Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.
Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.
Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antara orang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.
King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan... Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka...segala-galanya akan terjawab dalam "KL GANGSTER".
MALEK
-Lu kasi gua mati dulu la baru gua diam
-Cuti Dah abis Bro~
-5 Tahun wa kat dalam,ramai yg nk cucuk wa, kat dalam mana mau lari..
- Hidup Dan Mati Bukan Di Tangan Lu La Sial
JAI
-Abang tak abang, sapa kacau aku Pecah!!*
-Wa bukan takut MATI tapi Wa taknak MATi
-korang semua nak makan pasir..makan lumut... aku nk makan fish and chip!!!
-Lu jangan nak azan gua pulak~~
-Ak Peduli Apeww!!!!!Ak X Nak Hidup Merempat Mcm Ko
-Tapi kalau dia sentuh kau dragon, aku cium dia ~
-Suke !?! lain kali jngan buat lagi taw . nanti mak mara ~
-Seram nih~~
- wei langau.., betul punya pailang nampak
-Aku taat pada yang satu~
SHARK
-abang besar sudah keluar, wa ingat lu sudah mampus
-Sekarang tak kira lu Abang Long ka, lu Ayahanda ka, ini KL gua pegang
- kalau ni bukan lu punya tempat la..gua sudah tetak sama lu tau..
- lu pijak sama gua sekarang..lu panggil lu punya anjing2 pijak sama gua sekarang. tengok~
-gua mau dia mati kaw kaw punya ma..
- lu jangan jaga lu punya kawan la.., lu jangan lu punya nyawa dulu la
DRAGON
-Sekarang Mau Kasi Langgar Dia Punya Tempat La, Baru Syok ~~
- budak2 macam lu ha...lu balik la...,
AJIB
-AmaCAm cuTi paNJaNg bEST~~~
-Sekarang wa boleh simpan wa punya sengat,sebab wa dah penat..~~
-sayur kita jual satu kilo 3,4 ribu bro! ini satu kilo 3 ringgit lu mau jual ka?
-Lu Menyalak Manyak Kuat!!Selupe Anjing u taw ka!
-Lu ada pistol ha? lu kasi tembak. sini!! sini
-Lu tau ka? lu tau ka? lu tak tau maa
-Tengok wa punya lutut, tara goyang kan?
-kalau aku sembelih kau 18, baru kau taw tentang penyesalan tau tak.."
FADIL
-Itu Belum abg long dil,kalau abg long dil dah arwah die tu~
-Ehh siaal laah~ puiih! ~~
-Jangan risau , tak de alkohol .
-"abg long bukit bintang, semenjak gua korek hidung dia baik resdong dia tu!"
Penulis : Syamsul Yusof (Lakon layar & Cerita Asal)
Lakonan :
Syamsul Yusof (Shark)
Ridzuan Hashim (King)
Aaron Aziz (Malek)
Ady (Jai)
Zizan Raja Lawak (Fadil)
Sheera (Zeti)
Shoffi Jikan (Ajib)
Adam Corrie
Krew :
Omar Ismail (Pengarah Fotografi)
Faizal Yusof (Pengarah Seni)
Rizal Ashraf (Pembantu Pengarah
Hisham Jupri (Penyunting)
Syamsul Yusof (Penyunting)
Isma Riza Bin Muhammad Fuad (Pengurus Produksi)
Penerbit : Dato' Yusof Haslam
"Sekarang tak kira lu Abang Long ka,
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.