WAYANG KULIT)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.
TELAGA HAUDH RASULULLAH S.A.W.
-
*Al-Haudh* dari sudut bahasa bermaksud kolam atau tempat air, tetapi yang
dimaksudkan haudh di sini adalah telaga Rasulullah SAW kerana Allah SWT
menyed...
PERTUBUHAN PELAJAR ALQURAN DATUK SYED KADOK KELANTAN MQTK 1909M
BENDERA ASAL NEGERI KELANTAN
Panji-Panji Hitam Diambil dari bendera asal negeri Kelantan DarulNaim sebelum ditukar oleh kerajaan Kelantan pada tahun 1909M. Di masa bendera Panji-Panji Hitam ini dikibarkan, hukum HUDUD dijalankan sehingga pada masa era pasca penjajahan. Bendera ini berimejkan seekor anjing yang bernama KITMIR iaitu antara anjing-anjing yang dimasukkan ke Syurga. Anjing Kitmir ini telah menjaga pintu gua tempat dimana pemuda ArRakim AshabulKhafi telah ditidurkan Allah selama 309 tahun. MasyaAllah!! Riwayatnya anjing ini akan kembali untuk membantu nabi Isa putera Maryam untuk membunuh Dajjal Laknatullah bersama-sama AshabulKhafi dan Imam Mahdi. "Di akhir zaman, kaum kerabatku akan diinjak-injak dan dihina-hina sehinggalah datang stu kaum dari sebelah timur yang akan menegakkan Panji-Panji Hitam; Itulah Pemuda Bani Tamin". Dan Pemuda ini akan menyerahkan kekuasaan kepada Imam yang sebenar iaitu Imam Mahdi setelah kerajaannya kuat. Pemuda ini merupakan seorang anak raja yang zuhud dari keturunan Rasulullah SAW bernasabkan syd. Hussein rd. Kalimah khat pada bendera hitam itu pula adalah sepotong ayat alQuran yang bermaksud 'Pertolongan Allah' atau Nasrumminallah'. Manakala perkataan Kelantan tertulis pada ekornya sebagai simbol wilayah.
Raja-Raja Melayu adalah Ahlulbait. Nak mengenal AhlulBait perlu mengenal Raja-Raja Melayu; Dan nak mengenal Raja-Raja Melayu perlu kenal orang Melayu dahulu.
"Jika mereka meletakkan Matahari di tangan kanan saya dan Bulan di tangan kiri saya, supaya saya meninggalkan usaha saya ini, TIDAK AKAN SAYA TINGGAL-kan! Sehinggalah Wahyu Allah (A Statement of Truth) mengatasi segala-galanya"....
zZ
SEJARAH AHLULBAIT MELAYU: TITIHAN YM SYED HUSSEIN JAMADILKUBRA NUSANTARA
>> ..
Any matters raised, I would like to say that the Islamic Empire ruled for 500 years was actually Islam that killed my ancestor, namely Saidina Hussain rd. (Grandson of the Prophet Muhammad SAW) in Karbala until the descent I had to hide in Iran (Persian Zoroaster-)-Hadramaut (Allawiyyin-Suffiyyah) and finally to Gujarati [(Delhi Sultanate-Sultan Ahmad Jalal AlAkhbar (Zoroastarian+Monghul)] > and the final Kingdom is PATTANI or Nusantara or 'The Land's of Malay'/Jawiyun...
Al-Jawiyun nama gelarannya,Tanah jawi tempat asalnya. Kemuncak zaman keagungan di abad ke 13.
Then The Sultanate get 14 offspring of siblings and 7 to the East [(Federated Malay-Monarchy (YM Syed Hussein JamadilKubra Nusantara 1350M)] and 7 more people living in the continent of India (India-Pakistan-Afghanistan), two streams of Islam distinguishes this continent with the Islamic Middle East or Islamic Modern hybrids or Islamic or any name in Islam, but conditions still have 73 Islamic groups, but split up Resurrection.
Ahlulbayt for hunting and is killed by the Muslims themselves who do not like the direction that God's love in Ahlulbayt. Then Ahlulbayt killed and hated until now. Because Islam is the belief that elected caliph of Ahlulbayt. Those murderers saidina Hussein (Grandson of the Prophet Muhammad ) this is the hadith that rotate (Words by Prophet Muhammad SAW) and said it was the basis of Islam. This problem should be resolved by our IMAM.. (last task given)!
