Boleh YDP. MQTK jelaskan, kenapakah Mansur Al-Hallaj dihukum bunuh oleh Khalifah Islam sendiri, hanya dengan syajaah "Ana-Al-Haq
JAWAPAN YDP. MQTK ;
1. Peristiwa ini berlaku pada tahun 309 Hijrah sewaktu Kerajaan Islam Umayyah Baghdad berada di bawah Khalifah Harun Ar-Rasyid r.a, manakala Wali Qutub pada waktu itu adalah Syeikh Junaid Al-Baghdadi r.a yang dimaklumi umum seorang Wali Allah yang banyak karamahnya.
2. Mansur Al-Hallaj adalah asalnya salah seorang pelajar di Madrasah Syeikh Juanaid Al-Baghdadi (contoh semasa anak murid di Pondok yang belajar kitab kewalian). Namun Allah berkenan memberi waridad kepada beliau hingga akhirnya menewaskan para pelajar lama.
3. Syeikh Junaid Al-Baghdadi sedar seorang anak muridnya telah diangkat oleh Allah untuk termasuk golongan bersifat "Wali Majruk" (dah jadi macam orang kena ising/nampak sasau tapi bukan ahli maksiat..!!) di dalam kerajaan Baghdad. Lalu dibiarkan Al-Halaj bebas di dalam Baghdad (layak berpisah guru dan murid - tak duduk dalam pondok macam pelajar biasa). Di mata beliau, hanya melayani seperti orang istimewa di mana segala tutur kata zahirnya nya tidak dijatuhi hukum kerana segala bahasa laduni yang sampai kepada golongan fana muntaha itu berhajat kepada "Kias" dan Kias itu memerlukan ahli-ahli kitab yang beramal dengan kitabnya itu(faqir) untuk membuat tafsiran.
4. Seorang yang telah faham semua makam ilmu dalam Islam akan faham segala ayat yang terpancur dari lidah seorang yang menerima waridad dari Allah itu. Namun kepada manusia umum yang tidak pernah/belum memahami makam nafsu mutmainnah(ahli syurga/mukmin), radhiah, amarah(ahli suul khotimah/neraka), dan sebagainya dalam kiasan Al-Quran itu akan menjadi sesat/bingung/keliru dengan syajaah(latahan) yang keluar dari mulut seseorang Islam seperti Al-Hallaj itu.
5. Setelah menerima laporan dari masyarakat umum, kes akhirnya dibawa kepada khalifah. Pihak Mufti telah memutuskan mengikut hukum fekah apabila seorang telah lafaz "Ana Al-Haqq" ia samalah berkata "Akulah Zat Kebenaran" ia sama dengan "Akulah Allah" maka sahlah gugur aqidah Islamnya di sisi Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah bertukar menjadi "Aqidah Wahdatul Wujud" dan di sisi ASWJ ia otomatik membatalkan kalimah syahadah dan menjadi kafir murtad serta merta, dan jika 3 kali amaran khalifah agar kembali taubat tidak diendahkan, maka wajiblah dijatuhkan hukum bunuh mengikut kehendak Allah & RasulNya dalam syariat Al-Quran yang dibawa oleh Rasulullah SAW ini.
6. Al-Hallaj mengetahui/menyedari beliau sedang berdepan ujian besar, segera berwasiat kepada salah seorang pembantunya agar mengambil jubahnya dan dicampak ke sungai Dajlah jika kelak beliau dijatuhi hukuman bunuh.
7. Khalifah enggan menjatuhkan hukuman bunuh kecuali dengan tandatangan dari Syeikh Junaid Al-Baghdadi(guru Al-Hallaj) sendiri, justeru surat diutus secara rasmi kepada Syaikh Junaid. Bagaiamanapun Syeikh Junaid mendiamkan diri. Khalifah mengulangi mengutus surat hingga kali ke tujuh. Syeikh Junaid akhirnya mengalah dan berdoa kepada Allah agar fitnah ini segera diselesaikan(minta Allah ambil anak muridnya/redha dihukum bunuh) dan menandatangani surat hukuman bunuh ke atas Mansur Al-Hallaj. Jadi yang hukum bunuh itu adalah gurunya sendiri, bukan khalifah waktu itu.
