Berikut adalah laporan penuh kerabat MQTK Jajahan Bachok, YM Tengku Ariff Bin Raja Ahmad (bekas Leftenan ATM), kepada YM Wan Mohammad Syamsuddin Hj Ramly Ketua Unit Aduan Rasmi Bani Hasyim Asia Tenggara(Caw. Malaysia).
2. Jika lewat bertindak, golongan pengganas dari anak rakyat jelata yang jahil murakkab ini tidak akan teragak-agak mencederakan atau membunuh nyawa yang akhirnya menjerat mereka sendiri ke tali gantung.
15hb. Februari, 2011
Assalamualaikum W.B.T
Kepada,
SEMUA YANG BERKENAAN,
1. Alhamdulillah berkat doa kaum kerabat MQTK kehadrat illlahi, Mujur dan malang hanya di Sisi Allah, musibah terbesar yang melanda saya sejak 25 tahun berhenti dari ATM insyaAllah akan sampai kepenghujungnya. Bakal Ketua Pemuda UMNO Bachok dah turun padang, bermuzakarah dengan OC Jenayah dan OC Cawagan Khas IPD Bachok merangka jalan penyelesaian kes fitnah dan repot palsu terhadap saya . Untuk pengetahuan kaum kerabat saya berkhidmat dgn ATM selama 7 thn selepas ditauliahkan(tjp). Selama berkhidmat Saya tak reti nak kejar pangkat, Cuma tahu nak perang,gempur komunis habis-habisan;Hubbul watan minal iman-itu moto saya dimasa itu. Cara lain nak berbakti pada Agama, Bangsa dan Negara taktahu. Cuma bergadai nyawa untuk tanah air tercinta.
2. Saya menyertai beberapa operasi menggempur sempadan Negara di sekitar 1983 – 1986. 23 RAMD nama batallion saya anggotai telah mnyertai operasi gempur di sekitar sempadan walaupun tidak mendapat musuh secara berdepan tetapi ekoran dari Operasi Risik Jejak dan Gempur kami telah memungkinkan beberapa Battalion lain masuk serentak dan mendapat hasil – beberapa belasan Anggota PKM tertawan dan terbunuh.
3. Dari beberapa Program dan Operasi KESBAN ( Keselamatan Luar Bandar ) yang saya sertai saya mendapat firasat dari Allah menyatakan kepada saya ancaman PKM hampir terkubur. Pada penghujung Disember 1986, Saya berhenti dari Perkhidmatan dan nyata sekali firasat saya betul. Pada penghujung 1987 PKM meletak senjata dan dibubarkan. Setelah itu saya berkhidmat sebagai KPPM DUN Jelawat, Parlimen Bachok, di bawah kepimpinan Dato’ Ahmad Shahibudin selama 10 tahun, lantikkan secara kontrak. Waktu perkhidmatan paling getir diwaktu UMNO berpecah dua; 1990-2000.
4. Dan hari ini kerana fitnah dan tuduhan palsu saya ingin dibubuh dlm lokap. Inikah layanan Pihak Berkuasa kepada saya?? Saya cuba ditahan di dalam lokap. Insiden yang berlaku sebenarnya ialah berpunca dari tentangan saya terhadap Tauke-tauke dan penagih pil kuda dan serbuk syabu dan sebagainya sekitar Kampung-kampung dan Mukim d sekitar Bachok. Sudah diketahui umum seluruh perkampungan bukan sahaja di Bandar-bandar pengaruh cengkaman daripada Tauke-2 musuh nombor Satu negara ini sudah amat berleluasa sehinggakan golongan-golongan tua sendiri yang tak ada Iman dan dada bergelumang dan mengaut untung dari aktiviti keji ini.
5. Budaya ragut, samun, dann bakar berleluasa di mana-mana. Orang Kampung kebanyaknya lemah, takberani bersuara apa lagi mencegah. Terserlah di mana-mana jika pernyataan saya ini tak Benar adakah ini suasana kehidupan bermasyarakat yang ingin kita harungi bersama. Pihak polis lambat bertindak, taktahu di mana kelemahannya ( takberkesan). Betul Saya memukul orang tetap setelah Saya diancam, diugut dan dicabar saban malam hingga anak lelaki Saya disekat oleh berbelas-belas orang pemuda tanpa sebab musabab. Hanya kerana ingin menunjukkan bahawa mereka yang berkuasa di Desa. Ingat!!! Hubbul watan minal iman masih di dalam jiwa dan raga saya. Apatah lagi kini dengan kaum
Kerabat MQTK keluarga saya.
6. Berbalik pada kaedaah dan cara yang telah dipersetujui oleh Bakal Ketua Pemuda dan OC Kedua Cabang Tugasan IPD Bachok. Pertemuan antara Saya dan Pihak Berakuasa dan UMNO Bachok akan berlangsung secara pertemuan muafakat di luar Perkarangan IPD di Bachok. Selepas sambutan Maulidur Rasul pertemuan akan diadakan tetapi belum ditetapkan di mana. Harapan Saya agar Kaum Kerabat dapat tampil untuk memperkenalkan diri siapa kita dan membuka kepada Bakal Ketua Pemuda UMNO Bachok akan salah laku Amanah yang telah dilakukan oleh Pengerusi Biro Agama Bachok yang diamanahkant profil dan Senarai Kitab MQTK untuk membantu UMNO Bachok dalam memperkasakan lagi fahaman Agama Tauhid ini dalam menentang PAS yg mana sepatutnya diserahkan kepada Ketua UMNO BAHAGIAN Bachok iaitu Dato’ Dr. Awang Adek telah dikhianati.
Profil dan Senarai kitab telah hilang lesap dan tidak pernah dibawa ke mesyuarat UMNO Bahagian Bachok.
7. Dan setelah diperhalusi musuh-musuh yakni keluarga-keluarga tauke pil kuda yang bersengketa dengan Saya ini berada di belakang Pengerusi Biro Agama Bachok. Konspirasi apakah ini??
Sekian untuk pengetahuan dan Tindakan Kaum Kerabatku MQTK!!!
Ikrar bertulis,
Bahawasanya saya, TENGKU ARIFF BIN RAJA AHMAD mengakui segala apa yang dilaporkan di atas adalah apa yang berlaku yang sepatutnya diketahui oleh pihak yang berwajib.
‘Segala Urursan Dikembalikan kepada Allah dan RasulNya’.
Yang benar,
………………………………………………………………………….
( 601102-03-5639 ; Tengku Ariff bin Raja Ahmad
Bekas Leftenan Askar Melayu DiRaja, ATM )
http://www.facebook.com/home.php#!/profile.php?id=100000651841581
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.