Boleh YDP. MQTK jelaskan, adakah Agama Islam ini telah wujud sebelum Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di Makkah 1432
JAWAPAN YDP. MQTK ;
1. Al-Quran itu bukan makhluk yang diwujudkan oleh sesiapa, tetapi Al-Quran adalah kata-kata Allah yang tidak pernah terpisah dari Zat Allah dan kata-kata Allah@Al-Quran itulah yang mewujudkan/mencipta segala sesuatu bermula cahaya/nur kekasihNya kemudian tanah, air, api, angin dan semua dari 4 unsur itu sama ada syurga, neraka, ruh, nafsu, jin, iblis, manusia, malaikat, langit, bumi dan sebagainya yang kita nampak atau yang kita tak nampak ini.
2. Justeru itu dalam pengajian sifat 20 Aqidah Islam ASWJ Mazhab Imam As-Syafie ini, Al-Quran itu dijelaskan bersifat "QADIM" iaitu sediakala atau azali, tiada awal dan akhirnya(lawannya Muhdas@baharu@makhluk@yang dicipta).
3. Oleh kerana Islam itu melalui Al-Quran/kata-kata Allah, maka Islam itu juga wajib bersifat tiada awalnya. Semua makhluk yang disebutkan di atas adalah "ISLAM". Maka Islam itu adalah milik Allah atau Al-Quran dan Allah melantik Muhammad selaku "PENGHULU" sekalian ciptaan/makhluk ini dan Penghulu itulah yang mengislamkan semua makhluk Allah tersebut kemudiannya.
4. Al-Quran kata-kata Tuhan yang lengkap 30 juz, 114 surah itu kemudiannya hanya baru diturunkan ke bumi kepada penghulu sekalian makhluk dan penutup kelahiran sekalian Rasul & Nabi ke bumi, iaitu Nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun lalu di Makkah untuk dikitabkan/disalin/dibukukan sama ada menggunakan kertas/kulit/kayu dan tinta/dakwat atau pelbagai bahan (disebut "Musyhaf" @ "Musyhaq") untuk seterusnya disebar kepada manusia & jin sebelum kiamat.
5. Sebelum Al-Quran lengkap 30 juz, 114 surah diturunkan di Makkah, Allah telah menurunkan beberapa bahagian isi Al-Quran melalui "kitab-kitab syariat" iaitu sebanyak 103 buah kepada 312 Rasul dan 124,000 Nabi sebelum itu. 3 Buah kitab syariat dan 24 orang Rasul terdahulu ada dijelaskan dalam Al-Quran. Selebihnya tidak dijelaskan dalam Al-Quran dengan tepat dan tidak diwajibkan ke atas kita mengetahuinya.
6. Semua Rasul & Nabi terdahulu itu adalah beragama Islam dan mengucap dua kalimah syahadah sama seperti kita, bermula sejak Nabi Adam lagi, cuma berbeza syariatnya mengikut zaman masing-masing contohnya syariat zabur dibawa oleh Nabi Daud a.s, syariat Taurat oleh Nabi Musa a.s dan syariat Injil oleh Nabi Isa a.s.
7. Agama tetap hanya satu iaitu ISLAM sejak belum makhluk dicipta, cuma Syariat(undang-undang) yang berbeza. Dan bila Al-Quran telah diturunkan, semua pengikut kitab syariat terdahulu wajib hanya mengikut Al-Quran kerana ia membatalkan semua syariat terdahulu. Jin atau manusia yang enggan ikut Al-Quran itu disebut "KAFIR".
8. Iblis yang bertanggungjawab menyesatkan cucu-cicit Nabi Adam a.s yang pemalas belajar dan suka ikut hawa nafsu, jadi jahil murakkab seterusnya hingga terbentuk pelbagai agama palsu/sesat di sepanjang zaman itu. Semua manusia sesat itu akhirnya dipaksa kembali kepada asal Agama Islam yang satu ini oleh Nabi Isa a.s sebelum kiamat. Harap maklum. Tq.
RUJUKAN ASWJ ; 1. Al-Quran 2. Hadis Sahih Muslim, Bukhari etc. 3. Kitab Ijmak Ulama 4. Kitab kias
22 KITAB RAJA2 MELAYU
Yusnaidi YusoffKPM telah menyediakan modul lengkap sebagai rujukan semua guru2 Agama dengan 22 teks kitab lengkap rujukan Islam yang selari dengan Aqidah Islam pegangan Raja2 Melayu seperti berikut ;.
A). ILMU TAUHID
K1. Faradatul faraid ( RM 7.50 ) - 1800 - PATTANI
K2. Tuntunan Ibadat ( RM 9.00 ) - 1970, BEKAS MUFTI P.PENANG/MALAYSIA
B). ILMU FEKAH
K3. Munyatul-Mushalli ( RM 9.00 ) - 1756M-MAKKAH(HUDUD KELANTAN)
K4. Matla Al-Badrain ( RM 98.00 ) - 1900M-PATTANI
K5. Biadayatul-Hidayah ( RM 10.00 ) - 505H (AL-GHAZALI)-THOS, IRAN
K6. Muhimah (suami isteri mukmin) (RM 15.00 ) - 1850M - PATTANI
C). ILMU TASAUF
7. Nur Muhammad ( RM 3.50 ) - 3000 B.C BANI ISRAEL/1350M-MAJAPAHIT II
K8. Pati Rahsia ( RM 50.00 ) - 1946(UMNO)
K9. Mengenal Diri Dan Wali Allah ( RM 8.50 ) - 1974M, KELANTAN.