8. Syeikh Junaid dalam surat balasannya kepada khalifah untuk meluluskan hukuman bunuh ke atas Al-Hallaj menulis ; "Jika mengikut hukum fekah, memang Al-Hallaj layak dijatuhi hukuman bunuh, namun hakikatnya hanya Allah yang mengetahui". Maka Khalifah Umayyah Bangdad melaksanakan hukuman.
9. Memang benar setelah dipenggal lehernya, terpancut darah ke atas pasir bertulis Alif+Lam+Lam+Ha (ALLAH) yang disaksikan oleh khalifah sendiri. Kemudian dengan serta merta air sungai Dajlah naik dengan tiba-tiba hingga huru hara satu kerajaan.
10. Mengingati wasiat Al-Halaj itu, wazirnya kemudian menunaikan wasiat Al-Halaj agar mencampakkan jubahnya ke dalam sungai Dajlah(telah dimaafkan oleh Al-hallaj/diredhai), dan dengan serta merta Allah menyurutkan air sungai itu. Dengan karamah selepas kematian itu umum mengetahui beliau adalah sahih salah seorang Ahli Syurga Allah/Wali Allah. Khalifah merasa lega kerana kerajaan & rakyatnya selamat. Sejarah "Wahdatul Wujud" ini akhirnya berulang di alam melayu melalui "Syeikh Siti Jenar" dalam Wali 9 pada 1400-1500H di Demak, Indonesia.
NOTA MQTK : Mesej penting untuk kita semua ialah, mana-mana kerajaan yang tersalah jatuhi hukuman bunuh/mati(paling berat) kepada para Wali Allah ini, natijahnya boleh tenggelam/hancur/luput/binasa sebuah kerajaan. Justeru setiap khalifah/presiden/ketua kerajaan yang terlibat tandatangan hukuman bunuh rakyatnya, selain arif ilmu syariat wajib ada Ilmu hakikat dan makrifat serta rujukannya yang sahih untuk elak kesilapan besar ini. Bagi pihak Allah & RasulNya, itulah fakta sejarah sebenar. Harap maklum Tq. RUJUKAN ASWJ ; 1. Al-Quran 2. Hadis Sahih Muslim, Bukhari etc. 3. Kitab Ijmak Ulama 4. Kitab kias
22 KITAB RAJA2 MELAYUBy Sharina Bahrin in mqtk (ahlulbait) · Sunting Dokumen · PadamYusnaidi YusoffKPM telah menyediakan modul lengkap sebagai rujukan semua guru2 Agama dengan 22 teks kitab lengkap rujukan Islam yang selari dengan Aqidah Islam pegangan Raja2 Melayu seperti berikut ;. A). ILMU TAUHID K1. Faradatul faraid ( RM 7.50 ) - 1800 - PATTANI K2. Tuntunan Ibadat ( RM 9.00 ) - 1970, BEKAS MUFTI P.PENANG/MALAYSIA B). ILMU FEKAH K3. Munyatul-Mushalli ( RM 9.00 ) - 1756M-MAKKAH(HUDUD KELANTAN) K4. Matla Al-Badrain ( RM 98.00 ) - 1900M-PATTANI K5. Biadayatul-Hidayah ( RM 10.00 ) - 505H (AL-GHAZALI)-THOS, IRAN K6. Muhimah (suami isteri mukmin) (RM 15.00 ) - 1850M - PATTANI C). ILMU TASAUF K7. Nur Muhammad ( RM 3.50 ) - 3000 B.C BANI ISRAEL/1350M-MAJAPAHIT II K8. Pati Rahsia ( RM 50.00 ) - 1946(UMNO)
K9. Mengenal Diri Dan Wali Allah ( RM 8.50 ) - 1974M, KELANTAN. K10. Pengantar Ilmu Tarikat & Tasauf ( RM 16.00 ) - 1985M, INDONESIA K11. Futuh Al-Ghaib ( RM 10.00 ) - 475H (SYEIKH ABDUL QADIR AJ-JILANI), IRAQ. K12. Al-Hikam ( RM 16.00 ) - 900M(SYEIKH IBNU ATI'ULLAH), IRAQ K13. Minhajul Abidin ( RM 18.00 ) - 500H/900M, THOS, IRAN. K14. Nasihat Tokoh-Tokoh Ulama Islam Dunia ( RM 9.00 ) - 1990, PERAK- MALAYSIA K15. Sejarah Kekeramatan 99 Wali Allah ( RM 49.00 ) - 1900, MESIR D). ILMU SEJARAH/TAFSIR/HADIS
