photo: Dana Alis (Rakan zimmis) dari Russia... suka dengar Quran..
لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا
“Untuk tiap-tiap umat di antara kamu Kami berikan peraturan dan jalan yang terang”. (Al-Maidah:48)
Mereka juga diberikan pengecualian melaksanakan sebahagian syariat berupa kewajipan atau pengharaman yang tidak ditetapkan untuk mereka.
Di bawah naungan syariat ini sahaja yang mencegah pencemaran simbol agama atau penghinaan terhadap agama. Oleh sebab itu, tidak menghairankan bahawa gereja di Mesir menerapkan Syariah Islam bagi mengukuhkan hak orang-orang Kristian dalam menjalankan hukum agama mereka, seperti yang telah berlaku sejak penaklukan Islam hingga sekarang. Jelas bagi siapa yang mempunyai mata hati, bahawa berhukum dengan Syariah Islam adalah satu-satunya cara yang dapat mencapai kestabilan sosial, memelihara kepelbagaian agama dan memberikan hak masing-masing; dalam ruang lingkup yang jelas, yang melindungi kesatuan rakyat dan memelihara struktur sosial untuk anak bangsa dalam satu tanah air.
Syariat Islam melindungi kemuliaan manusia dan kebebasannya
Justeru, tidak terdapat dalam jiwa orang yang melanggar undang-undang ciptaan manusia perasaan takut kepada Allah, tidak merasa berdosa, tidak cemas dan tidak merasa kegusaran nurani seperti orang yang melanggar syariat Islam. Malah, boleh jadi orang yang pertama kali melakukan pelanggaran terhadap undang-undang ciptaan manusia adalah orang yang membuat undang-undang itu sendiri, kerana dia mengetahui celah-celahnya, bahkan mungkin dia juga tahu cara mengelak dari menerima hukuman dan kembali melakukannya dalam bentuk dan taktik yang lain dengan penuh kelicikan!
Di dalam undang-undang ciptaan manusia seorang hakim lebih mudah berubah untuk menjadi penzalim, tanpa rasa malu atau berdosa, dan menjadikan undang-undang sebagai alat yang dapat digunakan untuk kemaslahatan dirinya dan mengubah sesuka hatinya.
Hal ini telah kami saksikan di Mesir, bagaimana undang-undang malah perlembagaan boleh diubahsuai menjadi ‘pedang’ yang digunakan dalam sistem yang zalim untuk dimanipulasi dan diadili sesuka hatinya walaupun berlawanan dengan kehendak rakyat, dan mengeksploitasi sokongan majoriti palsu untuk mengekalkan undang-undang yang mempunyai reputasi buruk, malahan cenderung kepada kerosakan dan melindungi perosak tanpa mempedulikan natijah yang menjurus kepada kerugian, menjatuhkan kewibawaan, nilai serta nama baik negara di hati setiap rakyat.
* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.//
A'auzubillah-himinas'syaitan'niRajim ..
Firman Allah: "KECUALI ORANG-ORANG YANG BERTAUBAT, BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH" .. ....
1. BERTAUBAT: Iaitu MENGAKU BERDOSA!! Setiap Muslim juga perlu mengetahui, bahawa segala apa yang menimpa diri adalah hasil daripada dosa dan kesalahan yang dilakukan. Hal ini telah diperingatkan Allah menerusi ayat 79 surah an-Nisa: “Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah daripada Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu adalah kesalahan diri kamu sendiri. Setiap Muslim perlu mengetahui, bahawa dosa-dosa yang dilakukan itu mempunyai banyak rangkaian yang menjurus ke arah neraka, justeru perlu dia menjaga hati, roh dan meyakini bahawa segala kebaikan yang dilakukan mampu menyelamatkannya dari memasuki api neraka. Sehubungan ini, Allah SWT menjelaskan dalam ayat 81 surah al-Baqarah, bermaksud: “Sebenarnya, sesiapa melakukan dosa dan dia telah dikuasai oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka dan kekal di dalamnya.”
2. BERIMAN: PERCAYA PADA ALQURAN! iaitu setiap Muslim perlu mengetahui, bahawa Allah SWT amat gembira kepada hamba-Nya yang sentiasa memohon dan berhubung dengan-Nya. Maka satu-satunya car berhubung dengan Allah hanyalah dengan ALQURAN SEMATA-MATA; sebagaimana firmanNya. ~AS ASYURAA:51 "Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (ALQURAN), atau dari sebalik dinding (mimpi atau ilham), atau dengan mengutuskan utusan (PENYERU- manusia atau malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu (ALQURAN) kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana".
3. BERAMAL SOLEH: 'AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR- BUAT BAIK CEGAH KEMUNGKARAN'.. iaitu perlu setiap daripada kita mengetahui, bahawa kita sebagai manusia, sentiasa terdedah kepada dosa dan maksiat, ini membuktikan kelemahan diri kita dan sekali gus membuktikan keagungan Allah, justeru kewaspadaan adalah senjata paling utama dalam menangkis segala kekurangan daripada sifat-sifat mazmumah.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, “Manakala Allah mencintai seseorang, Dia akan memanggil Jibril seraya berkata, ‘Aku mencintai si Fulan. Wahai Jibril cintai pula dia’. Jibril pun mencintai orang itu dan mengumumkannya kepada semua penduduk langit. Allah mencintai si Fulan, maka cintai pula dia oleh kalian semua,’ maka semua penduduk langit mencintai orang itu, dan kemudian dia memperoleh kesenangan-kesenangan dari penduduk bumi’”...
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang perintah Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau a...nak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka yang setia itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda serta bersyukur akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong agama Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong agama Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.
jagalah hubungan dgn persaudaraan..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.