K10. Pengantar Ilmu Tarikat & Tasauf ( RM 16.00 ) - 1985M, INDONESIA K11. Futuh Al-Ghaib ( RM
10.00 ) - 475H (SYEIKH ABDUL QADIR AJ-JILANI), IRAQ.
K12. Al-Hikam ( RM 16.00 ) - 900M(SYEIKH IBNU ATI'ULLAH), IRAQ
K13. Minhajul Abidin ( RM 18.00 ) - 500H/900M, THOS, IRAN.
K14. Nasihat Tokoh-Tokoh Ulama Islam Dunia ( RM 9.00 ) - 1990, PERAK- MALAYSIA
K15. Sejarah Kekeramatan 99 Wali Allah ( RM 49.00 ) - 1900, MESIR
D). ILMU SEJARAH/TAFSIR/HADIS
K16. Tafsir Al-Quran ( RM 38.00 ), MAKKAH.
K17. Hadis Sahih Muslim ( RM 40.00 ) - 200H, BAGHDAD.
K18. Sejarah Nabi-Nabi ( RM 6.00 ) - 1900M(SINGAPORE)
K19. Sejarah Wali Songo ( RM 15.00 ) - 1995M(KELANTAN)
K20. Insan Teladan Sepanjang Zaman (RM 20.00 ) - 2000M, MALAYSIA.
E). ILMU PERUBATAN & ISTIKHARAH/FALAK
K21. Tafsir Mimpi Ibnu Sirrin ( RM 39.00 ) - 1300M, MESIR.
K22. Panduan Rawatan Perubatan Dengan Al-Quran Dan Sunnah (RM 20.00) - MALAYSIA
Jumlah 1 Set ( RM 458.50 )
BOLEH DIBELI MANA2 KEDAI YG BERHAMPIRAN DGN RUMAH ANDA..!!!
Setiap ustaz dan ustazah KPM wajib memiliki set kitab tersebut dan menjadi rujukan ilmu keagamaan pelajar sepanjang masa walaupun di luar waktu sekolah kerana di Negara ini, Agama Islam dinaungi KDYMM Agung dan pegangan pelajar wajib dipastikan selari dengan kehendak KDYMM Agung tersebut iaitu Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah Mazhab Imam As-Syafie.
Notis MQTK : Harga yang dinyatakan tertaluk kepada perubahan semasa.
MQTK adalah NGO yang diamanahkan oleh pihak Istana/KDN/JPM agar mendedahkan pegangan Aqidah Islam sebenar Raja-Raja Melayu kepada semua rakyat Malaysia jelata sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam yang ingin memahami agama Raja2 mereka.
MQTK tidak perlu kepada perdebatan dengan mana-mana pihak tentang benar atau salah semua kitab yang didedahkan tersebut kerana benar atau salah sesuatu Ilmu Allah perlukan pembuktian dari sisi Allah dan dengan kaedah ujian tertentu di Ka'abah, bukan melalui jalan perdebatan menggunakan logik akal mana-mana manusia yang dimaklumi bodoh/bersifat terhad, berbanding kaedah Allah itu.
MQTK menerima sesiapa sahaja selaku saudara dunia akhirat, jika mereka menerima dan beriman dengan semua ajaran kitab2 tersebut dan menolak sesiapa sahaja selaku saudara seaqidah, jika mereka enggan menerima ajaran kitab2 tersebut, di dunia & di akhirat.
MQTK tidak diizinkan melayani tuduhan "Sesat" dari mana-mana pihak, kecuali oleh pihak yang sanggup mengikut QS3:61 bagi pembuktian tuduhan itu. Selain daripada kaedah itu, otomatik wajib diiktikad dipenuduh itu adalah dari golongan sesat, jahil murakkab/pemalas, terlalu bodoh/dungu (stupid idiot), bermasalah mental/gila/kurang waras akalnya, walaupun di mata umum mereka nampak waras.
INSYAALLAH MASAALLAH FARDHU AIN DAN JAHIL MURAKKAB DIKALANGAN ANAK RAKYAT JELATA DPT DIATASI....IQRA !ITULAH PERINTAH ALLAH (MELALUI MALAIKAT JIBRIL AS KPD DATUKNDA RASULULLAH SAW )..
MOGA IBUBAPAK DPT MENDIDIK ANAK2 DGN KITAB2 MUKTABBAR LGI MUSONNEH INI...IMAM DGN MAKMUMNYA DAN PEMIMPIN DGN ANAK BUAHNYA DAN RAJA DGN ANAK RAKYATNYA....!!PASTI GENERASI ABAD INI DPT DISELAMATKAN !!!! WASSALAM (ARKIB MQTK MALAYSIA 2012)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.