Rahsia dan Kekuatan Selawat Ibrahimiah
Bismillah:Setelah itu, selawat Ibrahimiah ini dihiasi lagi dengan kalimat( fil 'Alamin ) فى العالمين yang bermakna pada Semua Alam.
Adakah anda tahu apa dia yang dimaksudkan dengan semua alam itu? dan apa hubungan selawat ini dengan kalimat pada semua alam.
Pada semua alam bermaksud, Allah swt berselawat, atau memuji atau memuliakan Nabi Muhammad saw pada sekalian Alam.
Sekalian Alam, itu termasuk alam dunia, alam akhirat, alam malaikat, alam jin, alam binatang, alam atom, alam barzakh, bahkan alam masa yang lalu hingga alam masa yang akan datang setiap saat dan ketika.
Dengan menyebut sekalian alam ini pada selawat Ibrahimiah yang tinggi itu, bermakna Kita meminta Allah swt agar memuji dan memuliakan Nabi Muhammad saw pada sekelian makhluk yang ada sebagai mana yang dimaksudkan dalam kalimat Fil 'Alamin. Maka bertambahlah lagi ketinggian dan nilai selawat itu sehinggalah tidak dapat dikira oleh sesiapapun kecuali oleh Allah swt jua.
Lihatlah betapa banyaknya selawat yang akan kita berikan kepada Nabi Muhammad saw jika kita membaca Selawat ini. Oleh itu berselawatlah dengan selawat Ibrahimiah dengan banyak.
Lafaz selawat ini juga membuktikan bahawa segala Hadis yang Rasulullah saw sabdakan adalah wahyu dari Allah swt jua, dan bukan mengikut hawa Nafsu.
Oleh itu amatlah jauh baiknya jika kita mengamalkan selawat ini berbanding selawat-selawat yang lain. Semoga bermanfaat. Aaamiiin.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.