SEJARAH LELAKI BERTAMPAL 17:
"TIDAK AKAN ADA LAGI UMAT MUHAMMAD di bumi ini setelah zamanku ini"
Maka berkatalah Khalid alWalid rd 'wazir' Khalifatul'Mukmin:
"Ketika aku mahu mengambil KUNCI Baitul'Maqdiss (AlAqsa) dari tangan , maka sepanjang perjalanan ke pintu Kota itu di penuhi sepanjang kiri dan kanan jalan dengan wanita-wanita bangsa Yahudi yang berbogel tanpa seurat benang. Ketika itu aku memakai pakaian bangsawan sebagai wakil khalifah Islam.
Maka ketika sepanjang perjalanan ke pintu kota, aku hanya mengangkat kepalaku dan memandang pada panorama itu dengan merenung kekuatan jiwa diriku yang sedang diuji Tuhan itu. Dan lalu aku berjaya melepaskan halangan itu dengan bertaqwa kepada Allah.
Maka ketahuilah umat Muhammad bahawa, jika aku terlalai dan memandang DUA KALI pada pandangan wanita-wanita Yahudi yang berbogel itu, nescaya .. "TIDAK AKAN ADA LAGI UMAT MUHAMMAD DI BUMI INI SETELAH ZAMANKU INI"
nota:
Kota itu kemudiannya ditawan oleh angkatan tentera Islam pada tahun 638 masihi. Tapi panglima Khalid alWalid terpaksa menyerahkan kembali pengambilan kunci Baitul'Maqqdiss kerana syaratnya mengikut Kitab Yahudi & Nasrani, bahawa hanya isyarat 'LELAKI yang memakai baju bertampal 17' sahaja yang layak mengambil KUNCI KOTA AL'AQSA, dan di masa itu hanya sang Khalifah Saidina Umar alKhattab rd sahaja yang memakai JUBAH BERTAMPAL 17.
Saidina Umar Al-Khatab secara peribadi pergi ke Baitulmuqaddis untuk menerima penyerahan Baitulmuqaddis kepada kerajaan Islam. Beliau seterusnya ditawarkan bersembahyang di dalam Church of the Holy Sepulcher tetapi menolaknya dan sebaliknya meminta supaya dibawa ke Masjidil Aqsa Al Haram Al Sharif. Beliau mendapati tempat itu terlalu kotor dan mengarahkan supaya pembersihan dijalankan. Beliau kemudiannya membina sebuah masjid kayu di tempat yang sekarang merupakan kompleks bangunan Masjid Al Aqsa
(Khalid'alWalid: Church of the Holy Sepulcher The World History of Arkib Rome 1200M)
Nota Tambahan Saidina Umar alKhattab:
Ibnu Abid Dunya menyampaikan kisah dari Abdullah Bin Salaam r.a.: "Aku pergi ke rumah Uthman ketika dia sedang dikepung di rumahnya dan aku bertemu dengan dia, lalu dia berkata: "Selamat datang saudaraku, aku bermimpi bertemu Rasulullah SAW di suatu lorong yang sempit dan dan beliau berkata: "Ya Uthman, mereka mengepung kamu?" Aku menjawab: "Ya" Nabi bertanya lagi: "Dan mereka membuat kamu haus?" Aku menjawab, "Ya" Kemudian Nabi memberiku bekas berisi air dan aku minum sampai puas dan aku rasakan dinginnya air pada dada dan pundakku, lalu Beliau berkata: "Kalau kamu menghendaki, kamu dimenangkan dan kalau kamu menghendaki berbuka puasa di tempat kami." Ketika itu Uthman di dalam keadaan puasa . Uthman berkata: "Aku memilih berbuka puasa di tempat Nabi SAW." Tepat pada petang hari itu, Saidina Uthman r.a. dibunuh. Ia dimakamkan di semak-semak bukit sebelah timur pekuburan Al-Baqi, hari Jumaat tahun 35 H tgl 17 Dzulhijjah pada usia 80 atau 82 tahun.
Amein... alfatihah
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.