firman Allah: "Mereka-merekalah yang mencari takwirnya untuk menimbulkan fitnah;
sedang orang2 beriman mengakui (beriman) bahawa itu benar dari Allah"..
KENAPA RAJA-RAJA MELAYU AHLULBAIT?
Raja-Raja Melayu adalah AHLULBAIt dan menentang Ahlulbait bererti kekafiran"
"The Malay’s king is Ahlulbait. To know AhlulBait you should know the Malay’s king and to
know the Malay’s king we should first know the Malays"- (Raja-Raja Melayu adalah
Ahlulbait. Nak mengenal AhlulBait perlu mengenal Raja-Raja Melayu; Dan nak mengenal
Raja-Raja Melayu perlu kenal orang Melayu dahulu).
Mengikut kitab Nur Muhammad, Kasful'Ghaibiah dan lain-lain Kitab hakikat sufi; dinyatakan
bahawa PERUMPAMAAN segala RAJA-RAJA itu ADALAH BAYANG ALLAH DI
MUKABUMI" dan ini menghapuskan fakta yang mengatakan Raja-raja itu dari keturunan
Lanun, perompak atau tiada NASAB. Yang penting di sini nasabnya, sebab Raja-Raja
adalah yang satu-satunya komuniti yang banyak terprlihara nasabnya dan ditulis nasabnya
dan dinyatakan bukan dari NASAB BINATANG, SUMPAHAN, MISTIK, ATAU DARI POKOK
KAYU SEPERTI GETAH, KELAPA SAWIT ATAU POKOK KEDUDUK! opsst!!!
Apapun, Itulah rutin dunia selama ini dan formula yang digunapakai sejal azali lagi melalui
alQuran yang menjadi satu-satunya bukti dari Allah yang nyata!!; dan dari nasab itu
diketahui punca keturunannya baik lisan, bertulis atau perkhabaran yang diyakini; cuma
terpulang pada individu atau sesiapa mahu menolak atau menerimanya; Nasab raja-Raja
telah dinyatakan melalui kisah BAPA MANUSIA NABI ADAM as; melalui kisah-kisah Rasul-
rasul seperti Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Zakaria dan juga pemerentah atau khalifah
seperti Rasulullah SAW, YM Iskandar Zu'lqarnain Penakluk Dunia dan kisah-kisah raja-raja
dunia dalam aliran Islam sampai kepada Pemerintahan Khalifah Othmanniah, kesultanan
delhi dan akhirnya kepada kesultanan Melayu; dan ITULAH DINAMAKAAN SEJARAH! dan
sejarah wajib diketahui;
Asasnya? Nabi SAW sendiri ketika mula-mula menggemparkan Kota Mekah adalah mengajar
manusia tentang sejarah dan salasilah; Ini jelas melalui kata-katanya atau dakwaan baginda
SAW sendiri iaitu: "AKU IKUT AGAMA BAPAAKU IBRAHIM! AKU IKUT AGAMA BAPAKU
IBRAHIM! AKU IKUT AGAMA BAPAKU IBRAHIM! Sehingga kota Mekah gempar dan kaumnya
telah menggangap Rasulullah SAW seorang PENDUSTA! Itulah HUKUM KARMA atau Allah
firmankan sebagai SUNNAHTULLAH atau KehendakNya yang tidak berubah!! Nabi SAW
perlu dedahkan identitinya sehingga didustakan!!!
KENAPA AHLULBAIT DARI NASAB NABI IBRAHIM?
Kenapa dinasabkan kepada Nabi Ibrahim tidak kepada bapa Manusia iaitu Nabi Adam as
atau nabi Nuh atau nabi Idris atau nabi-nabi sebelumnya?
firman Allah: "TIDAK ADA HAK MEMILIH BAGI SESIAPA PUN MELAINKAN PILIHAN ALLAH"
Hal ini adalah Sunnahtullah atau ketetapan Allah yang azali melalui doa hambanya dan nabi
Ibrahim satu-satunya yang berdoa dengan lafaz ini dan dinyatakan dalam ALQURAN KALAM
ALLAH YANG QADIM:
Firman Allah: (Nabi Ibrahim berdoa): "Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri ini negeri yang
aman; jauhkanlah diriku dan anak cucuku dari menyembah berhala; Berhala-Berhala itu
telah menyesatkan ramai umat manusia, sesiapa yang mengikutku mereka itu golonganku
dan sesiapa yang ingkar kafir, maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani"
Surah alImraan ayat 33,
"Kami telah memilih Adam, Nuh, Keluarga Ibrahim (ahlulbait) dan keluarga Imran (Bani
Israel) melebihi dari umat-umat, sebagai satu keturunan kepada sebahagian keturunan
yang lain; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
kerana itu sabda Rasulullah SAW:
"Ahlulbaitku ibarat Bahtera Nuh di zaman Nuh. Sesiapa yang menaikinya akan selamat dan
sesiapa yang ketinggalan akan binasa."
firman Allah: "Sesungguhnya ini benar-benar terdapat dalam kitab-kitab yang dahulu, yaitu
Kitab-kitab Ibrahim dan Musa". (QS 87:19)
سُوۡرَةُ الزّخرُف
إِلَّا ٱلَّذِى فَطَرَنِى فَإِنَّهُ ۥ سَيَہۡدِينِ (٢٧) وَجَعَلَهَا كَلِمَةَۢ بَاقِيَةً۬ فِى عَقِبِهِۦ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ (٢٨)
'ILA'LAZI'PATHARONI'PA-IN'NAHU'SAYAH'DEEN' - "Yang lain dari Tuhan yang
menciptakan daku, kerana sesungguhnya Dia tetap memberi hidayat petunjuk kepadaku.
