"Dasar Satu Murid Satu Sukan Dilaksanakan Tahun Depan",
Kata Muhyiddin KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Rancangan transformasi pendidikan yang meliputi dasar satu murid bergiat dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan akan mula dilaksanakan tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata dasar itu bertujuan mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah-sekolah dalam negara selain dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat.
Katanya aktiviti sukan juga dapat merapatkan hubungan dan meningkatkan persefahaman selain boleh mewujudkan semangat "esprit de corp" iaitu saling membantu di antara satu sama lain.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Pertandingan Bola Sepak Piala Sultan Azlan Shah 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria di sini.
Pada perlawanan bola sepak itu, tuan rumah SMK Victoria muncul juara selepas menewaskan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 4-0.
--
BERNAMA
KELULUSAN PEMBANGUNAN SEKOLAH SUKAN PERLIS INDERA KAYANGAN
YAB MENTERI BESAR PERLIS MENERIMA TITAH D'RAJA PERLIS (2004M lagi)
UNTUK MELAKSANAKAN SEKOLAH SUKAN PERLIS INDERA KAYANGAN
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata dasar itu bertujuan mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah-sekolah dalam negara selain dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat.
Sekolah Sukan Malaysia (SSM) adalah sekolah elit khas untuk atlit-atlit di kalangan pelajar sekolah yang berpotensi untuk dikembangkan bakatnya ke tahap lebih cemerlang. Di samping pembelajaran berasaskan akademik, pelajar-pelajar dilatih mengikut bidang kemahiran sukannya. SSM ini di bawah kawalan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sekolah Sukan Malaysia (SSM) berbeza sedikit dari Sekolah Sukan Negeri (SSN). SSN adalah di bawah kawalan Jabatan Pelajaran Negeri. Syarat kemasukan ke Tingkatan Satu SSN perlu lulus dalam Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) dan mewakili daerah dalam sukan & permainan. Pelajarnya perlu mengikuti latihan sukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Istimewanya, mereka berpeluang mendapat Biasiswa Sukan.
YM En. Zamzuri Bin Abdullah,
(Ketua Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Negara)
asalamualaikum..
BPPDP yang diterajui oleh YM En. Zamzuri Bin Abdullah, (Ketua Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Negara) telah menolak usul dari Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang mahu sekolah SUKAN di Perlis didirikan dengan kos RM 34juta itu kerana beberapa alasan munasabah iaitu:
1.
PERUNTUKAN KERTAS KERJA DARI EPU TIDAK MENCAPAI SASARAN KOS YANG DITAKRIFKAN OLEH BPPDP. Cadangan oleh EPU sebanyak RM34juta adalah terlalu kecil dan mengambil risiko pembangunan yang amat besar dan merbahaya pada polisi dan Dasar Pendidikan Negara.
2. Lantaran itu, satu cadangan kos oleh BPPDP adalah ditetapkan di bawah RM 72juta yang akan disiapkan plan perancangaannya oleh BPPDP dalam waktu terdekat; semata-mata mahu memenuhi misi dan visi
PEMBANGUNAN MODAL INSAN Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu
MELAHIRKAN SEKOLAH-SEKOLAH BERFOKAS SEPERTI SEKOLAH SUKAN PERLIS INDRA KAYANGAN iaitu sukan fokas Golf atau jenis sukan yang berkualiti tinggi dan ini semata-mata untuk memenuhi dan mencapai 'Takrif Pendidikan Nasional' yang Global dan bertaraf antarabangsa dan memenuhi keperluan pendidikan am dan pendidikan sukan dunia.
3. Cadangan Sekolah Sukan Berfokas dan tumpuan utama subjek pendidikannya adalah dalam modul pembangunan sukan seperti sukan Golf, Bolasepak, Tennis dan Badminton, Wusyu, Squash dan seumpamanya; dan juga penyediaan infrastruktur dan kemudahan serta hubungkait MODUL PEMBANGUNAN MODAL INSAN yang menjadi TERAS dalam penyediaan dan kejayaan bidang-bidang sukan tersebut.
4. Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) ke arah mewujudkan sekolah berkesan, Bistario, Cemerlang akademik, tapi mempunyai TAHAP PEMBANGUNAN MODAL INSAN IAITU mencapai Prinsip-Prinsip Rukunegara dan yang ke 5 iaitu 'KESOPANAN DAN KESUSILAAN"; Maka, iaitu mencapai sasaran 4B KPM iaitu 'BUDAYA PENDIDIKAN CEMERLANG'-
BERILMU, BERIMAN, BERAMAL DAN BERAKHLAK"..
Piawaian Sekolah Sukan Malaysia(SSM) sedia ada yang dilaksanakan oleh KPM adalah melibatkan pembinaan SSM yang berkapasiti 24 bilik darjah dan dapat menampung 650 murid di asrama.
Piawaian SSM yang digunapakai adalah mengikut piawaian yang diluluskan oleh pihak UPE. SSM yang dibina juga mempunyai kemudahan prasarana sukan yang lengkap mengikut keperluan jenis sukan yang ditawarkan seperti kemudahan kompleks sukan olahraga, pusat akuatik, dewan gimnastik, dewan utama serbaguna, gelanggang serbaguna terbuka berbumbung dan kemudahan-kemudahan sukan lain.
Bagi memastikan pembangunan sukan negara dilaksana di peringkat akar umbi, pihak KPM telah memberi fokus terhadap pelaksanaan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) dengan mewujudkan pusat kecemerlangan sukan melalui penubuhan Pusat Latihan Daerah (PLD), Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan SSM. Pembinaan SSM Perlis adalah penyambung kepada usaha pembangunan sukan negara di peringkat akar umbi tersebut.
Dari aspek perancangan pembangunan SSM, lokasi pembinaan SSM adalah berteraskan kepada kepentingan serta keperluan penempatan atlet murid mengikut zon bagi memastikan taburan pemilihan atlet murid lebih menyeluruh dan berkesan. Justeru itu, pembinaan SSM Perlis adalah sebagai pelengkap di Zon Utara.
Pembinaan SSM Perlis seharusnya diberi pertimbangan mengikut skop penuh piawaian SSM supaya ianya dapat berfungsi secara berkesan sama ada bagi tempoh jangka masa pendek dan jangka masa panjang demi untuk kecemerlangan sukan negara yang berterusan.
Cadangan :
(i) SSM Perlis adalah tidak wajar dilaksanakan dengan kapasiti 12 bilik darjah dengan bilangan 220 atlet murid kerana SSM yang dilaksanakan tidak memenuhi spesifikasi piawaian KPM.
(ii) Pengurangan kepada skop yang minimum akan memberi impak kepada perancangan dan fokus pembangunan SSM negara. SSM yang diwujudkan adalah bertujuan untuk memberi fokus kepada 19 jenis sukan yang mampu menyumbang pencapaian pingat di peringkat antarabangsa.
(iii) Sehubungan ini, JK SSM Perlis mencadangkan supaya pelaksanaan SSM Perlis ditangguhkan dan permohonan perlu dikemukakan semula dalam 3RP RMK 10 dan mengikut skop penuh seperti yang diputuskan dalam VM dengan kos projek sebanyak RM72 juta.
Rumusan :
SSM yang ditubuh perlu memenuhi piawaian KPM dan menepati perancangan serta fokus yang ditetapkan. Penangguhan sementara projek ini adalah wajar kerana proses pelaksanaan sesuatu projek mengambil masa untuk siap sepenuhnya. Oleh itu KPM masih mempunyai peluang mengemukakan permohonan semula cadangan projek SSM Perlis mengikut spesifikasi sebenar dalam 3RP RMKe-10.
Kriteria pemilihan SSM :
Pencapaian akademik yang cemerlang terutama Pembangunan Modal Insan Sukan Negara.
Melahirkan personaliti unggul dalam bidang Sukan Antarabangsa.
Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi sukan dunia.
Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
Menjadi penanda aras kepada negara dalam skop Pembangunan Modal Insan Sekolah Sukan Negara terutama pada piawaian dan tarif sekolah sukan di dalam dan di luar negara.
