UNTUK AHLI-AHLI PERTUBUHAN AL-QURAN TOK KADOK (MQTK)
40 PANTANG KERABAT MQTK-LONG GHAFFAR/RAJA-RAJA MELAYU, DIKEKALKAN DALAM MQTK (TIDAK DIUBAH)
Bagi menyelamatkan Dam untuk 7 anggota yang biasanya kesilapan bodoh golongan buta huruf/tak sekolah
1. LIDAH
2. MATA
3. TELINGA
4. TANGAN
5. KAKI
6. PERUT
7. KEMALUAN
1. Tidak/jangan pandang mengiring bila bercakap dengan seseorang.
2. Tidak bercekak pinggang, kecuali dilipat tapak tangan ke belakang.
3. Tidak makan ikan kekacang.
4. Tidak makan rebung buluh betung.
5. Tidak melalui bawah penyidai kain.
6. Tidak makan dan minum di majlis kematian.
7. Tidak duduk, melalui dan meninggalkan kuburan kecuali salam kepada ahlinya dan minima sekali hadiah Qulhuallah.
8. Tidak mengunjurkan kaki ke kiblat, kecuali jika hampir saat kematian.
9. Tidak langkah kaki kanan ke dalam rumah iblis/tandas/bilik air.
10. Tidak menuangkan air untuk minuman seperti menjirus mandian jenazah.
11. Tidak bergedik kaki atau tangan bila bersahaja/rest/termenung.
12. Tidak meletakkan tangan atas dahi jika tidur.
13. Tidak mengadap kiblat atau membelakangi kiblat bila buang hadas atau jimak.
14. Tidak membuang air liur ke tempat najis/kotor.
15. Tidak menyusun pinggan jika masih ada jemaah yang belum selesai makan.
16. Tidak berdiri untuk minum, kecuali air zam-zam (wajib berdiri arah kiblat dan niat khas nenda Hajar a.s)
17. Tidak solat jenazah munafiq (disahkan oleh yang tertua - sekarang penasihat MQTK)
18. Tidak bekerja pada hari Sabtu & Jumaat (pengecualian bersyarat).
19. Tidak makan masakan munafiq (orang yang tak tahu Penjaga Kaabah/Bani Hasyim dan ilmunya).
20. Tidak memberi dadah/alkohol atau ubatan dari kafir/fasiq/munafiq kepada bayi atau kanak-kanak.
21. Tidak mengambil petua kecuali dari ahli kasyaf atau Penjaga Kaabah.
22. Tidak mengambil imam Haji dan guru agama kecuali Penjaga Kaabah dan zuriatnya.
23. Tidak mengambil anak zina sebagai saksi.
24. Tidak mengambil sedekah kecuali hibbah atau hadiah.
25. Tidak mengambil zakat kecuali hanya menjaga dan upah jagaan itu adalah 1/7.
26. Tidak menukar niat kecuali membayar dam (sedekah makanan kepada budak/faqir dsb).
27. Tidak mengikut/mengambil cadangan isteri atau kaum hawa kecuali bersaksi kitabullah.
28. Tidak berseteru kecuali dengan musuh Penjaga Kaabah.
29. Tidak menerima pemberian (makanan/minuman) dari suami/isteri nusyuz/dayus yang siqah pada syarak.
30. Tidak menolak zimmin (bukan Islam yang sayangi Islam/tak musuhi Tuan Kaabah) untuk bersekutu.
31. Tidak mengambil ester (alkohol) sebagai ubat/penawar ke dalam tubuh.
32. Tidak mengambil klorin untuk air minuman/makanan ke dalam tubuh.
33. Tidak makan sembelihan fasiq atau munafiq - (lebih baik ikan)
34. Tidak memakai kain melalui kepala.
35. Tidak mengajar isteri atau anak atau ahli dengan deraan/pukulan, tetapi amaran bala murka Allah Yang Maha Benar.
36. Tidak memotong kuku di waktu malam.
37. Tidak mengambil upah atas urusan agama, kecuali diberi hadiah dengan/tanpa mnta.
38. Tidak mendengar/melayan/membuang masa dengan golongan jahil murrakab, kecuali untuk mengajar (bukan ikut hajat/kehendak mereka).
39. Tidak meniarap jika panahan halilintar kecuali sujud ke kiblat atau sekurang-kurangnya baca walahaulawala.
40. Tidak menerima sesiapa yang telah diisytiharkan bukan saudara dunia akhirat kepada Imam Bani Hasyim (Penjaga Kaabah Yang Haq).
Dipetik dari Arkib MQTK
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.