K16. Tafsir Al-Quran ( RM 38.00 ), MAKKAH. K17. Hadis Sahih Muslim ( RM 40.00 ) - 200H, BAGHDAD. K18. Sejarah Nabi-Nabi ( RM 6.00 ) - 1900M(SINGAPORE) K19. Sejarah Wali Songo ( RM 15.00 ) - 1995M(KELANTAN) K20. Insan Teladan Sepanjang Zaman (RM 20.00 ) - 2000M, MALAYSIA. E). ILMU PERUBATAN & ISTIKHARAH/FALAK K21. Tafsir Mimpi Ibnu Sirrin ( RM 39.00 ) - 1300M, MESIR. K22. Panduan Rawatan Perubatan Dengan Al-Quran Dan Sunnah (RM 20.00) - MALAYSIA Jumlah 1 Set ( RM 458.50 ) Setiap ustaz dan ustazah KPM wajib memiliki set kitab tersebut dan menjadi rujukan ilmu keagamaan pelajar sepanjang masa walaupun di luar waktu sekolah kerana di Negara ini, Agama Islam dinaungi KDYMM Agung dan pegangan pelajar wajib dipastikan selari dengan kehendak KDYMM Agung tersebut iaitu Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah Mazhab Imam As-Syafie.
http://www.facebook.com/groups/mqtkmalaysia/doc/235042136520004/
ALHAMDULILLAH SYUKUR PADA MU YA ALLAH !!!
Yusnaidi Yusoff Notis MQTK : Harga yang dinyatakan tertaluk kepada perubahan semasa. MQTK adalah NGO yang diamanahkan oleh pihak Istana/KDN/JPM agar mendedahkan pegangan Aqidah Islam sebenar Raja-Raja Melayu kepada semua rakyat Malaysia jelata sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam yang ingin memahami agama Raja2 mereka. MQTK tidak perlu kepada perdebatan dengan mana-mana pihak tentang benar atau salah semua kitab yang didedahkan tersebut kerana benar atau salah sesuatu Ilmu Allah perlukan pembuktian dari sisi Allah dan dengan kaedah ujian tertentu di Ka'abah, bukan melalui jalan perdebatan menggunakan logik akal mana-mana manusia yang dimaklumi bodoh/bersifat terhad, berbanding kaedah Allah itu. MQTK menerima sesiapa sahaja selaku saudara dunia akhirat, jika mereka menerima dan beriman dengan semua ajaran kitab2 tersebut dan menolak sesiapa sahaja selaku saudara seaqidah, jika mereka enggan menerima ajaran kitab2 tersebut, di dunia & di akhirat. MQTK tidak diizinkan melayani tuduhan "Sesat" dari mana-mana pihak, kecuali oleh pihak yang sanggup mengikut QS3:61 bagi pembuktian tuduhan itu. Selain daripada kaedah itu, otomatik wajib diiktikad dipenuduh itu adalah dari golongan sesat, jahil murakkab/pemalas, terlalu bodoh/dungu (stupid idiot), bermasalah mental/gila/kurang waras akalnya, walaupun di mata umum mereka nampak waras. Harap maklum. Tq.
Yusnaidi Yusoff Yang jenis suka nak berdebat, MQTK serahkan kepada Dr. Zakir Naik nihttp://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&NR=1&v=dzAc4INIgIIDr. Zakir Naik' great answer to christian. www.youtube.comChristians can understand Islam and Muhammed(sal) through Bible
WASSALAM DARI ARKIB MQTK MALAYSIA 2012

Khazanah yang terpelihara
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.