Sentiasa memberi penekanan aspek kebitaraannya bagi mencapai visi menjadi institusi Sekolah Sukan yang cemerlang dan bertaraf dunia bagi mencapai matlamat negara iaitu kejayaan 'Wawasan 2020'. Kebitaraan itu termasuk reka cipta pembangunan bidang sukan dan Inovasi, jenis-jenis sukan terpilih yang berkualiti antarabangsa yang sentiasa dipantau pencapaiannya lebih-lebih lagi selepas mendapat kelulusan Kerajaan Malaysia semenjak 2004M lagi.
"MELAHIRKAN MODAL INSAN SUKAN YANG CEMERLANG DAN BERAKHLAK..."
MQTK - DALAM PEMBANGUNAN SUKAN NEGARA (Pembangunan Modal Insan)..
MQTK-KPM BPPDP-BAKAPDRM BUKIT AMAN-MAJLIS RAJA-RAJA MALAYSIA
"Pendidikan merupakan wadah utama menentukan perkembangan kemajuan dan kemakmuran negara. Pendidikan menjadi peneraju dalam membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkeperibadian mulia. Sejarah telah membuktikan pendidikan berjaya membina tamadun sesebuah masyarakat dan menjamin keutuhan sesuatu empayar. Kegemilangan zaman empayar Rom, keagungan kerajaan Islam Abbasiyah dan kemasyhuran Dinasti Ming di China dicapai melalui kepesatan pelbagai bidang ilmu, termasuk bidang sains dan teknologi. Siapalah yang dapat menafikan bahawa sesungguhnya tunjang utama dalam kemajuan pendidikan tidak lain dan tidak bukan adalah guru". Malaysia menjelang tahun 2020 yang dilancarkan pada awal tahun 2010 menggariskan beberapa pelan tindakan berkaitan sistem pendidikan Malaysia. Sasaran utama adalah untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar. Bidang yang menjadi tumpuan adalah prasekolah, kemahiran asas literasi dan numerasi, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Sukan dan peningkatan prestasi Pengetua dan Guru Besar.
(Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia 2011M) Dua Menteri Besar Perlis yang bertungkus lumus berusaha untuk menjayakan
projek SEKOLAH SUKAN PERLIS INDERA KAYANGAN
Sukan Golf antara matlamat utama mencapai konsep
Sekolah Sukan Malaysia terutama di Sekolah Sukan Perlis Indera Kayangan
Cara Kemasukan ke SSM Bagi Lepasan UPSR dan PMR
Permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia tidak dijalankan melalui permohonan terbuka kepada para pelajar. Sebaliknya pelajar-pelajar yang layak akan ditawarkan memasuki ke SSM melalui kaedah tertentu serta oleh pihak tertentu iaitu:
- Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) yang dikendalikan oleh Unit Sukan JPN di peringkat negeri dan yang dikendalikan oleh BSSK di peringkat kebangsaan.
- Melalui Program Talent Scouting (Ujian Mengenalpasti Atlet Berbakat) yang dijalankan sepanjang Kejohanan MSSM.
- Calon yang dicadangkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang mendapat pengesahan daripada MSN sebagai atlet elit atau atlet pelapis negara.
Setakat ini terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) dan satu TELAH mendapat Kelulusan Kabinet iaitu:
1. Sekolah Sukan Bukit Jalil
Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil,
Tel: 03 - 90587335 | Fax: 03-90587135
2. Sekolah Sukan Bandar Penawar
81900 Kota Tinggi, Johor.
Tel: 07 - 8223027 | Fax: 07 - 8223028
3.
SEKOLAH SUKAN INDERA KAYANGAN
(DILULUSKAN DENGAN PERUNTUKAN BARU - 2011 RMKe10 RM 74juta)
MATLAMAT: PEMBANGUNAN MODAL INSAN NEGARA
MOTTO 4B : "BERILMU, BERIMAN, BERAMAL DAN BERAKHLAK"
Nulli's Secundus .. TIADA NO 2 ... 5/7/2011 SALAAM 1MALAYSIA ... zappP___zZ
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.