Dan Nabi Ibrahim menjadikan KALIMAH TAUHID itu tetap kekal pada keturunannya, supaya
mereka kembali kepada tauhid itu, jika ada yang menyeleweng kepada syirik"
(Az-Zukhruf:27-28)
KEWAJIPAN MUSLIM DI NUSANTARA:
Kenapa raja-raja Melayu menyokong Empayar British-Amerika, sedangkan Pemerentah
Othmanniah berpihak pada blok fasis, nazi dan komunis? sedangkan kerajaan othmanniah
adalah pemerentah atau Khalifah islam dunia di masa itu?
Asasnya mereka bukan ahlulbait sebenar dari nasab bani hasyim yang bersmbunyi daan
melarikan diri setelah pembunuhan saidina Hussin di Karbala .. akhirnya penghijrahan
ahlulbait sampai kepada Wilayah Deccan di India di masa penaklukan Monghul di Baghdad
(1250M apabila tentera moggol diketuai Hulagu Khan menyerang dan membakar Baghdad,
lebih 300 kitab karangan Imam Al-Ghazali turut lenyap, kecuali hanya 30 karya yang
sempat diselamatkan dari khutub khanah Baghdad itu. Empayar Islam Umayyah dan
simpanan baitul Mal paling kaya waktu itu, yang dikumpul selama lebih 500 tahun
ranap/hangus dari bumi. Islam kembali mundur/menderita/diperhamba); dan akhirnya
keturunan Yang Mulia ini membentuk Kesultanan Delhi (Syed Ahmad Jalal alAkhbar) dan
akhirnya atas 'misi ke Timur' yang diketuai anak sulungnya yang bergelar Qutubul'Aqtab
Syed Hussein Jamadil'Kubra; yang mana melalui Syed Hussein Jamadil'Kubra bersaudara
yang dikenali 'WALI 7' inilah telah mencetuskan sejarah sehingga membentuk empayar
Kesultanan raja-raja Melayu di Nusantara (Empayar Pattani-Champa) yang bermula di
negeri KELANTAN dan beliaulah yang memberi nama KELANTAN (Klate) itu!!
Sayugia, Dari SYED HUSSEIN JAMADIL'KUBRA inilah lahirnya KESULTANAN RAJA-RAJA
MELAYU yang dipanggil 'BAPA KESULTANAN RAJA-RAJA MELAYU; dan sayangnya sejarah
baginda perlu disembunyikan banyak fakta atas faktor peperangan, penjajahan dan juga
cubaan mengurangkan pengaruh keturunan ini di mata dunia!
1926 Syarif Al-Husin dari Bani Hasyim Makkah (Misfalah) diangkat sebagai pengganti Sultan Abdul Hamid berkuasa atas 3 Kota Suci Islam. Bagaimanapun Pihak British diketuai Sir Lawrence Gullemard penasihat astronomy HM King George IV mendapat pengesahan Wali Besar Serambi Makkah waktu itu, iaitu arwah Tok Kenali yang menjadi penasihat agama tertinggi Sultan Kelantan, bersetuju dengan Datuk Perdana, Datuk Perwira dan ramai lagi tokoh Bani Hasyim Kelantan, menolak Kekhalifahan Syarif Al-Husin dengan dalil hujjah Mujaddid terakhir wajib bersama 313 ahli jemahnya dan hasta baginda adalah ukuran bagi dinding baru Kaabah. Nyata Syarif Al-Husin gagal membuktikan semua tanda kitab, lalu pihak British bersetuju memakhzulkan jawatan baginda pada 1926. Sejak itu tiada lagi kuasa Islam dunia dan British(kuasa Kristian terbesar dunia) hanya mengiktiraf dan berhubung dengan Datuk Perdana/Tan Sri Nik Ahmad Kamil bagi semua urusan negara Islam dunia - hingga Malaya merdeka dan penubuhan OIC kemudiannya.
Malangnya akibat diratah zaman penjajahan pasca-perang Jepun-British, pengaruh AhlulBait dalam pentadbiran Istana mula dihapuskan. Sistem ‘pecah’ dan ‘perintah’ telah mencerai-beraikan Empayar Kesultanan AhlulBait Nusantara sehingga ke sekarang ini. Begitu juga di Kelantan dan Malaysia, AhlulBait telah tersembunyi disebalik identiti 'BUMIPUTERA'; dan identiti ini perlu dipelihara dn dijaga sebagai satu Amanah Allah. Perjuangan perlu diteruskan sehingga Melayu tetap MERDEKA sehingga WAHYU ALLAH (alQuran) mengatasi segala-galanya, insyaAllah..!____
Surah Quraish
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy; Iaitu kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka pada musim sejuk dan pada musim panas, Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah Kaabah ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan. /
ANCESTRY I
Muhammad SAW. sayidatina fatimah al zahrah sayid husein sayid ali zainal abidin sayid muhammad al baqir sayid jaafar al siddiq sayid ali uraidhi sayid muhammad an nagieb sayid isa arrumi sayid ahmad al muhajir sayid ubaidillah sayid alwi alwiyyin sayid muhammad sayid alwi sayid ali ghala' ghassam sayid muhammad s marbab sayid alwi sayid abdul malik sayid abdullah sayid ahmad jalaluddin sayid jamaluddin al husein sayid ali nurul alam [pateh arya gajah mada] sayid abdullah sayid ahmad waliyullah nik mustafa [sultan abdul hamid] nik badru salam raja wan daim [raja kelantan & pattani] raja long nik [raja reman] long gaffar [raja muda reman / raja kelantan - limbat] Long Ahmad/Tg ahmad tg Mahmud/Nik Mahmud + Syarifah Mariam MQTK-PKLGK >> & RAJA-RAJA MELAYU
(PERTUBUHAN SYED HUSSEIN JAMADIL'KUBRA NUSANTARA)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.