3:33 Allah chose Adam, Noah, Abraham Family (Ahlulbayt) and Imran Family (Jew and Christian) than from other nations in his day; as a descendant of a descendant of the other. "
61:4. O you who believe! Be you helpers of Allâh as said 'Iesa (Jesus), son of Maryam (Mary), to AlHawârîûn (the disciples): "Who are my helpers (in the Cause) of Allâh?" AlHawârîeen (the disciples) said: "We are Allâh's helpers" (i.e. we will strive in His Cause!). Then a group of the Children of Israel believed and a group disbelieved. So We gave power to those who believed against their enemies, and they became the uppermost.
>>>>
Keliru Abraham ke Ibrahim? Musa ke Moses? Haurn ke Aron? Ishak ke Isaac? Muhammad ke Ahmad? Isa ke Jesus? dan yang mana satu jantannya dan yang mana betinanya?..hahaha..
Tidak Kami tinggalkan melainkan tertulis dalam KITAB yang NYATA sebelum peristiwa itu berlaku; supaya kamu tidak bersedih hati di atas apa yang luput daripada kamu dan tidak terlalu bersukacita di atas apa yang telah Kami kurniakan pada kamu." (alquran)
'PERISTIWA TRAGEDI KAIN CINDAI' -DYMM Sultan Kelantan, SULTAN MUHAMMAD KE V dari titihan Raja Long Yunus, yang mana Raja Long Yunus telah dilantik oleh datuknendaku Tengku Sri Maharaja Datuk Perdana Menteri LONG GAFFAR (1576M) menjadi Sultan Kelantan dan dipanggil 'Pemerintahan Raja Dua Bersaudara'. Dalam "Tragedi Kain Cindai' itu, Raja Long Gaffar telah membunuh Sultan Kelantan di masa itu, iaitu Raja Long Pandak dan menukar Sultan baru (Raja Long Yunus). Kemudian Datuknendaku membuat pemerintahan HUDUD YANG PERTAMA DI KELANTAN dan berpusat di pondok LIMBAT; Wasiat Raja Long Gaffar pada Raja Long Yunus; "ADIK! KAMU DUDUK DALAM ISTANA, BIAR ABE PEGANG RAKYAT"
>>>
Warisan Siti Qantura-Nabi Ibrahim (Yunnan) adalah Puteri yang ketiga bernama Puteri Linang Cahaya; yang berkahwin akan dia dengan Ketua Wali 7 di Nusantara, Syed Hussien JamadilKubra @ Jamaluddin AlAkhbar @ salasilah alKubra, dari kerajaan kesultanan Delhi/Deccan (Zoroaster-Monghul-Ahlulbait); yang BERWASIAT KEPADA ZURIATNYA SUPAYA, 'JANGAN MAKAN IKAN KEKACANG'..!! Maka dari keturunan keduanya lahirlah Syed Ali Nurul Alam (Empayar PATTANI) Yang juga digelar Sultan Qumbul atau Patih Gajah Mada, Merupakan moyang kepada Wali Songo yang ternama itu. Dari keturunan keduanyakah akan lahirnya Bani Tamim itu? Yang disebut 'PEMBANTU AL-MAHDI DI AKHIR ZAMAN'...??!! yang mana akhirnya Bani Tamim akan menyerahkan kekuasaannya pada seseorang yang digelar AL HASYIMI ....
wallah'hualam..
KISAH SYAIDINA HASSAN RD DENGAN KHALIFAH MUAWWIYYAH
Suatu hari, ketika berdebat dengan Muawiyyah (Penulis Wahyu zaman Nabi iaitu bapa kepada Yazid Laknatullah), maka nenda kita Syaidina Hassan telah berkata:
"Wahai Muawiyyah! Bagaimana kami harus mengikut kamu di dunia ini sedangkan kami adalah KHALIFAH kamu di akhirat. Dan bagaimana kami perlu mengikut kamu di dunia ini sedangkan kamulah yang perlu mengikut kami di akhirat nanti".
______________________________
KATA-KATA SYAIDINA HUSSEIN rd:
"Kalaulah Tidak kerana aku mahukan RAHMAT ALLAH (alquran) tersebar di antara kalian, nescaya aku tidak akan berbicara dengan kalian semua"
Pada yang mengenal ahlulbait - JANGAN AJARI MEREKA ITU KERANA ALLAH TELAH MENGAJAR MEREKA (sheikh Tijani-Sunni Iraq)
.....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.